yang setia mengikuti blog ini dan ingin mengikuti

Firman Allah SWT:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
(Surah Al-Hujurat ayat 13)

Innity

Monday, January 14, 2013

Lagi Berita Yang Akan Buat Najib Tak Boleh Tidur Lena: Pakar Matametik Terkenal Anggarkan, Sekurang-kurangnya 700,000 Rakyat Telah Menyertai HKR #KL112.

shahrir.jpg (222×299)


Pakar Matametik terkenal, Prof. Dr. Shahrir Md. Zain (gambar) dilaporkan turut membuat anggaran berhubung jumlah hadirin yang menyertai jalanan aman dari pelbagai lokasi di ibunegara ke Stadium Merdeka petang semalam.

Memetik status di laman sosial Facebook, bekas professor dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu dilaporkan membuat anggaran, sekurang-kuranya 700,000 rakyat menyertai himpunan aman tersebut.

"Kalau berjalan 20 orang melebar sepanjang 1 Kilometer (Km), jumlahnya 100,000 ribu.

"Andaiannya adalah 10,000 kaki sama dengan 1 Kilometer, seseorang memerlukan dua kaki persegi untuk bergerak dengan selesa.

"Jadi, lebar jalan 40 kaki dan 5,000 orang boleh memanjang jalan. Lalu, 5,000 (orang) X 20 (orang) adalah 100,000 (orang per Kilometer).

"Pertanyaan saya, berapa Kilometerkah seluruh manusia datang HKR?" tanya Shahrir.

Shahrir dilaporkan berkata, sekurang-kurangnya 7 Kilometer jika dilihat dari sisi pandang atas.

Shahrir berkata, "Jawapannya, 700,000 (orang)."

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asst. Comm. Zainuddin Ahmad dilaporkan memberitahu pemberita, dianggarkan 10,000 peserta berhimpun di luar stadium, manakala, selebihnya bersesak dalam stadium berkenaan.

"Kami jangkakan terdapat lebih kurang 40,000 orang...di antara 40,000 (hadirin) dan 45,000 (hadirin)," kata beliau menerusi Buletin TV3 dan Tv1 sejak malam tadi.

Manakala, Twitter rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM) pula sebelum pada itu membuat anggaran, 80,000 orang hadir.

Sumber:DCM

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apa Hujah&Fakta Mereka 1(10 Paling Terkini)

Apa Hujah&Fakta Mereka 2 (10 Paling Terkini)

Apa Perkongsian Mereka (10 Paling Terkini)