yang setia mengikuti blog ini dan ingin mengikuti

Firman Allah SWT:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
(Surah Al-Hujurat ayat 13)

Innity

Wednesday, February 26, 2014

MUNGKIN SAMPAI TAHUN DEPAN PUN MEREKA TAK MAMPU JAWAB SOALAN YANG DR.MAZA TANYA NI...

Mana RM1 bilion duit zakat?

 

Bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainol Abidin mencadangkan satu kajian telus dibuat bagi menyiasat hal isu kutipan dan perbelanjaan wang zakat oleh badan agama.

Beliau mempersoalkan mengapa walaupun lebih RM 1 bilion wang zakat dikutip saban tahun, masih ramai umat Islam negara ini yang hidup dalam kesempitan.

"Mengapa kita masih dengar orang Islam tak cukup duit nak bayar sewa rumah dan (kemudian) murtad tapi tengok penguatkuasa beli kereta baru.

"Mana duit zakat ini? Saya bukan kata duit zakat itu diseleweng tetapi di mana duit zakat ini pergi?" kata beliau dalam Wacana bertajuk "Bagaimana Ekonomi Islam Mampu Kawal Pasaran" anjuran Sinar Harian semalam.

Beliau mengaku terdapat peningkatan dari segi kutipan.

Pensyarah itu turut mempersoalkan sikap ulama yang tidak berani bersuara menegur salah pemerintah.

"Maksud saya apa kaitan orang politik perlu hadir dalam majlis pemberian zakat. Sepatutnya kita kena terus beri kepada yang layak.

"Sebab itu perlu keberanian, sebab itu ulama yang terikat, bila ulama jadi penasihat, mereka terikat," kata beliau.

7 comments:

Anonymous said...

Assalam,

Like.

gurustress said...

aku tahu salah satu sebabnya, ustz kat sekolah aku cakap, dia yg ditugaskan mencari penceramah untuk anak2 asnaf pun zakat bg RM500. org kt pejabat zakat malas buat kerja, nak senang je

Anonymous said...

Allahuakabar

Anonymous said...

dr asri yg dituduh wahabi ni lahh yg selalu tanya mana pi kepentingan rakyat...yg konon2 ASWJ mcm zamihan tu mana pi...

PemerhatiAnakMuda said...

ada seorang pencermah dari badan kutipan zakat marah2 bila ada orang pertikaikan kemana agihan zakat disalurkan..katanya orang itu sembahyangnya kena kaji balik..tulah sikap sesetengah "USTAZ" yg tak menjawab soalan tapi mempertikaikan org yg bertanya soalan...itulah ulama yg pandai berkata2 dan cakap berbelit2...org "alim" yg ditakuti oleh saidina Umar ra terjadi dalam masyarakat..

Anonymous said...

Ulamak jgn asyik guna satu hadith saja "ulama pewaris ambia". Perlu diingat kata syaidina Umar ra " akhir zaman ulama adalah sejahat manusia diatas muka bumi"

Anonymous said...

Majlis penyerahan duit zakat....
dimulakan dng ulasan pengerusi majlis..bla...bla...bla.... punya puji pegawai pejabat zakat...... aku naik meluat melebih2 pulak dia..
Diikuti ceramah pengarah zakat...muqaddimah pun panjang... dah masuk isi ceramah bla...bla...bla... hampir satu jam.. dok marah2 kpd pembayar zakat..lepas tu dok perli penerima zakat pula.
Dah letih tunggu dekat 2 jam baru majlis penyerahan duit zakat.. rupanya bagi cek besar dan tulisan besar.. alamak .. frustnya .. tak boleh cash pun..
Akhirnya aku balik tangan kosong. Keluar duit poket lagi tambang teksi dan minum air.
ni la kisah pejabat zakat... depa ingat duit bapa depa ka.. dah nak bagi maki2 lagi..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang

Bloglist 1

Apa Perkongsian Mereka (10 Paling Terkini)