Friday, April 12, 2013

DUA ORANG KUAT MCA & GERAKAN SUDAH UNDUR, ADAKAH INI KEKALAHAN AWAL BN.....


Masa depan Barisan Nasional (BN) dilihat semakin kelam dan muram. Sebentar tadi, dua pemimpin tertinggi parti dalam komponen itu mengumumkan tidak akan bertanding di mana-mana kerusi parlimen mahupun DUN. Seperti dijangka, presiden MCA, Chua Soi Lek mengesahkan dirinya tidak ada dalam senarai terbaru calon yang diputuskan dalam mesyuarat penyelarasan komponen BN siang tadi di PWTC.

Bekas perdana menteri, Najib  adalah arkitek utama di sebalik pengunduran Soi Lek. Mana tidaknya, kata dua yang diberikan kepada Najib Altantuya langsung tidak diendahkannya.Ini berikutan Najib  hampir pasti mencalonkan semula BEKAS penyandang kerusi parlimen Pandan, Ong Tee Keat sekali lagi untuk turun menentang calon KEADILAN, Rafizi Ramli.

Keputusan Najib  tersebut menyebabkan Soi Lek kecewa lalu membuat keputusan tidak bertanding, dan untuk menutup spekulasi, dia akan menjelajah ke seluruh negara berkempen bagi BN.
Perkara sama hampir berlaku ke atas presiden Gerakan, Koh Tsu Koon yang turut mengikut jejak Soi Lek sekaligus menyebabkan jentera BN di sesetengah kawasan tidak bergerak.Hanya Umno dilihat mendominasi kawasan parlimen dan DUN yang ditandingi kedua-dua parti itu iaitu di parlimen Gerik dan Batu.

Tsu Koon yang merupakan bekas ketua menteri Pulau Pinang menyatakan dia sudah tidak lagi berminat untuk bertanding dipercayai akibat kehilangan negeri itu ke tangan Pakatan Rakyat yang menang besar dalam pilihanraya umum lalu.MCA dan Gerakan tewas di kesemua kerusi yang ditandingi kepada calon DAP dan Pakatan Rakyat membentuk kerajaan negeri dengan kemenangan besar 29 kerusi daripada 40 keseluruhan.

Sementara itu, pertikaian antara kerusi-kerusi bertindih antara parti dalam Pakatan Rakyat di beberapa kawasan parlimen dan DUN seluruh negara akan dimuktamadkan sehari sebelum hari penamaan calon yang ditetapkan pada 20 April nanti.Antara kerusi yang bertindih adalah parlimen Kangar, Labuan, dan DUN Sungai Acheh yang setakat ini belum diselesaikan secara muktamad.

Kerusi DUN Sungai Acheh misalnya memang diperuntukkan kepada KEADILAN namun PAS mendakwa mereka memiliki peluang cerah untuk menang.Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata ia pasti akan diselesaikan dalam semangat Pakatan Rakyat setelah rundingan lanjut diadakan berterusan.

Perkembangan terbaru calon yang bertanding pula menyaksikan peguam muda, Ahmad Nazib Johari disebut-sebut bakal menjadi calon KEADILAN di parlimen Petra Jaya di Sarawak.
Pengumuman rasmi akan dibuat Ketua Umum KEADILAN, Anwar Ibrahim dalam satu majlis di Kuching minggu depan.Esok dan Sabtu, Anwar akan mengumumkan senarai calon muktamad bagi kerusi parlimen dan DUN di Sabah dalam misi menyelesaikan isu tujuh ketua cabang yang menuntut agar mereka diberi mandat oleh parti untuk bertanding daripada calon 'payung terjun'.
Manakala aktivis PAS, Aiman Athirah Al-Jundi pula dikatakan akan bertanding di parlimen Jelebu, bagaimanapun siapa lawannya masih belum diumumkan.Rais Yatim yang merupakan bekas penyandang kerusi itu dijangka akan digugurkan menurut senarai terbaru calon BN tetapi masih belum disahkan.

Sekiranya benar, Aiman akan bergandingan dengan calon PAS bagi parlimen Jempol, Wan Aishah Wan Ariffin bagi membawa lebih banyak suara wanita dalam Dewan Rakyat.KEADILAN dan DAP sudah meletakkan beberapa calon wanita antaranya Zuraida Kamaruddin di parlimen Ampang, Nurul Izzah Anwar di parlimen Lembah Pantai, Nor Azrina Surip di parlimen Merbok dan Murni Hidayah Anuar di parlimen Paya Besar.

Manakala DAP mempertaruhkan ketua wanitanya, Chong Eng kekal di parlimen Bukit Mertajam dan Alice Lau Kiong Yieng di parlimen Lanang di Sarawak.

No comments: