Sunday, January 6, 2013

KRISIS AIR DI KUALA LUMPUR DAN GOMBAK, SYABAS SAHKAN KERAJAAN NEGERI TIDAK TERLIBAT.

 http://www.syabas.com.my/uploads/corporate/syabasci__0007_Layer%2023.jpg

 

MAKLUMAN MEDIA NO. 3: STATUS TERKINI GANGGUAN BEKALAN AIR TIDAK BERJADUAL DI WILAYAH KUALA LUMPUR DAN GOMBAK

KENYATAAN MEDIA                          
4 JANUARI 2012
(MAKLUMAN MEDIA NO. 3)
STATUS TERKINI GANGGUAN BEKALAN AIR TIDAK BERJADUAL DI WILAYAH KUALA LUMPUR DAN GOMBAK

Kuala Lumpur – Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) ingin mengemaskini laporan tentang status terkini Pelan Tindakan Kecemasan (ERP) Kod Kuning yang telah diaktifkan pada 6.00 petang, 1 Januari 2013 di Wilayah Kuala Lumpur dan Gombak berikutan kegagalan sistem pam Wangsa Maju dan di rumah pam di Pudu Hulu Baru.
Setakat ini, sistem pam di Rumah Pam Wangsa Maju dan Rumah Pam Pudu Hulu Baru ini telah beroperasi dengan stabil semenjak 2 Januari 2012. Rumah pam Wangsa Maju juga pada masa ini beroperasi pada tahap 170 JLH berbanding kadar biasa di tahap 210 JLH. Justeru itu, tempoh pemulihan bekalan air di kawasan-kawasan yang terlibat akan berlaku secara berperingkat-peringkat bergantung kepada kedudukan kawasan yang mana kawasan yang berkedudukan tinggi akan mengambil masa untuk dipulihkan berbanding dengan kawasan yang berada di kedudukan rendah. Walau bagaimanapun, oleh kerana kadar pengepaman telah dikawal pada 170 JLH dan kurang daripada permintaan harian biasa sebanyak 210 JLH, SYABAS menjangkakan ada beberapa kawasan yang akan tidak dapat dipulihkan sepenuhnya.
Bagi kawasan di Kuala Lumpur dan Gombak,  bekalan air telah mula pulih seperti sedia kala dan antara sebahagian kawasan yang telah mula mendapat bekalan air adalah seperti berikut:
                                             
Kawasan Yang Mendapat Bekalan Air
Wilayah Kuala Lumpur:
Bil Kawasan Bil Kawasan
1. Flat DBKL Dato' Keramat 9. UTM
2. Jalan Padang Tembak 10 FELDA
3. Jalan Semarak 11 Pusat Latihan Telekom
4. Jalan Gurney 12 Jalan U Thant
5. Kementah 13 Jalan Ampang Hilir
6. Pulapol 14 Taman Miharja
7. Wisma Tanah 15 Taman Kobena
8. JUPEM

Wilayah Gombak:
Bil Kawasan Bil Kawasan
1 Kampung Baru Ampang 31 Sri Rampai
2 Kampung Melayu Ampang 32 Taman Ampang
3 Taman Hillview 33 Taman Dagang Permai
4 Bukit Jobina 34 Taman Pandan Ria
5 Taman Dato Ahmad Razali 35 Taman Permai Jaya
6 Taman Bukit Indah 36 Taman Permata
7 Taman TAR 37 Taman Saujana Ampang
8 Ukay Heights 38 Taman Ampang Mewah
9 Ampang Jaya 39 Taman Ampang Utama
10 Dataran Ukay 40 Taman Bukit Ampang
11 Pinggiran Ukay 41 Taman Cahaya Ampang
12 Sri Ukay 42 Taman Dagang Jaya
13 Beverly Heights 43 Taman Halaman
14 Ampang Indah 44 Taman Kesuma Ampang
15 Ampang Saujana 45 Taman Kosas
16 Ampang Water Front 46 Taman Mulia Jaya
17 Bandar Baru Ampang 47 Taman Rasmi Jaya
18 Bukit Ampang Permai 48 Taman Sri Ampang
19 Bukit Indah 49 Taman Watan
20 Desa Setapak 50 Wangsa Melawati
21 JalanAmpang 51 Mesra Ria
22 Kampung Bukit Sungai Puteh 52 Mesra Prima
23 Keramat AU 1 hingga AU 5 53 Mesra Villa
24 Kampung Indah Mulia 54 Ukay Bestari
25 Kampung Kemensah

26 Kampung Lembah Jaya

27 Kampung Pinggir Tiga Jaya

28 Kampung Tengah Lembah Jaya

29 Lembah Jaya Utara

30 Lembah Jaya Selatan

Walaubagaimanapun, antara kawasan yang masih mengalami gangguan bekalan air di kedua-dua wilayah ini adalah seperti berikut:
Kawasan Yang Masih Mengalami Gangguan Bekalan Air
Wilayah Kuala Lumpur:
Bil Kawasan Bil Kawasan
1. Taman Pandan Jaya 12. Desa Pandan
2. Taman Cempaka 13. Flat Sri Melaka
3. Taman Bakti 14. Taman Muda
4. Taman Nirwana 15. Taman Seraya
5. Kampung Pandan Dalam 16. Taman Bukit Permai
6. Taman Cahaya 17 Taman Melur
7. PandanCahaya 18 Taman Teratai
8. Taman Dagang 19 Taman Mega Jaya
9. Taman Shamelin 20 Kampung Cheras Baru
10. Taman Tenaga 21 Taman Saga
11. Bandar Sri Permaisuri

Wilayah Gombak:
Bil Kawasan Bil Kawasan
1. Kampung Tasek Permai 3. Kampung Ampang Campuran
2. Desa Lembah Permai 4. Tasek Tambahan
Untuk makluman juga, sepanjang Pelan Tindakan Kecemasan (ERP) diaktifkan iaitu dari tempoh 29 Disember 2012 hingga 4 Januari 2013, secara keseluruhannya bekalan air menerusi lori-lori tangki ke kawasan-kawasan yang terjejas telah dihantar sebanyak 707 trip penghantaran, yang mana sebanyak 392 pergerakan lori tangki telah dilakukan di wilayah Kuala Lumpur dan bakinya sebanyak 315 pergerakan di wilayah Gombak. Bagi tangki air statik, SYABAS telah meletakkan sejumlah 173 tangki air statik di wilayah Kuala Lumpur dan Gombak. Walau bagaimanapun, SYABAS akan menggerakkan semua sumber yang ada pada SYABAS dan juga bantuan yang boleh diperolehi, tetapi memandangkan kawasan dan bilangan akaun yang terlibat adalah terlalu tinggi, pihak SYABAS tidak dapat menjanjikan tangki-tangki statik ini dapat dipenuhkan setiap masa.
Walau bagaimanapun, SYABAS akan terus melakukan pemantauan berterusan khususnya di semua kawasan yang terlibat di kedua-dua wilayah ini dari semasa ke semasa dan akan memaklumkan terus kepada para pengguna berhubung perkembangan terkini status gangguan bekalan air tidak  berjadual yang berlaku ini.
Justeru itu, orang ramai dinasihatkan agar terus menggunakan air secara berhemah dan berjimat cermat sepanjang tempoh pemulihan bekalan air ini berlaku bagi membantu mengurangkan kesulitan yang dihadapi.
Pada masa ini, jumlah panggilan yang diterima oleh SYABAS menerusi talian bebas tol 1 800 88 5252 adalah tinggi. Justeru itu, bagi menjimatkan masa, SYABAS menyarankan para pengguna untuk mendapatkan maklumat terkini berhubung gangguan bekalan air ini menerusi laman web www.syabas.com.my. Pengguna juga boleh membuat aduan atau pertanyaan di laman Facebook atau Twitter SYABAS dengan menaip ‘puspel’ atau ‘puspel syabas’.
-tamat-

MS. PRISCILLA ALFRED
Penolong Pengurus Besar,
Jabatan Komunikasi Korporat & Hal Ehwal Awam
Tel      : 03-2088 5276                 
Fax     : 03-2088 5288
Email : priscilla@syabas.com.my


N'N: UMNO/BN sudah tiada isu untuk dimainkan apabila menuding jari kepada PR.....

No comments: