Thursday, June 28, 2012

KORANG NAK TAHU KENAPA BRUNEI TIDAK MAHU JADI SEBAHAGIAN DARIPADA MALAYSIA? SILA BACA:

http://3.bp.blogspot.com/-8FvhKZ_wgTc/T-MFdQ_cC2I/AAAAAAAATWc/15m8fN4LcMM/s400/485604_391784974206135_1999903266_n%2B-%2BCopy.jpg

Apabila Sultan Omar Ali Saifudin III dari Brunei mengisytiharkan bahawa Brunei tidak akan bersama-sama membentuk Malaysia, Tunku Abdul Rahman telah cuba untuk memberikan tekanan ke atas Brunei dengan memanggil balik beratus-ratus guru dan pegawai dari Tanah Melayu yang di pinjamkan kepada negara tersebut. Hal ini menyebabkan Brunei ketika itu menghadapi masalah pentadbiran.

Namun Sultan masih tetap dengan pendirian nya. Antara perkara yang tidak dipersetujui oleh Sultan semasa rundingan dengan Persekutuan Tanah Melayu adalah kedudukan Kesultanan Brunei yang di letakkan di bawah sekali di dalam Majlis Raja-raja Melayu.

Satu lagi perkara besar yang tidak dipersetujui oleh Sultan adalah berkenaan dengan cukai Pusat ke atas hasil minyak sebanyak 10% untuk selama 10 tahun dan selepas itu Pusat mahu mengambil alih kawalan minyak Brunei. SUMBER


N'N: Korang lihat sendiri apa perkembangan Brunei sekarang, negaranya maju dan kaya-raya dan telah melaksanakan Hudud.Pautan

10 comments:

Anonymous said...

Sultan Brunei ketika itu telah membuat keputusan yg paling bijak kerana tidak menyertai Persekutuan Tanah Melayu(Malaya)untuk penubuhan Malaysia..

Tapi malang bagi Sarawak dan Sabah.. masih lagi ketinggalan dek kerana joint dgn malaya untuk penubuhan Malaysia...

Anonymous said...

Fuhhhh! lagak macam sejarahawan... syabas kepada pejuang kemunafikan!

Anonymous said...

saudara ni siapa ye.... macam mana boleh kata begitu.. adakah saudara ni muslim? perbetulkan lah akidah.... ayuh ke masjid.. mencari ilmu Allah

Anonymous said...

ingatkan join malaya dpt negeri yang kaya raya tetapi...haprah yg dapat..

Anonymous said...

Brunei telah mengambil langkah yg bijak tidak menyertai Malaysia...kalau tidak Brunei akan jadi mcm Sabah dan Sarawak...mundur jauh kebelakang. Yang akan kaya raya...UMNO haramjadah...masyukkkkk!!!

Anonymous said...

Syarat yg serupa diberikan kepada Singapura, malah lebih lagi. 25% dari dgp, kononnya utk membantu pembangunan Sabah & Sarawak. Bila Singapura enggan turuti, berbagai tuduhan dan tohmahan dibuat terhadap LKY dan Singapura. Akhirnya Singapura ditendang keluar.Menangis LKY waktu itu. Ironi nya, that's the best thing that ever happen utk pembangunan Singapura. Lihat lah Singapura sekarang. SGD$1 = RM2.55 !!!

Anonymous said...

Saudara membuat sesuatu kesimpulan tanpa membuat penyelidikan yang teliti. Brunei amat jauh ketinggalan berbanding Malaysia. Ekonominya hanya bergantung tinggi kepada hasil minyak. Tahap produktiviti bukan (KDNK per kapita) rakyatnya amat rendah. Local economies nya out. Ini amat berbeza dengan Malaysia di mana sumber ekonominya begitu diversified. Risiko kebergantungan ekonomi terhadap minyak amat tinggi. Kejatuhan harga minyak boleh menjejaskan pendapatan dan ekonomi negara. Sebagai rakyat Malaysia yang menetap di Brunei, tiada apa yang boleh dibanggakan di Brunei ini. Ruang dan peluang untuk perniagaan amat kecil. Hanya kadar matawangnya sahaja yang tinggi sebab disandarkan kepada matawang Singapura. Tidak bermakna semakin tinggi kadar matawang semakin baik untuk ekonomi. Ianya akan menyebabkan competitiveness menurun. Untuk ekonomi yang mengeksport macam Malaysia, kenaikan kadar matawang akan menyebabkan penurunan demand untuk produk sekaligus menurunkan hasil dan peluang pekerjaan. Seharusnya, saudara perlu celikkan ilmu sebelum membuat sesuatu tohmahan dan kesimpulan.

Anonymous said...

ANON 9:48 AM, boleh beritaha sy kadar rasuah&jenayah di Brunei kemudian bandingkan dgn Malaysia...

Unknown said...

ANON October 15, 2013,
' tiada apa yang boleh dibanggakan di Brunei ini'.
Bagi non Bruneian bolehlah berkata begitu, tapi bagi saya Bruneian saya amat berbangga menjadi warganegara Brunei.
Memang disini tidak ada tempat hiburan yang 'Lagho', tapi bagi saya BRUNEIAN ketenangan, keamanan, tidak stress itu sudah cukup bagi kami.
Kalau rasa saudara tidak merasa selesa tinggal di sini sila lah..........

Anonymous said...

Sbagai rakyat Brunei saya amatlah bebangga dan bersyukur kerana telah ditakdirkan tinggal di bumi tenang yang membolehkan rakyat dapat menghayati kehidupan secara Islam sepenuhnya Inshaa Allah. Apa lagi yang kita cari dalam hidup ini? Sepintar mana kita menghujahkan mengenai ekonomi, hidup pasti tidak akan bermakna jika kira tidak berusaha untuk mencari keberkatan dariNya. Hakikatnya, tak payahlah di banding Brunei dgn Malaysia, kita hanya menumpang seketika di bumi Allah, syukurilah takdir kita dan sentiasa lah kita beringat bahawa Allah menguji kita dengan dua keadaan: samada Dia memberi kita sesuatu yang berupa kesenangan seperti kekayaan (untuk kita mensyukuri dgn mengerjakan lebih byk lgi amalan yang dituntut dan menjlnkn
tanggungjwb ke atasnya) dan samada Dia memberi kita sesuatu yang kita tidak ingini seperti musibah, kesusahan & kecelakaan (untuk kita muhasabah diri, memperbanyakkn doa dan amalan, meningkatkan kesabaran & usaha). Kita semua milik Allah dan pasti akan kembali kepadanya jua, Brunei & Malaysia adalah milik Allah, kita hanya menumpang sementara saja. Bersyukur kami atas nikmatmu Ya Allah.