yang setia mengikuti blog ini dan ingin mengikuti

Firman Allah SWT:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
(Surah Al-Hujurat ayat 13)

Innity

Sunday, November 22, 2015

SEKARANG PKR DAPAT RASA APA YANG PAS RASA...



Semalam DUN Pulau Pinang membincangkan usul kontroversi dikemukakan Adun Muhammad Farid Saad (BN - Pulau Betong) mengenai isu tebus guna tanah seluas lebih 2,600 hektar berhampiran muara Sungai Pinang.

Menurut pembangkang, pembangunan di kawasan itu akan menyebabkan hidupan laut terancam kerana habitatnya terhapus, selain menjejaskan kehidupan kira-kira 500 nelayan di kawasan berkenaan.

Selepas dibahaskan, usul itu diundi dan akhirnya ditolak apabila ia hanya mendapat lapan undi sokongan, manakala 22 lagi menolak.

Lima Adun PKR pula bersikap berkecuali.

Pengundian juga menjadi perhatian apabila salah seorang Adun DAP, Teh Yee Cheu (Tanjung Bungah) yang dikenali sebagai aktivis alam sekitar turut mengundi menyokong usul berkenaan.

Dua lagi Adun PKR, Law Choo Kiang (Bukit Tambun) dan Maktar Shapee (Sungai Bakap) tidak boleh mengundi kerana masing-masing menjadi speaker dan timbalan speaker. mk

N'N: Menyokong usul pembangkang atau pihak lawan tidak semestinya bermaksud kita menyokong dasar mereka, sokong ikut tajuklah... 

13 comments:

Anonymous said...


Sekarang sifu parti roket penang mali sudah besar kepala berlagak bos menindas parti-parti sekutu !

Bayangkan bila parti roket berkuasa di negara ini, parti-parti sekutu dilayan seperti kuli dan orang Melayu hilang hak keistimewaan dan amal ibadat orang Islam diganggu oleh balaci-balaci roket. Mungkin khutbah Jumaat pun diharamkan sebab balaci roket tidak suka khutbah yang menyeru orang Islam bersatu padu dan mematuhi perintah Allah. Sekarang pun sifu roket penang mali sudah berani menentang perlaksanaan hukum Allah di negara ini.

Anonymous said...

Situasinya tidak sama sebab 5 ADUN PKR itu adalah dari parti yang memerintah Pulau Pinang, yakni sekutu DAP juga. Dan hasil undian terhadap usul yang dibawa oleh ADUN Muhammad Farid Saad (BN - Pulau Betong) yang menjadi pembangkang di DUN adalah tertolak disebabkan ianya ditentang oleh 22 undian dari PH berbanding dengan 8(BN). Ini bermakna undian PH tetap mengatasi undian BN, walaupun 5 ADUN PKR itu berkecuali. Jika mereka mengundi tidak menyokong usul itu maka undian menjadi 27(PH) dan 8(BN), manakala jika mereka menyokong pula undian menjadi 22(PH) dan 13(BN). Dalam mana-mana situasi sekalipun, PH tetap memenangi undian tersebut. Perlu ditegaskan di sini bahawa PH adalah parti yang memerintah d Pulau Pinang manakala BN pula adalah pembangkang, jangan keliru bab ini.
Ia berbeza dengan sikap berkecuali PAS semasa penolakan bajet di parlimen minggu lepas. Walaupun jika seluruh anggota pembangkang di parlimen menolak usul bajet dan pembangkang tetap kalah undian itu, tetapi ia menjadi kayu ukur kesepaduan pembangkang. Tetapi disebabkan majoriti Ahli Parlimen PAS berkecuali semasa pengundian untuk menolak, ia jelas menunjukkan bahawa PAS tidak bersungguh menentang BN seperti yang diwar-warkan. Tidakkah ianya berbeza diantara dua keadaan tersebut?

Northern Lion said...

Kerajaan Khalifah Islamiyyah la katakan, kahkahkah...

Yong Intan Noor said...

Salam,

Yong sokong mana2 ADUN/MP yang mempertahankan alam sekitar.

Mempertahankan alam sekitar dengan berkecuali tentang Budget 2016 Najib adalah 2 perkara yang berbeza dari segi isu pokoknya.

Na'im Nikmat said...

Ramai yng kata tindakan PAS berkecuali semasa usul tolak budjet oleh PH adalah tindakan menyokong kezaliman BN, kalau begitu apakah tolak budget bermaksud tolak bonus dan kenaikan gaji kakitangan awam,para pesara dan gaji minima?

Anonymous said...

Tambak tebus bina hotel mahal bg cina doll duduk org melayu nelayan halau bg duit dua tiga posen.sama la cam perangai singapore.byk duit semua boleh beli tak perlu nelayan dipulau pinang tak perlu bg buget.tak lama la cina bukit ni n koncu koncu kataknya tu

Anonymous said...

Jika parti Islam menentang budget di Parlimen, semua agensi kerajaan seperti hospital akan berneti berfungsi atau berfungsi pada tahap minima kerana kekurangan atau ketiadaan peruntukan dan rakyatlah yang akan menerima akibatnya. Orang bodoh sahaja menyalahkan parti Islam.

Wan Rosli said...

Itulah pkr ni.. siapa suruh bergabung dgn umno.. ini bukti kukuh ni x boleh dinafikan.. pkr dan umno berpisah tiada..

Anonymous said...

Tanya PAN. ada la tu kot jawapan.

GEBU said...

Kenapalah bangang sangat kita membuat tafsiran...bila tolak budget 2016 bermakna budget tu tak boleh diterima dan kena bentang semula pada perkra2 yg dibahaskan kena ditambah baik. Dari segi moralnya apabila budget itu ditolak ia mencabar kewibawaan Menteri kewangan dan juga PM. Siapa yg bodoh ni haa,

Wan Rosli said...

Yong.. cuba tepuk air dibdulang.. tgk apa yg akan terjadi..

Anonymous said...

Amat bersetuju dengan pandangan berbentuk pesoalan oleh GEBU. Hanya mereka yang terencat pemikirannya sahaja gagal untuk berfikir sejauh itu, malahan hanya cuba untuk menegakkan prasangka buruk sahaja.

Wan Rosli said...

Sbb tu berkecuali adalah lebih baik..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang

Bloglist 1

Apa Perkongsian Mereka (10 Paling Terkini)