Friday, November 22, 2019

MISTERI PELANCONG CHINA MASUK MALAYSIA TETAPI TIDAK KEMBALI KE CHINA AKHIRNYA TERUNGKAI.



Foto-Jabatan Imigresen Malaysia


Jabatan Imigresen Malaysi (JIM) telah berjaya menumpaskan sindiket penipuan pelaburan penukaran mata wang asing atau forex dalam talian terbesar didalangi warga China di Cyberjaya.

JIM melalui status laman Facebook rasminya menyatakan, 1,000 anggota sindiket berkenaan ditahan untuk siasatan lanjut dalam serbuan di premis yang disyaki markas kegiatan itu.

Sementara itu Ketua Pengarah JIM Datuk Khairul Dzaimee Daud ketika dihubungi mengesahkan mengenai perkara berkenaan.

Beliau berkata, satu sidang media mengenai kejayaan operasi itu akan diadakan esok.

Sidang media berkenaan dijadualkan 12 tengah hari esok di Ibu Pejabat JIM Putrajaya. - Harian Metro

Sebenarnya masalah lambakan warga asing daripada China ini telah lama wujud sejak pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi lagi.

Tun Abdullah Ahmad Badawi pernah meminta Jabatan Imigresen dan Polis mengesan kira-kira 50,000 rakyat China yang masuk ke Malaysia ketika itu tetapi masih belum meninggalkan negara.

Menurut statistik Jabatan Imigresen, Indonesia mencatatkan jumlah pelancong yang paling ramai tidak meninggalkan negara ini iaitu 14,3870 diikuti India (12,858) dan China (8119) pada 2018.

Nampaknya misteri kehilangan itu mungkin telah terjawab dengan penangkapan terbaru ini.

Apa pun tahniah diucapkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia kerana berjaya memberkas warga asing China yang menjadi ‘SCAMMER’ terbesar berpusat di Cyberjaya.

Satu persoalan yang timbul ialah bagaimana warga asing China ini boleh terlepas lama dan mampu berpusat menjalankan aktiviti haram itu?

Sesuatu yang perlu kita fikirkan.

Sekian

3 comments:

Anonymous said...

VOA patut dihapuskan...

Anonymous said...

Sokong .. !!!

Anonymous said...

Visas On Arrival ni ada pro n kontra... Tapi untuk pelancong China mungkin elok dihapuskan sbb mereka bukan menyumbang kepada kepesatan ekonomi negara pun dtg sini buat scam...