Saturday, October 5, 2019

MUNGKINKAH INI BAKAL JADI U-TURN KERAJAAN YANG PALING DAHSYAT?

Tun M dalam kenyataan kepada media berkata kerajaan bersedia untuk mengembalikan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sekiranya rakyat mahukannya.

Ingatkah dahulu bagaimana boleh dikatakan hampir setiap hari sebelum PRU kita didendangkan dengan keburukan dan kelemahan GST sehingga ada lagu yang dicipta pemimpin PH yang dinyanyikan dalam ceramah² politik mereka...

Bagaimana sistem percukaian yang dahulunya dipertahankan oleh pemimpin BN yang bernama Ahmad Maslan dikecam teruk oleh pimpinan PH...

Boleh dikatakan hampir setiap hari Ahmad Maslan ditroll dan dijadikan bahan jenaka pimpinan PH dan penyokong² mereka...

Kini apa yang berlaku ialah kerajaan tidak lagi mampu menafikan bahawa GST sebenar berperanan penting dalam kestabilan ekonomi berbanding SST.

Berbeza dengan manifesto PAS yang menawarkan sistem percukaian yang mirip dengan konsep zakat. Cukai dikutip daripada sektor² koperat dan kemudian diagihkan kepada golongan sasar yang memerlukan untuk memacu ekonomi negara.

PAS bersetuju GST membebankan dan mahu menggantikannya dengan pecukaian yang mirip seperti konsep zakat.

Pada pendapat peribadi saya kerajaan seharusnya mengambil pertimbangan idea yang dicetuskan oleh PAS walaupun mereka pembangkang namun idea yang dicetuskan mereka sangat menarik dan efisyen.

Kerajaan dan pembangkang seharusnya berbincang mengenai perkara ini dimeja bulat. Tiada istilah siapa salah dan siapa betul tetapi semua keputusan harus dibuat berdasarkan kepentingan rakyat.


4 comments:

mahligaiseni said...

Teliti ucapan itu dari awal hingga akhirlah, kawan. Kamu ini banyak sangat berfikiran buruk kepada kerajaan. Berat kamu ini. Orang kata lain kamu tafsir lain. Kawan, tak bagus bersikap begitu!

oranqtua said...

bang aji, apa kata kelantan dan tgganu buat konsep cukai islam pada skala kecil dulu,yg mana kjaan negeri ada kuasa penuh. nanti bolehlah tunjuk contoh pada federal.

naim nikmat said...

Saya kata gst mungkin diperkenalkan semula dan jika benar maka ia akan jd U-turn...Segalanya mungkin dlm politik...

naim nikmat said...

Bukankah ia memerlukan persetujuan drpd parlimen dahulu?