Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) pimpinan Badrul Hisham Sharin atau Cikgu Bard dengan kerjasama Angakatan Perubahan Sabah (APS) telah mengadakan majlis dinamakan Mahkamah Rakyat: Isu Sebenar Lahad Datu - Siapa Pengkianat Sebenar pada malam Isnin lalu telah merumuskan lima perkara berhubung isu yang berlaku di Sabah hari ini.
Lima perkara itu ialah;
Tiada siapa yang tidak menghargai pengorbanan prajurit negara, sebaliknya muncul membela kematian wira negara.
Pemberian IC menggadai kedaulatan negara memang berlaku malah turut dibuktikan BN terlibat mewujudkan huru – hara sehingga sanggup mengakibatkan kematian ketika hilang polulariti. Ia berlaku setiap kali Umno BN kalah malah kali ini Umno BN bakal kehilangan Putrajaya.
Projek IC menyebabkan banyak masalah, ramai punya dua kerakyatan (contoh Filipina dan Malaysia), kerakyatan diberikan hanya untuk mengundi BN bukan kerana kesetiaan pada negara, Jeneral kumpulan militan yang menyerang bukan sahaja punya IC tetapi pernah menjadi pegawai kerajaan BN Sabah dan ramai antara mereka juga punya IC.
Pemimpin BN lemah dalam pertahan kedaulatan hingga menyebabkan operasi meleret dan mengorbankan prajurit negara. Hishamuddin pada mulanya umum yang penceroboh bukan militan/pengganas dan perlu berunding? Persoalannya kenapa berunding? Apa isi perundingan? Apa yang diselindungkan? Hishamuddin harus bercakap benar dan meminta maaf pada rakyat Malaysia.
Mahkamah Rakyat memutuskan Malaysia dalam bahaya kerana punya pemimpin lemah dan hanya tahu mempolitikan semua perkara. Semua sebulat suara memutuskan Dr. Mahathir pengkhianat negara dan harus dihadapkan kemuka pengadilan, satu sidang parlimen khas harus dipanggil serta kertas putih Lahad Datu harus dikeluarkan segera sebelum PRU.
Majlis itu mendapat sambutan hangat dengan dihadiri lebih 5,000. Dewan Perhimpunan Cina Selangor tempat majlis itu diadakan penuh sesak sehingga melimpah ke luar dewan. Orang ramai yang ingin mengetahui kisah sebenar mengenai isu Sabah sanggup duduk dan berdiri di jalan raya.
Program dikendalikan secara 3 segmentasi - Segmentasi suara anak muda telah menampilkan Boby (Penyelaras SAMM Sabah), Freed (wakili suara anak muda Sabah) dan Sani Hamzah (Pengarah Pilihanraya DPPP selaku mewakili suara anak muda Semenanjung).
Segmentasi kedua menampilkan Hasnar dan Siti Aminah yang kedua–duanya bekas tahanan ISA. Hasnar dan Siti Aminah terlibat dalam projek kad pengenalan di bawah Dr.Mahathir yang mengadaikan kedaulatan dengan memberi warganegara secara mudah hanya untuk meraihkan kemenangan parti komponen BN.
Malah Hasnar secara jelas menyebut beliau bukan sahaja terlibat dalam projek Kad Pengenalan ketika menjadi Pegawai Daerah Sandakan tetapi apabila parti Berjaya (komponen BN) tewas kepada PBS, beliau telah terlibat sebagai antara yang menimbulkan huru hara di Sabah. Rusuhan yang dikenali sebagai ‘silent riot’ itu sememangnya dicipta BN dengan perlindungan anggota keselamatan, agensi kerajaan malah beliau diminta membuat kecoh sehingga menyebabkan kematian.
Pendedahan mereka berdua benar–benar menyentak hadirin. Beberapa nama pimpinan besar selain Dr. Mahathir telah disebut dengan jelas sebagai pemimpin yang terlibat dalam projek IC Dr.M.
Segmentasi ketiga dimulakan dengan pidato Janeral (B) Dato' Ghafir yang menimbulkan persoalan penting mengenai kelemahan pemimpin politik dan mengganggu operasi di Lahad Datu.
Dua wakil APS Sabah iaitu Datuk Seri Panglima Wilfred Bumburing dan Datuk Kalakau Untul menegaskan betapa rakyat Sabah sengsara kerana projek IC dan sebahagian besar punca malasah di Sabah adalah angkara Dr. Mahathir.
Penduduk asal Sabah mahu terus kekal bersama Malaysia dan itu bukan pertikaianya. Majoriti warga Sabah sudah tidak sabar menanti PRU untuk melakukan perubahan bersama PR dan mereka menyebut dengan jelas Sabah akan bersama menabalkan Anwar sebagai bakal PM Malaysia. ~mso
1 comment:
Ingat mati untuk kusyuk solat - http://mybabah.blogspot.com
Post a Comment