Monday, January 7, 2013

Bagi Sesiapa Yang Akan Turun ke Himpunan Kebangkitan Rakyat #KL112.. Sila Ambil Perhatian!!



Ini adalah pengumuman khas oleh Jawatankuasa Himpunan Sejuta Rakyat yang akan berlangsung pada 12 Januari ini jam 2 petang di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.

Semua yang akan turun sila ambil perhatian:
~ Untuk mengelakan kesesakan sila jangan bawa kereta ke dalam kota kuala lumpur
~Sila jangan buat ganguan jalan
~Sila jangan 'jamm'kan jalan raya perhimpunan ini dijalankan dengan aman perhimpunan ini dijalankan dengan santai suasana pesta suasana bersama kaum keluarga

PANTAI TIMUR
Dari pantai timur, kelantan,terangganu dan pahang
~Ambil komuter ambil lrt di wilayah gombak berhenti di masjid jemek dan bergerak dari sana ke stadium merdeka

PERLIS KEDAH PULAU PINANG PERAK
~Sila ambil komuter di slim river di tanjung malim di rawang dan kawasan-kawasan yang sama berkumpul di masjid negara dan bergerak ke stadium merdeka

NEGERI SEMBILAN
~Naik komuter dari seremban kajang bangi cuba jangan bawa kereta ke dalam kota

SELANGOR - PJ KLANG SHAH ALAM
~Sila ambil komuter sila ambil lrt berhenti di universiti berhimpun di masjid universiti malaya bergerak ke brickfeilds warga aman sedang menungggu

MAHASISWA dan ANAK MUDA
~Berkumpul di masjid UM bergerak bersama-sama menuju brickfeilds

HIMPUNAN HIJAU
~Berkumpul awal di KLCC

ROYALTI
~Berkumpul awal di KLCC

MUFAKAT
~Berkumpul di jalan sultan

SAMM
~Berkumpul di kelab sultan sulaiman

WARGA YANG LAIN
~Datang terus masuk ke stadium merdeka

NOTA
~Sila berkumpul lebih awal dan mula bergerak ke stadium merdeka

NOTA
~Sila layari semua laman pro pakatan para pemilik laman para bloger anti united malays national orgnisation sila sebarkan maklumat ini

ANAK ANAK MUDA
~Yang bijak desin flyer yang bijak dengan media baru sila sibuk dan gempur alam siber sila gempaq dengan #kl112 sila buat heboh

APA YANG BOLEH DILAKUKAN DAN APA YANG TIDAK SILA BACA DI ( SINI )

1 comment:

kayru1 said...

stadium?tak berkesan la.depa tak layan nya kalau kumpul tempat tertutup camtu.