Innity

Friday, February 14, 2020

6 ORANG INI TERKORBAN HANYA KERANA ADA MANUSIA YANG INGIN PUASKAN NAFSU UNTUK MABUK.



Tatap wajah mereka kemudian fikirkan mereka mungkin seorang anak, abang, bapa, suami, isteri, saudara ataupun rakan kepada seseorang.

Ada ibu bapa yang kehilangan anak, adik-beradik yang kehilangan darah daging, isteri yang menjadi janda dan rakan yang kehilangan kawan baik.

Foto-Sinar Harian

Kerajaan pula dilihat tidak menangani isu ini secara serius.

Hukuman kepada pemandu mabuk yang ada sekarang seolah-olah tidak memberi kesan apa² kepada pemandu mabuk.

Berapa ramai lagi nyawa yang perlu terkorban sehingga hukuman berat akan dijatuhkan kepada pemandu mabuk?

Yang terkorban pula majoritinya ialah saudara Islam kita dan bilangannya terus bertambah hari demi hari.

Kita sambut langkah kerajaan mewajibkan 'car seat' untuk kanak² dan bayi tapi apa ertinya jika masih ramai yang terkorban gara² pemandu mabuk?

Pemandu mabuk perlu membayar harga nyawa dengan nyawa mereka.

Hukuman mati kepada pemandu mabuk yang mengakibatkan kematian wajar dilaksanakan untuk memberi kesedaran kepada orang lain supaya tidak memandu dalam keadaan mabuk.

Sekian.

2 comments:

nan DGURUN said...

...apakata kalau dikenakan hukuman sebat, baru depa tahu rasa peritnya.....

Anonymous said...

Waktu marahkan mereka (pemandu mabuk) jangalah kita terlupa, kemalangan hanyalah sebab-musabab, tarikh dan waktu MAUT telah ditetapkan. Jaga akidah kita!

Innity