Sejarah tercipta....
2.31 PM:
Wakil daripada bekas anggota tentera KERABAT, yang menegaskan anggota tentera bukanlah balaci kepada BN
2.30 PM:
Datuk Seri Anwar Ibrahim sampai ke stadium, disambut dengan laungan reformasi. Beliau melambai pada hadirin.
2.10 PM:
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang serta Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustapha Ali tiba dan masuk ke dalam stadium.
2.08 PM:
Wakil PAS dari Johor, Suhaizan Kaiat sedang berucap. Setiap pemimpin menyampaikan ucapan kira-kira dua minit.Dalam ucapannya, Suhaizan menyentuh beberapa perkara, iaitu mengenai Pulau Batu Putih dan projek Iskandar di Johor.
1:23 PM
Tanggungjawab kepada agama tetap dilaksanakan peserta HKR yang beragama Islam:
1:04 PM:
Maklumat terkini, mesej Unit Amal - Mohon sebarkan.
"Pihak tidak bertanggungjawab menyamar sebagai unit amal dengan memakai baju unit amal.
Untuk membezakan 'unit amal' menyamar dan umat amal sebenar PAS ialah unit amal PAS memakai topi, seluar hitam, kasut hitam dan kad tag unit amal.
'Unit amal' penyamar hanya baju amal saja. Jika mereka pakai seluar hitam, perhatikan kasut, topi dan tag yang mereka pakai. Rakam gambar dan tanya dari unit amal mana dia datang. Pastikan unit amal yang dikenali sahaja yang bertugas."
1:00 PM:
Keadaan Di Pintu Stadium Merdeka.
12:33 PM:
Peserta HKR mula memenuhi Stadium Merdeka.
12:25 PM:
Dato Husam dan pimpinan Royalti Kelantan menuju ke SM. Via Pemuda Gombak.Com
12:20 PM:
Walau berkerusi roda, tidak mahu ketinggalan utk nama tersenarai dalam catatan sejarah. Via FB JKKK FC
12:13 PM:
Mula bergerak dari KLCC.
12:08 PM:
Mahasiswa Bangkit Via G.A.M.I.S. [Official]
12:02 PM:
Lim Kit Siang & Dr. Wan Azizah.
11:57 AM:
Kaum India antara yang hadir ( jangan cemburu).
11:54 AM:
Kumpulan dr kg bharu di bwh Chegu Bard sedang menuju ke stadium merdeka..Via FB Wfauzdin Ns
11:49 AM:
Barisan muslimat turut serta. Via Harakahdaily
11:44 AM:
Jika dilihat dan diamati peniaga makanan/minuman dan penguasaha pengangkutan awam adalah mereka yang mendapat keuntungan berlipat ganda daripada HKR KL112.
Keadaan yang sempat dirakam facebookers PR didalam Pengangkutan Awam :
11:39 AM:
Sebahagian daripada Unit Amal sudah bersedia di Stadium Merdeka.
11:37 AM:
Peserta HKR mula bergerak ke Stadium Merdeka.
Kelibat Deepak turut kelihatan:
11:31 AM:
Terkini di KLCC hampir 2000 orang peserta sudah berada di sini. Kelihatan Datuk Kamaruddin Jaffar tiba di sini. Via Harakahdaily
11:28 AM:
Kelihatan YB Nurul Izzah sedang memberi ucapan di UM. Via Harakahdaily
11:24 AM:
Anggota polis sedang mengawal keselamatan di Dataran Merdeka. Via PDRM
11:21 AM:
YB Azmin Ali turut serta. Via Milo Suam
11:17 AM:
Golongan peniaga antara yang tersenyum lebar dengan kehadiran pelanggan yang ramai. Via FB Kebangkitan King Ahmad III
11:14 AM:
Suasana di kg bharu skrg...lokasi anggota2 SAMM berkumpul sebelum ke stadium merdeka.
Via Wfauzdin Ns FB
11:01 AM:
Peserta HKR #KL112 diminta berhati-hati dengan kemungkinan berlakunya provokasi daripada pihak yang tidak bertanggungjawab yang mungkin menyamar sebagai Unit Amal atau Peserta HKR.
10.56 AM: Masjid Al-Rahman - Peserta dari Amcorp Mall tiba di kawasan masjid dan bergabung dengan kumpulan diketuai Nurul Izzah. Mereka kini berjalan menuju ke Brickfields.
Kumpulan diketuai Nurul Izzah rata-taranya terdiri daripada golongan siswa yang turut membawa sepanduk dengan tulisan 'Mahasiswa mahu tukar kerajaan'.
Via Mkini.
10:56 AM:
Di Universiti Malaya
10:52 AM:
Unit Amal Kini Sedang Diberikan Taklimat Terakhir Di Masjid Negara Sebelum Memimpin Perarakan
Orang Asli/Asal antara yang tidak ketinggalan menyertai HKR (KL Sentral):
10:46 AM:
Pudu Sentral
Di KLCC #KL112
10:40 AM:
[Jalan Sultan] Peserta sedang berkumpul dan ada sudah berjalan menuju ke Stadium Merdeka. #HKR112
10:30 AM:
Sekarang dianggarkan 6000 orang membanjiri masjid negara
9:18 AM:
Perkarangan masjid negara hampir penuh dgn peserta HKR #KL112
9:08 AM:
Peserta HKR #KL112 mula berkumpul.
8:48 AM:
Kira-lira 40-50 orang SB sedang dengar taklimat di IPD Dang Wangi pakai pakaian orang awam #KL112.
Via milo suam.
Dataran Merdeka ditutup.. Kelihatan ramai polis dan fru..
Via FB.
Lapan lokasi untuk permulaan perarakan serta pemimpin masing-masing adalah seperti berikut:
Masjid Universiti Malaya
Nurul Izzah Anwar (PKR)
Ng Suee Lim (DAP)
Adam Adli (Solidariti Mahasiswa Malaysia)
Brickfields
Maria Chin Abdullah (BERSIH 2.0)
S Arutchelvan (PSM)
Zulkiflee Anwar Ulhaque @ Zunar
KLCC
Datuk Husam Musa (PAS)
Datuk Teng Chang Kim (DAP)
Mazlan Aliman (ANAK, PAS)
Jalan Sultan
Ishak Surin (Muafakat)
Tan Kok Wai (DAP)
Pasar Seni
Dr Siti Mariah Mahmud (PAS)
Teresa Kok (DAP)
Elizabeth Wong (PKR)
Dataran Merdeka
Wong Tack (Himpunan Hijau)
Ronnie Liu (DAP)
Kelab Sultan Sulaiman, Kpg Baru
Badrul Hisham Shaharin @ Chegubard (Solidariti Anak Muda Malaysia)
Masjid Negara
Azmin Ali (PKR)
Muhajid Yusof Rawa (PAS)
Khalid Samad (PAS)
Suara Rakyat Malaysia (Suaram) menyediakan khidmat bantuan guaman bagi memudahkan orang ramai yang ditahan polis mendapatkan bantuan mereka sepanjang Perhimpunan Kebangkitan Rakyat #KL112
Orang ramai boleh menghubungi atau mengirim pesanan ringkas (SMS) kepada nombor telefon berikut mengikut lokasi yang ditetapkan:
(Brickfileds) Nalini: 019-3758912
(Masjid Negara) Syukri: 019-8013149
(Jalan Sultan) Kar Fai: 016-3832323
(Central Market) Maisarah: 012-2187476
(Masjid Universiti Malaya) Theva: 013-3845740
Unit Amal PAS menyediakan sekurang-kurangnya 5,000 anggota untuk bertugas di Himpunan Kebangkitan Rakyat (#KL112)
SUMBER: Media Alternatif PR / Facebookers PR / Bloggers PR.
No comments:
Post a Comment