Wednesday, February 26, 2020

5 SENARIO YANG MUNGKIN BERLAKU KEPADA LANSKAP POLITIK MALAYSIA DAN 3 SOALAN YDPA KEPADA AHLI PARLIMEN.



Senario 1:
Tun Mahathir jadi PM dan lantik kabinet dengan muka baharu. 

Senario 2:
Tun Mahathir bersama Muafakat Nasional tubuh Kerajaan baharu. 

Senario 3:
Tun Mahathir jadi PM kepada Kerajaan Perpaduan tanpa pembangkang, kabinet dilantik berdasarkan individu dan bukan parti. 

Senario 4:
U-turn besar-besaran dan Anwar Ibrahim dilantik menjadi PM.

Senario 5:
Bubar Parlimen rakyat pilih kerajaan baru. 

Setakat ini 3 nama telah disebut sebagai bakal Perdana Menteri : 

1. Tun Mahathir
2. Muhyiddin Yassin
3. Anwar Ibrahim 

Dan soalan yang ditanya oleh YDPA semasa temuduga bersama Ahli Parlimen ialah: 

Soalan pertama : adakah anda berpegang kepada Akuan bersumpah yang ditandatangani sebelum ini? 

Soalan Kedua : Adakah anda setuju parlimen dibubarkan atau pilih kerajaan baru? 

Soalan ketiga : Siapakah yang anda pilih untuk menjadi PM? Tun Dr Mahathir, Datuk Seri Anwar Ibrahim atau Tan Sri Muhyiddin? 

Sumber :https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10157860692113592&id=716388591

1 comment:

Anonymous said...

Lantik jer tengku razaluegh.. habis cerita..