yang setia mengikuti blog ini dan ingin mengikuti

Firman Allah SWT:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
(Surah Al-Hujurat ayat 13)

Innity

Saturday, April 30, 2016

NAK CEPAT KAYA KENA GUNA AGAMA UNTUK LARISKAN JUALAN (GAMBAR)


    Ayat2 al-Quran bukan untuk didagang ...

2 comments:

Anonymous said...

Peringatan untuk golongan orang yang menggadai agama untuk kepentingan dunia

Manusia biadab dan tidak bermoral sanggup menjual agama untuk mengumpul kekayaan untuk merekanya sendiri. Mereka memutar belitkan ajaran Islam dan dalil dan nas untuk menipu orang ramai dan mengenakan kadar bayaran tahap lintah darat pada manusia yang memerlukan perkhidmatan atau produk mereka.

Maka kita tidak merasa hairan melihat manusia tamak mengenakan bayaran tahap lintah darat untuk mengajar Al-Qur'an, menguruskan jenazah atau membaca Al-Qur'an atau bacaan Talkin di tanah perkuburan, merawat pesakit yang memerlukan rawatan Islam atau memberi ceramah agama Islam! Golongan inilah di antara manusia-manusia tidak bermoral yang memberikan gambaran buruk kepada Islam dan umat islam.

Rasulullah s.a.w telah bersabda:

“Bacalah al-Quran dan mintalah daripada Allah (pahala), kerana selepas kamu akan ada kaum yang membaca al-Quran dan meminta (upah) daripada manusia”(Riwayat Ahmad dan al-Tirmizi, dinilai hasan oleh al-Albani).

Pada akhir zaman ini, kita melihat Islam diekspoitasikan. Jika nak cari yang sokong ambil upah memang ada, seperti mana ustaz yang kaki hisap rokok tentu menyatakan rokok makruh, walaupun seluruh fatwa antarabangsa; ulama dan para pakar kesihatan menyatakan ia haram.

Rasulullah saw. bersabda maksudnya:
“Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang lain pakaian yang dibuat darIpada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan percakapan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala (mempunyai tujuan-tujuan yang jahat). Allah swt. Berfirman kepada mereka, “Apakah kamu tertipu dengan kelembutan Ku?, Ataukah kamu terlampau berani berbohong kepada Ku?. Demi kebesaran Ku, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim ( cendikiawan ) pun akan menjadi bingung (dengan sebab fitnah itu)”. (Daripada Abu Hurairah r.a – Riwayat Tarmizi).

Lanblack Lanblack said...

..dan bila dunia sdh dipenghujung, agama akan menjadi bahan2 dagangan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang

Bloglist 1

Apa Perkongsian Mereka (10 Paling Terkini)