Thursday, November 22, 2012

SERANGAN HACKERS PRO PALESTIN TELAH MENGEJUTKAN DUNIA (GAMBAR)


Akaun Twitter yang berjaya digodam


Kumpulan hackers Anonymous bukanlah satu-satunya kumpulan hackers yang melancarkan perang siber ke atas Israel. Beberapa kumpulan lainnya juga turut serta dalam peperangan ini, salah satunya adalah ZCompany HackingCrew.  Kumpulan ini telah mendakwa berjaya menggodam akaun peribadi milik Wakil PM Israel.

Pelbagai akaun peribadi seperti Facebook, Twitter, LinkedIn, YouTube,email, sehingga kepada nombor telefon dan dokumen yang dimiliki oleh Wakil Perdana Menteri Israel Silvan Shalom digodam oleh kumpulan ini. Kesemua akaun tersebut digodams dan diganti penampilannya dengan seruan-seruan pro-Palestin.

Malah akaun Twitter Wakil PM yang digodam, ZCompanyHackingCrew menulis seruan protes mengenai 'peperangan yang keji'.

"Sesiapa yang dapat membiarkan melihat keganasan, kematian kanak-kanak dan orang yang tidak bersalah yang cuba melindungi tanah yang mereka diduduki?" antara maksud twitter yang ditulis kumpulan ini seperti dilaporkan oleh RussianToday.

 

Akaun Facebook juga turut digodam.

 
 
Akaun Youtube tidak ketinggalan digodam..
 
Takbir!!!!

No comments: