Tuesday, February 18, 2020

ANEH BETUL CARA MEREKA HENDAK SELAMATKAN TABUNG HAJI.



4 Hotel Tabung Haji akan ditutup, SPV 'selamatkan' apa?

1. Pada 14 Disember 2018, syarikat tujuan khas (SPV) untuk  'menyelamatkan' Tabung Haji ditubuh di bawah Kementerian Kewangan. Syarikat tersebut ialah Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB).

2. Pada 28 Disember 2018, sebahagian aset Tabung Haji dipindahkan ke UJSB. Aset tersebut terdiri daripada 29 harta tanah, 1 syarikat tidak tersenarai dan 106 sekuriti ekuiti domestik.

3. Jumlah perpindahan ialah RM19.9 bilion.

4. Antara aset yang dipindahkan ialah beberapa hotel milik Tabung Haji di bawah anak syarikatnya, Tabung Haji Hotel & Residence (THHR).

5. Hari ini, 17 Februari 2020, sesudah setahun di bawah syarikat milik Kementerian Kewangan, 4 hotel Tabung Haji akan ditutup berkuatkuasa 1 April 2020 ini.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2020/02/17/tutup-operasi-4-hotel-najib-persoal-apakah-th-tenat/

https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10156751666840952

6. Ia hanya berlaku selepas tujuh tahun Tabung Haji bergiat dalam bidang perhotelan.

7. Sejumlah pekerja (tidak dimaklumkan berapa) akan ditamatkan perkhidmatan.

8. Hal ini amat bercanggah dengan apa yang dijamin oleh Menteri bertanggungjawab, Mujahid Yusof yang berkata, tiada kerugian dialami oleh pihak Tabung Haji melalui SPV malah ia adalah kaedah paling berkesan untuk menyelamatkan TH.

https://www.sinarharian.com.my/article/18191/KHAS/Pendapat/Tiada-kerugian-SPV-selamatkan-Tabung-Haji

9. Jika mahu bertanya kepada Menteri Kewangan, awal-awal lagi beliau sudah menepis dengan mengatakan, SPV adalah tanggungjawab Mujahid.

https://www.sinarharian.com.my/article/20530/BERITA/Nasional/SPV-TH-bawah-kendalian-Mujahid-Guan-Eng

Berapa banyak hotel milik Tabung Haji yang telah diusahakan selama ini?

Dalam negara:

1. Movenpick Hotel & Convention Centre KLIA, Sepang;
2. TH Hotel & Convention Centre Kuching, Sarawak;
3. TH Hotel & Convention Centre Alor Star, Kedah
4. TH Hotel & Convention Centre Terengganu;
5. TH Hotel Penang,
6. TH Hotel Kota Kinabalu, Sabah;
7. TH Hotel Kelana Jaya, Selangor.

Luar negara:

1. Centrica Global Headquarters, 10 Queen Street Place London and Unilever House di United Kingdom;
2. Imperial Hurstville Sydney di Australia;
3. Hajar Tower Makkah,
4. Al-Haram Hotel Madinah,
5. Al-Saha Hotel Madinah
6. Al-Anwar Hotel Madinah.

https://www.facebook.com/2263676617295172/posts/2474504689545696/

Sumber:https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=559148821350639&id=100017665774237


4 comments:

Anonymous said...

6 anak syarikat kerajaan negeri Kelantan hendak ditutup atau dikecilkan, tade masalah pula sebab takde dalang yang nak heboh!

dingdong said...

Kalau dh faham penjelasan dari kementerian yg terlibat takda la rasa aneh..

Anonymous said...

Otak menteri agama pakatan hancing bacin ni kena ligat berpusing sikit, kena ada kreativiti, kena ada mindset wayforward!

Bukan hanya patuh kepada arahan DAP? Terburuk dalam sejarah TH!!!!

atan said...

Ahli amamah pusing cerita mcm2. Last2 depa pun heran mcm mana nak pusing lagi..