Friday, May 25, 2012

UMNO BERI RM20 UNTUK SEMUA INI? ( 2 GAMBAR )

aea0b229de56780aa67795bf9781aaab.jpg (300×219)




Anwar dakwa Umno upah RM20 kepada samseng untuk buat kacau.

KUALA LUMPUR - Tindakan terdesak Umno Barisan Nasional (BN) yang sangggup mengupah anak-anak muda sebagai samseng membuktikan budaya memalukan itu akan berterusan selagi Umno memerintah.

“Dengan upah RM20 kepada samseng-samseng didikan Umno itu membuktikan mereka sanggup mempergunakan anak-anak muda demi politik kotor mereka,” kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Umum KEADILAN itu berkata demikian ketika menyampaikan ceramah di hadapan penyokong di perkarangan Flat Pantai Permai, Lembah Pantai malam tadi.

“Apa yang dia boleh buat, dia ada wang. Dia boleh bayar RM20 untuk pemuda jadi seperti itu. (sambil menunjuk ke arah samseng Umno).

“Dia ugut, kalau dia ingat dia nak baling batu, baling telur, dia ingat nak bagi kita lari semua?” soal Anwar disambut jawapan tidak oleh penyokong.

Tambah Anwar, sepatutnya anak muda harus sedar mereka semua hanya diperalatkan Umno.

“Ingat, dia ambik RM200 juta, dia bayar anak muda RM20 sahaja, ini keadaan sekarang.

“Kalau nak jadi pemimpin negara, jadikan anak Cina, India juga seperti anak kamu. Ini anak Najib, anak dia, anak lain anak 1Malaysia. Maka jeritlah kamu dah dapat RM20,” kata beliau.

Sepanjang ceramah itu juga, Anwar sempat menenangkan penyokong daripada terjebak provokasi oleh samseng Umno.

“Saudara jangan lupa bahawa malam ini adalah saksi, ini cara Umno dan Pemudanya, tiada akhlak, sabar-sabar…,” katanya yang tidak takut dengan ancaman samseng upahan itu yang disifatkan seperti cicak mengkarung.SUMBER

No comments: