Wednesday, November 13, 2019

TERKILAN MURID TAHUN 5 SEKOLAH CINA LANGSUNG TIDAK TAHU BERBAHASA MELAYU - ARIF ATAN


Berikut adalah perkongsian Arif Atan:

Baru-baru ini saya turun ke  Parlimen Tanjung Piai, lebih tepat lagi di Kukup Laut.

Terkilan, seorang murid sekolah Cina Darjah 5 tak faham apabila ditanya beberapa soalan mudah walaupun dalam ayat baku dan disebut satu-satu.

Cukuplah sekolah yang mengasingkan kaum. Kata, Malaysia Baru. Ya. Reformasikan sistem pendidikan termasuk jadikan Sekolah Kebangsaan sebagai sekolah buat semua anak Malaysia.

Kredit: Arif Atan

Sekarang sudah nak masuk tahun 2020 tapi isu ini masih lagi belum selesai.

Bagaimana kita hendak memupuk perpaduan dan muhibah jika bahasa tidak menjadi faktor perpaduan?

Inilah masalah yang merunsingkan aku saban hari. Kita boleh lihat sendiri di Parlimen bagaimana wakil rakyat non-malay yang tergagap² berbahasa kebangsaan.

Daripada segi penggunaan tatabahasa pun sangat mengecewakan. Mereka hanya menjadi bahan lawak kerana level bahasa kebangsaan mereka seperti budak tadika.

Saya puji segelintir pemimpin non-malay yang mampu berbahasa kebangsaan dengan baik dan saya pasti mereka adalah hasil produk Sekolah Kebangsaan Melayu.

Semua sedia maklum punca kepada permasalahan ini ialah Sekolah Vernakular.
Mereka tidak didedahkan dengan penggunaan bahasa Kebangsaan sejak daripada awal lagi.

Perkara ini kemudiannya akan mendatangkan masalah dalam komunikasi.
Ada suatu kes dimana seorang doktor tidak dapat berkomunikasi dengan pesakit kerana pesakit tidak tahu berbahasa kebangsaan.

Sebenarnya terlalu banyak kes melibatkan komunikasi yang mendapat perhatian umum namun seolah-olah dipandang sebelah mata oleh pemimpin negara.

Sudah tiba masanya kerajaan berindak tegas dalam isu ini bagi memastikan perpaduan kaum dapat dicapai.

Dan aku akan terus bangkitkan masalah ini sehingga masalah ini dapat diselesaikan pemimpin kita.

Sekian.


4 comments:

Anonymous said...

Cuba periksa ibubapanya asal kelahiran mana ..mungkin pendatang haram dari China

Atan said...

Bahasa ni adalah Lingua franca. Bahasa ini akan dikuasai bila ada keperluan. Saya juga datang dari sekolah JKC dan saya amat lemah dalam bahasa termasuk juga Inggeris dan Mandarin semasa di sjk dan di sm rendah. Faktornya ialah saya tidak berminat dan hanya minat matematik shj. Satu lagi faktor ialah mungkin ini pelajar yang lemah, tambahan lagi di sekelilingnya tiada penekanan terhadap bahasa. Kekadang pelajar ini bukan lemah dalam bahasa Melayu sahaja malahan semua bahasa.
Kalau setakat kajian terhadap seorang pelajar, jangan dibuat rumusan sebab mungkin pelajar ini akan mahir dalam bahasa bila dia membesar. Saya hanya belajar bahasa dengan serius semasa Tingkatan 4.
Saya setuju dengan komen anon di atas. Ini juga satu kemungkinan.

Anonymous said...

Bahasa kebangsaan sememangnya keperluan kerana sudah termaktub didalam perlembagaan bahawa bahasa Melayu ialah bahasa Kebangsaan.

Bahasa kebangsaan ialah bahasa yang sepatutnya dikuasai seluruh rakyat yang mengaku sebagai rakyat Malaysia.

Simple as that...

tok janggut said...

"Bahasa kebangsaan ialah bahasa yang sepatutnya dikuasai seluruh rakyat yang mengaku sebagai rakyat Malaysia.

Simple as that..."

Bila kerajaan n peguatkuasa tidak tidak ambil kisah..ini lah hasilnya.
Pak Menteri pun ramai yg x yakin pd bahasa sendiri mcmane mereka nak syg dan melihat keperluannya memertabatkn bahasa ... Sebahagianya dr pak menteri lebih rela hntar anak ke sekolah berteraskn bahasa cina atau Inggeris...kasihan bahasa n bangsa ku