Wednesday, November 6, 2019

KISAH BENAR YANG SAYU: BANGSA YANG MEMBUNUH BANGSANYA SENDIRI.

Foto- Allahyarham Malik 

Ini adalah perkongsian  Facebook daripada Darnalis A Rahman yang bercerita tentang realiti sikap segelintir bangsa Melayu.

KISAH BANGSA YANG MEMBUNUH BANGSANYA  SENDIRI

Dah lama cerita ni akak simpan. Kisah pengajaran ttg sikap org melayu yg suka nk murah shj. 

Ni kisah ttg abg akak tp skg dia xde. Kisah yg byk pengajaran utk kita sebagai bangsa MELAYU.

Abg akak seorg bekas tentera 20 thn dia berkhidmat dgn tentera dlm bidang jentera berat. Kerja dia hari2 mmg repair kenderaan tentera.

One day dia amik keputusan berhenti kerja Nk niaga buka workshop sendiri Kt kg akak sb kt kg belum ada workshop org melayu.

Berbekalkan pengalaman 20thn dan sedikit duit yg dpt bila berhenti tentera dia buka workshop. 

Maka bermulalah siri demi siri kisah usahawan melayu yg di boikot oleh bangsa sendiri dengan alasan MAHAL. Tanpa usul periksa. 

Kisah 1
"Mahal lah malik..kedai ah chong lg murah.."

Kisah 2
"Apalah malik ko repair rosak balik." 

Padahal dh ckp rosak ni pakcik kena tukar tp dia suruh repair dulu sb xde duit nk tukar. 

Jd abg akak repairlah asal boleh pakai sementara. Bila rosak balik dia komplen ckp repair x pandai. 

Dia p kedai ah chong. Ah chong terus tukar. Dia ckp ah chong pdai repair. 

Kisah 3
" Malik..pakcik hutang dulu ya.x ckup duit ni. Nti bln depan pak cik byr"

Sampai abg akak meninggal pun hutang x byr2.

Kisah 4.
Gi beli barang kt supplier. 

"Ni spare part rm80.00" taukeh
"X boleh kursng sikit ke bos?" Abg akak
" Ni sudah murah..skg brg manyak mahal" taukeh

Mai bangsa dia.mtk brg yg sama.cong ciang cong ciang.. rm60.00 je.

Kisah 5. 
Bangsa melayu lepak kedai kopi membwg pasal issue perniaga sekitar kg. 

Abis dibuka..di fitnah anak bangsa. Niaga mahal. Niaga x betul. Niaga main tipu. 

Pdahal adakah dia siasat pekara tu betul2. Memburuk burukkan bangsa sendiri berniaga x reti. Membanggakan kan bangsa lain. 

Bertahun2 abg akak niaga ibarat kais pg makan pagi. Workshop bangsa lain bertambah maju.disebabkan sifat bangsa kita yg nk murah itu.

Last abg akak terpaksa tutup work.kerana sewa x mampu byr. Dia buat online workshop service. org panggil kt mana kereta rosak dia p repair.

Lps 6 bln dia sakit. Mgkin sb stress dgn apa yg berlaku. Dah skg dia dh kembali kpd pencipta. 

Skg ni...

Xde dah Malik yg nk dtg repair kereta pakcik2 kt kg.

Xde dah malik yg korang boleh telepon tgh mlm dtg selamatkan korang tepi jln.

Xde dah malik yg nk bg korang hutang smpi dia sendiri xde duit nk beli susu pampers anak. 

Malik dh pergi jauh.. tinggalkan isteri dan 4 anak yg masih kecil.

Inilah kisah bangsa yg membunuh jiwa dan raga org melayu kita sendiri. Kerana sifat dan sikap asyik nk murah.asyik mencari salah bangsa sendiri. Asyik memandang hebat bangsa lain.

Bangsa melayu yg jd korban kerana sifat kedekut dan berkira2. 

~al fatihah utk yan~


Itulah realitinya, yang jahanamkan bisnes Melayu bukan Ah-Seng bukan Muthu tapi engkau, engkau bangsa Melayu yang tiada sikap bantu-membantu sesama Muslim.

Bukan sahaja kau tak bantu kau boikot pula pula bisnes kaum kau sendiri. Kenapa busuk sangat hati kau?

Melihat gambar tu macam nak menitis air mata aku.

Gila apa kau nak murah sampai tak balik modal orang tu.

Sudah lama aku amalkan kalau berurusan dengan usahawan Melayu aku tidak akan mintak kurang, apa harga pertama yang disebut itulah aku akan bayar dan kalau ada rezeki lebih aku sedekah.

Aku harap sangat agar orang Melayu tukar mentaliti dan sama-samalah kita sokong usahawan² Melayu kita.

Aku tahu ramai orang Melayu yang baik dan sokong usahawan Melayu. 

Sekian.

5 comments:

tapa said...

sama macam arwah abang aku. bayar upan ngan mee sepinggan saja.

Anonymous said...

Tulah bangsa melayu. alih2 salhkan bangsa lain sedangkan diri sendiri tak berusaha. Yang peliknya selalu ckap byk. Tapi usaha takde. Hukum agama boleh di ubah ikut selera. Yang kuat cakap senang lenang, yg mendengarnya pap kedana. silap ari bulan kena bagi derma pulak.

I said...

Sama aje rakyat bawahan dan yb serta peminpin melayu. Dengan orang melayu sombong dan ego... beli ikan sungai pun nk menawar lagi...

Anonymous said...

Bukan semua org melayu bersikap macam tu. Yang jahatnya melayu yang bergelar pan dan pkr. Sanggup gadai maruah melayu kepada dap.

I said...

Ko pun sama jugak suka tuduh2 puak itu dan puak ini... Pan dan pkr baru aje memerintah. Terus ko jatuhkan hukuman dan andaian. Tak sedar yang dah memerintah 60 tahun tu apa yang dorang buat termasuk ko... Kelantan yang dulunya begitu bagus dah jadi macam negeri bn selepas era TGNA memerintah....