Tuesday, November 17, 2015

DAP PERLU KEKAL DI SELANGOR, JOM BACA APA ALASAN LIM GUAN ENG...


Nampaknya LGE tak buat research kerana fakta sebenarnya PAS tidak pernah melarang penjualan arak kepada non-muslim tp menghadkan penjualannya. Singapura telah pun melaksanakan undang2 untuk menghadkn penjualan arak, apakah tindakan itu tidak sesuai dgn rakyat Singapura yng majoritinya non-muslim? 


1 comment:

Anonymous said...

Maaf Hadi dan PAS, Saya Mohon Membangkang
Sebelum saya meneruskan tulisan ini, saya memohon maaf kepada semua rakan-rakan saya terutamanya kepada ahli PAS. Tujuan rencana ini bukanlah untuk menyerang Datuk Seri Hj Hadi Awang sebaliknya untuk memperbetulkan persepsi dengan menyatakan pengalaman saya sepanjang menjadi Ahli Majlis MPSP di Pulau Pinang.
Seperti yang diketahui, DAP adalah merupakan parti pemerintah di Pulau Pinang yang membentuk kerajaan bersama sebelum ini bersama-sama PKR dan PAS tetapi kini bersama PKR dan PAN dalam gagasan bersama Pakatan Harapan.
Ulasan Hadi kononnya PAS menolak Pilihanraya Kerajaan Tempatan supaya orang Cina tidak menguasai bandar yang mana nanti akan menghalalkan arak dan judi kepada orang Islam sangat tersasar dan boleh disifatkan sebagai satu kenyataan politik tidak tentu hala yang tidak berpijak di bumi Pulau Pinang.
Justeru, izinkan saya berkongsi dengan Hadi mengenai ucapan saya di Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) berkaitan isu Arak.
Dalam Mesyuarat Penuh MPSP pada bulan Mac 2015,ucapan saya kali kedua untuk menyokong usaha Saudara David Marshal, seorang Ahli Majlis daripada DAP telah membangkitkan mengenai penguatkuasaan arak di Seberang Perai sejak 2014 termasuk penguatkuasaan kawalan jualan dan masa jualan terutamanya Arak Murah.
Usul tersebut telah dibahas dan diluluskan di dalam mesyuarat tetap dan sekarang ditubuhkan task force bagi pemantauan serta pengawalan penjualan secara berleluasa arak terutamanya di kalangan remaja. Kini boleh saya katakan MPSP adalah PBT pertama d Malaysia yang mempunyai garis panduan jelas berkaitan arak.
Walaupun Kerajaan Negeri Pulau Pinang dikuasai oleh DAP, tetapi MPSP tetap dapat menguatkuasakan garis panduan ketat penjualan arak. Pastinya sebagai Pihak Berkuasa Tempatan dan Kerajaan Negeri yang bertanggungjawab bersama menjaga kepentingan kesihatan dan kesejahteraan rakyat yang menjadi fokus tumpuan dan utama bagi kami.
Ketegasan rakan-rakan Ahli Majlis daripada DAP dan disokong oleh saya sebagai Ketua Whip berserta rakan-rakan Ahli Majlis lain menafikan dakwaan Hadi yang seolah-olah memperkecil-kecilkan keislaman Melayu Pulau Pinang dan memperlekehkan bangsa lain seolah-olah mereka manusia yang tidak bertamadun.
Hadi boleh membuat pengesahan dengan bekas Ahli Majlis yang juga merupakan Yang Dipertua PAS Kawasan Permatang Pauh Tuan Hj Omar Hassan turut sama menyokong usul yang dibawa oleh David Marshal.
Benar, Islam sememangnya melarang umatnya daripada mengambil arak walaupun setitik tetapi saya juga percaya tidak ada satu pun agama di dunia ini yang menggalakkan penganutnya untuk mengambil arak sebagai minuman harian. Oleh yang demikian, saya sangat tidak bersetuju dengan kenyataan Hadi.
Kenyataan tersebut adalah merupakan satu dakwaan Mala Fide terhadap Pihak Berkuasa Tempatan dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang diketuai oleh DAP.
Hadi perlu menarik balik kenyataan tersebut.
Sekian,
Zulkifli Hj Ibrahim
Ketua Whip Ahli Majlis
Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP)