Sunday, February 23, 2020

UNDANG² APA NI? PEMANDU REMPUH IBU DAN BAYI DIBEBASKAN DENGAN JAMINAN POLIS.



Undang2 pemandu mabuk di Malaysia.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin, berkata pemandu kereta BMW yang berusia 39 tahun itu dibebaskan dengan jaminan polis selepas keterangan diambil.

Beliau berkata, lelaki itu berada di bawah pengaruh alkohol namun hasil ujian pernafasan kedua mendapati alkohol yang diambilnya melepasi kadar yang dibenarkan.

Katanya, lelaki itu hanya cedera ringan dan dirawat sebagai pesakit luar di sebuah hospital swasta di bandar raya ini.

“Kita hanya menjalankan siasatan mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dengan cuai.

“Unsur mabuk tetap ada cuma ia tidak keterlaluan,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar, di sini hari ini.

Seronoknya jadi peminum arak, walaupun dah langgar seorang ibu dan bayi tetap boleh lepas dengan jaminan polis.

Hebat undang² untuk pemandu yang minum  arak.

Esok lusa kita akan dengar lagi berita tentang orang yang tidak berdosa dilanggar oleh pemandu mabuk yang menurut undang² mereka "mabuk tidak keterlaluan".

Tragedi seperti ini tidak akan berakhir selagi tiada hukuman berat dilaksanakan.

2 comments:

Lone ranger pomen said...

Tu la nafsu encik. Jual dadah ko Mati, org jual jugak, kerana nafsu. Kerana harta dunia. Mcn tU jugak kalau tgh tak berduit, Tapi nak oakai kereta mahal. Tu nafsu. Semua nafsu, bulan puase setan kena ikat, nafsu Tetap ade. Org buang Anak pun kerana nafsu jugak, nak Jadi kerajaan pun nafsu... Jadi takde yg pelik Kat berita ni.

Anonymous said...

...mabuk, mabuk, mabuk. Semua sudah mabuk, aku pun mabuk. Mabuk free, mabuk pukulan alun. Ada erti?