Cerita menginsafkan...
Cerita ini copied dari status yang dikongsikan oleh Encik Tajul Ariffin. Ianya rentetan dari cerita seorang lelaki Islam yang mencuri wang tabung masjid sebanyak RM2 dan dijatuhkan hukuman penjara 2 tahun semalam. Sebab mencuri ialah kerana kesempitan hidup. Baca cerita di bawah dan tanya diri kita. Apakah fungsi masjid? Kenapa gereja lebih bagus dari masjid di Malaysia.
Masjid banyak duit. Tetapi pengurusan masjid buat duit masjid macam duit mereka sendiri. Curi RM2 kena penjara. Mungkin yg melidi duit tabung tu dalam kesempitan sangat.
Aku pernah masuk gereja dekat komplek Asia Jaya. Ada kotak transparent atas meja. Ada buku catitan sebelah kotak. Dalam kotak tak bertutup ada banyak duit macam2 note. Aku belek buku. Lima ruang utk diisi. Tarikh, Nama, no tel, jumlah, catitan. Berbagai kaum punya nama ada dan memang aku mencari nama melayu. Jumpa beberapa nama siap nombor talipon. Salah satu nama lelaki ambil RM 50 utk beli susu anak. Aku call no yg dicatat. Sembang bbrp minit. Baru kena berhenti kerja jaga masa tu.
"Dah jumpa pak imam masjid. Kena buat surat ke bendahari. Bendahari pula suruh gi pejabat zakat. Sampai pejabat zakat kena isi itu ini. Entah bila pula nak dapat. Kawan india suruh pi gereja. Boleh terus ambik kemudian baru tulis nama. Saya pun pergi tempat tu dgn dia."
"Kenapa encik ambik limapuluh je. Bukan ada orang jaga pun?"
"Entahlah. Tapi walaupun takde orang jaga tapi Allah nampak walaupun dalam gereja. Niat saya memang nak beli susu anak dan sikit utk tambang pusing2 cari kerja."
Terdiam aku sekejap. Lepas tu encik?
"Saya terus pergi beli susu anak dan balik rumah dgn nasi bungkus malam lima beranak. Pagi esok gereja talipon dan lepas tu saya pun dapat kerja jadi jaga di gereja tu. Takpa la asal tak mencuri."
Aku langsung teringat pada sorang pakcik yg sedang ronda tempat parking masa tu. Encik masih kerja di situ?
"Dak dah. Saya dah balik kampung ni. Gereja bagi modal. La ni saya meniaga gerai makan. "
Masjid patut boleh buat lebih baik dari gereja. Jangan bangga dengan jumlah terkumpul ratusan ribu tp ahli qariah ada yg dapur tak berasap.
SUMBER: BLOG SERIUS
3 comments:
Dah berbuih mulut ustaz2 bagi ceramah baik di masjid, surau dan sekarang dalam tv mengenai tugas sosial masjid2 dan bagaimana wang kutipan derma jamaah patut dibelanjakan. Tapi rata2 Jawatankuasa kebanyakan masjid ni jenis pekak badak dan beranggapan duit derma jamaah itu khas untuk beli keperluan masjid dan belanja melancung JKuasanya.Majlis Agama Islam dan Pejabat2 Agama pun tak ambil pusing; tak pernah nak bagi panduan kepada JK masjid supaya keluarkan sebahagian wang tersebut untuk membantu orang2 islam yang memerlukan.
Saya seorang mualaf...memang sampai sekarang tak pernah terima duit zakat pun...saya ok lagi boleh survive alhamdullilah ada kerja...tapi kesian kalau yg sebaliknya...
Alhamdulillah anda telah diberi hidayah memeluk satu2nya agama yang Allah redha yakni Islam...Saya doakan anda sentiasa istiqamah...Itulah kelemahan Jabatan Agama kita mereka tidak tahu mengurus wang baitulmal dengan baik tidak seperti zaman Khalifah Ar-Rasyidin yng memanfaatkan wang baitulmal dgn cara yng betul sehingga pada zaman Khalifah Umar Abd Aziz mereka terpaksa keluar dr negeri mereka utk mencari org yng layak menerima zakat.....
Post a Comment