Saturday, December 29, 2012

HINANYA UMNO TERPAKSA GUNA BUDAK FORM 1 UNTUK MAKI PESERTA HIMPUNAN OREN DENGAN KADAR UPAH RM 2O



Kuala Lumpur 28 DISEMBER: Sekumpulan pelajar sekolah menengah termasuk tingkatan satu, ‘diangkut’ Umno BN kononnya untuk mempertahan Felda dengan upah RM20 setiap orang berikutan penganjuran Himpunan Oren Selamatkan Felda di Wisma Felda di sini, hari ini .

Berdasarkan temu bual Keadilan Daily dengan pelajar terlibat, mereka dibawa menaiki sebuah bas dari Rawang.

Mengikut pelajar yang dikenali sebagai Ika, mereka diberi RM20 ketika menaiki bas tetapi tidak tahu ke mana mereka mahu dibawa.

“Kami dari Rawang, satu kumpulan. Naik bas pagi tadi. Kita orang dapat RM20. Tadi mereka ada bagi,” katanya ditemani rakan-rakan sebaya.

Kumpulan pelajar lain yang memakai t-shirt Penggerak Belia Felda Tenggi, Hulu Selangor pula mengakui remaja yang dipilih semuanya berusia antara 15 hingga 17 tahun.

“Kami semua naik bas. Dalam bas, ada lebih kurang 20 orang. Kami tidak tahu kena pegang ini,” katanya sambil menunjukkan sepanduk yang terpaksa dijulang mereka.

Seorang daripada mereka yang dikenali sebagai Ikmal turut mengakui menerima upah tapi mengelak untuk memberitahu nilainya.

Selain pelajar ‘dipaksa’ menjerit memaki Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Kebangsaaan (Anak), Mazlan Aliman, kumpulan remaja itu turut diberi rokok.

Ironinya, beberapa anggota polis yang bertugas mengawal kumpulan pro-Felda itu hanya membiarkan kumpulan pelajar itu menjerit tak tentu arah.

Penyokong Felda & Isa Samad akui ditaja hotel lima bintang

Segelintir peneroka Felda yang ‘dipaksa’ berdepan Himpunan Oren Selamatkan Felda tengah hari ini, mengakui mereka ditaja dan diberi penginapan percuma di hotel lima bintang.

Seorang anak peneroka yang dikenali sebagai Zul dari Felda Kemahang 3, Tanah Merah, Kelantan, berkata mereka tiba di ibu negara malam tadi sebelum dibawa menginap di Hotel Dynasty.

Beliau berkata, mereka yang menaiki 10 bas khas ditaja sepenuhnya dan dijadual berangkat pulang ke Kemahang malam ini, mengakui mereka digunakan untuk menyatakan sokongan terhadap Felda.

“Felda bawa kami datang untuk lawan demo sebelah sana,” katanya sambil menunjukkan keududkan perhimpunan aman anjuran Persatuan Anak peneroka Felda Kebangsaan (Anak) kira-kira 100 meter dari situ.

Zul membuat pengakuan itu kerana menyangka pemberita Keadilan Daily yang secara lisan memperkenalkan diri sebagai wartawan sebelum menemu bual beliau, adalah pengamal media arus perdana yang dikawal Umno BN.

Beliau berkata, mereka dibawa menaiki bas sama untuk hadir ke bangunan Felda untuk berehat sementara menunggu solat Jumaat bagi menyertai demontrasi yang kononnya mempertahan Felda.

“Kami sampai pagi tadi, duduk dalam bangunan Felda. Ini yang demo kat sini. Budak-budak ini anak peneroka yang ikut keluarga mereka,” katanya yang bersama 200 penyokong termasuk pelajar. -KD

1 comment:

Unknown said...

Mereka ajar budak-budak jadi samseng