Thursday, December 5, 2019

MUHASABAH UNTUK PENERBIT PROGRAM DA'I DAN YANG SEANGKATAN DENGANNYA.

Foto- Program Da'i

Saya dari awal tidak setuju dengan program hiburan agama 'khususnya' rancangan "Da'i".

Dulu saya pernah kritik rancangan hiburan "Da'i". Saya katakan rancangan seperti itu tidak ubah seperti rancangan hiburan yang "bertopengkan agama"

Mungkin agak kasar tetapi itulah realitinya. Lebih banyak keburukan daripada kebaikan.

Kerana rancangan begitu 'bukanlah' mencari pendakwah yang berilmu tapi hanya mencari orang yang pandai berbicara tapi jahil.

Sepatutnya jika ingin mencari pendakwah yang alim dan berilmu, tapis dengan sebetulnya. test baca kitab arab umpamanya, mengaji lama.

Ini umur 18,19,20 tahun di ambil. Ilmu tidak ada hanya berbekalkan pandai bermain kata dan bermadah pujangga.

Hari ini panggilan 'Ustaz' di pandang buruk disebabkan segelintir 'pendakwah sebegini'. Dahulunya title ustaz dipandang mulia oleh masyarakat tapi hari ini di perlekeh.

Dahulunya title "ustaz" mahal. Susah nak di panggil ustaz pada orang sebarang. Hari ini title ustaz begitu murah. Keluar rancangan hiburan sebegini dah mengelar diri 'ustaz'.

Orang yang mengaji pondok 7,8 tahun, masih dipanggil budak pondok. Tak di panggil ustaz.

Rancangan 'bertopengkan agama' seperti da'i ini wajib diberhentikan. Cukuplah merosakan kemuliaan title ustaz dan agamawan.

Rancangan begini hanya melahirkan 'agamawan segera'. Bercampur halal dan haram. TV hanya mencari rating dan sebagainya.

Syeikh Nuruddin Al-Banjari sudah tegur lama 'rancangan ala islamik' begini. Kerana ia lebih banyak mudharat daripada manfaat.

Sumber:Hafiz Adnan



Da'i adalah program realiti agama terbitan TV3 yang bertujuan melahirkan pendakwah alaf baru.

Namun pendakwah yang dilahirkan program ini dilihat tidak menggambarkan agama Islam yang syumul berikutan isu-isu panas yang yang melibatkan segelintir pendakwah yang lahir daripada program realiti seumpamanya.

Ya, takkan kerana nila setitik habis susu sebelangan tetapi apabila difikirkan kembali ada kebenarannya apa yang dinukil oleh saudara Hafiz itu.

Kita mahu melahirkan agamawan yang berkualiti bukan yang semata-mata popular. Pendakwah yang berkualiti ialah pendakwah yang memiliki akhlak seperti Nabi Muhammad SAW.



No comments: