Monday, August 13, 2012

ZAMBRY GAGAL MERIAHKAN RAMADHAN SEPERTI PR MERIAHKAN RAMADHAN SEMASA PR BERKUASA DI PERAK ( 3 GAMBAR)

Tentu korang ingat kemeriahan bulan puasa sewaktu dibawah Pakatan Rakyat 2009 dulu. Pas telah berjaya menukarkan landskap Dataran MBI kepada aktiviti untuk mendapat pahala dan ganjaran serta keredhaan Allah SW.

Setiap malam disepanjang bulan Ramadhan itu, PR menganjurkan Semarak Ramadhan dengan Solat Terawih dan Tazkirah di Dataran MBI.

Setiap malam sungguh meriah dan menceriakan dengan kehadiran hampir mencecah 1000 orang.

Bergilir-gilir didatangkan imam / ustaz dari luar yang hebat-hebat. Ada ketikanya DS Nizar sendiri yang mengimami solat dan menyampaikan tazkirah. Jangan haraplah Zambry mampu nak buat macam Nizar. Bolehkah kau Zambry?

Hanya kelebihan Zambry yang boleh aku ingat ialah bila dia buat sembahyang sunnat ' Dhuha Berjemaah' kat masjid Kampung Melayu yang tak pernah orang buat kerana 'bida'ah' hukumnya di sini. Siap pasang banner ajak orang ramai-ramai hingga beribu-ribu yang hadir ... untuk menyertainya.

Aku bukan nak hina Zambry, atau nak angkat Nizar tidak tentu pasal. Tapi nak nunjukan betapa kelebihan Nizar ni banyak yang ada padanya dibandingkan dengan Zambry.

Ramai yang datang dari pelbagai pelusuk kampung dan taman sekitar Ipoh berkumpul di situ.Malah pernah turut disertai dari sekumpulan Superbikers dari luar Ipoh.

1 comment:

Suasana Politik Malaysia said...

Alhamdulillah... Semoga hal seperti ini berpanjangan dan dicontohi di tempat2 lain...