yang setia mengikuti blog ini dan ingin mengikuti

Firman Allah SWT:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
(Surah Al-Hujurat ayat 13)

Innity

Wednesday, April 10, 2013

PECAH BERITA PALING PANAS SAAT INI: SPR Umum Hari Penamaan Calon DAN Hari Mengundi PRU-13.



Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) hari ini telah bermesyuarat untuk menentukan tarikh penamaan calon dan tarikh pengundian bagi pilihanraya umum ke-13 sebentar tadi.

Sidang media itu diadakan di ibu pejabat suruhanjaya itu di Putrajaya yang diketuai pengerusinya, Abdul Aziz Yusof.

Menepati ramalan sesetengah pihak, tarikh penamaan calon bagi seluruh kawasan parlimen dan dewan undangan negeri (DUN) seluruh negara kecuali DUN Sarawak telah ditetapkan pada Sabtu, 20 April 2013.

Manakala tarikh membuang undi pula telah ditetapkan pada hari Ahad, 5 Mei 2013.

Bagi pengundi awal, pengundian ditetapkan pada Selasa, 30 April 2013.

Serentak dengan itu, suruhanjaya itu juga memaklumkan calon-calon yang bertanding bolehlah memohon set borang penamaan calon sebanyak RM20 di mana-mana pejabat SPR negeri atau di Putrajaya.

Turut hadir, timbalan pengerusinya, Wan Ahmad Wan Omar dan setiausahanya, Kamaruddin Mohd Baria.

Tiada tempoh bantahan dibuat kali ini berikutan pindaan terhadap akta pilihanraya manakala tempoh penamaan calon kekal selama sejam bermula jam 9 pagi di semua 222 kerusi parlimen dan 505 kerusi DUN di seluruh negara.

Seramai 13.26 juta pengundi berdaftar layak mengundi kali ini.

Aziz berkata, untuk PRU13 ini, SPR menggunakan daftar pemilih induk 2012, daftar tambahan suku tahun pertama 2012, daftar tambahan suku tahun kedua 2012, daftar tambahan suku tahun ketiga 2012 dan daftar tambahan suku tahun keempat 2012.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang

Bloglist 1

Apa Perkongsian Mereka (10 Paling Terkini)