Friday, February 2, 2018

MATI HIDUP BALIK PUN KORANG TAK AKAN PEMIMPIN MACAM NI KAT MALAYSIA...





ENGLAND - BRITAIN. Menteri Pembangunan Antarabangsa Britain, Michael Bates meletak jawatan serta-merta selepas lewat datang ke sidang Parlimen, semalam.

SCMP mengatakan Bates mendakwa dirinya 'tidak mencapai standard' kerajaan kerana datang lewat.

"Saya sangat-sangat malu kerana tidak berada di tempat yang sepatutnya pada waktu saya diperlukan, jadi saya akan menyerahkan surat peletakan jawatan saya kepada perdana menteri dengan segera," kata Bates.

Bates kemudian bergegas mengemas barang peribadinya dan keluar dari Parlimen.

2 comments:

agi idup agi ngelaban said...

salam dan setuju dengan penulis. Di Malaysia semuanya hebat dan diluar pemikiran logik manusia adakalanya. Di Malaysia, ahli Parlimen bukan sekadar lewat, tapi terus tak menghadirkan diri. Tapi semuanya OK sahaja. Di MalasSia, macam cerita Musang Berjanggut, Undang-undang kita yang buat, BOLEH DIPADAM.

IrWrWs said...

Pada aku jika ianya menyalahi peraturan parlimen dan sengaja ponteng tanpa sebab musabab, memang tak patut berlaku..

Syukurlah di Malaysia ini peraturan yg ada tidak menghalang ahli parlimen dari melakukan aktiviti luar yg dirasakan lebih penting kpd rakyat di kawasan masing2..

Kalau ada peraturan yg membolehkan ahli parlimen diminta meletakkan jawatan, aku yakin hampir kesemua ahli parlimen patut dibuang..

Mungkin jika PH menang, suatu ketetapan patut dilakukan agar dapat memastikan ahli parlimen yg tidak hadir punyai sebab yg kuat utk bertindak sedemikian..

Lebih malang lagi di Malaysia ini ada ahli parlimen yg membuat onar dgn melompat ke parti lain tanpa rasa bersalah kpd rakyat yg mengundi mereka atas kapasiti parti asal.. ianya berlaku samada disogok seperti di Perak pd tahun 2009 dulu ataupun atas sebab2 pengkhianatan kpd parti asal. Jika ada peraturan sedemikian, ahli parlimen jenis ini sepatutnya diambil tindakan terlebih dahulu tanpa kompromi..