'Senaman punggung' depan kediaman Ambiga
Sekumpulan bekas tentera pagi ini mengadakan satu senaman aneh di depan kediaman pengerusi bersama BERSIH, Datuk S Ambiga di Bukit Damansara.
Kumpulan 15 orang daripada Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM) itu melakukan gimik demonstrasi yang dinamakan mereka sebagai "senaman punggung" – dengan membongkok dan menggoyang-goyangkan punggung mereka ke arah kediaman Ambiga.
Kumpulan berkenaan diketuai presiden PVTM, Mohd Ali Baharom yang berkata mereka berhak mengadakan demonstrasi tersebut sebagai bantahan terhadap Ambiga.
Mohd Ali berkata, bantahan itu dibuat terhadap Ambiga yang disifatkannya sebagai "musuh negara yang cuba merosakkan nama negara" melalui perhimpunan BERSIH 3.0, 28 April lalu.
Katanya, senaman itu juga sebagai bantahan ke atas Ambiga yang dikaitkannya dengan gerakan seks bebas.
"Kami beri amaran keras kepada Ambiga supaya segera minta maaf kepada rakyat Malaysia berkenaan BERSIH dan seks bebas," katanya ebelum sesi senaman itu bermula pada jam 8.30 pagi.
'Orang Islam, minum air suam'
Kumpulan itu kemudiannya disambut oleh Ambiga yang muncul di pintu pagar rumah tersebut dan menjemput mereka menjamah satu hidangan minuman ringan, apabila gimik tersebut berakhir kira-kira 15 minit kemudian.
Mohd Ali bagaimanapun menolak jemputan Ambiga dan menyerahkan salah satu sepanduk yang dibawa mereka kepada Ambiga.
"Kami orang Melayu orang Islam, kami minum air suam.
"Saya mahu hadiah (kad manila) sama awak, awak serah pada Anwar. Saya beri amaran supaya awak jangan buat lagi masalah kepada negara.
"Kami akan bertindak jika kamu merosakkan nama negara," kata Mohd Ali, yang juga dikenali dengan gelaran 'Ali Tinju', ketika berdepan dengan peguam itu.
Terdahulu, kumpulan tersebut berarak sejauh kira-kira 20 meter ke arah pintu pagar rumah Ambiga dan membawa sepanduk dengan slogan 'Tolak Ambiga Anwar perusuh haram BERSIH 3.0' dan 'Tolak Ambiga Anwar gila kuasa'.
Bercakap kepada pemberita selepas kumpulan itu beredar, Ambiga berkata beliau sering menerima gangguan seperti itu selepas demonstrasi oleh sekumpulan peniaga burger di hadapan kediamannya pada 10 Mei lalu.
Menurutnya, beberapa individu dengan sinis singgah di hadapan rumah beliau dan meminta burger percuma daripadanya.
Gangguan, bukan himpunan aman
Katanya lagi, beliau turut kesal dengan kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar yang menyatakan bahawa tindakan peniaga burger itu dibenarkan selagi tidak mengganggu ketenteraman awam.
"Kenyataan itu tidak bertanggungjawab. Ia membuka ruang kepada sesiapa sahaja untuk berhimpun di luar rumah sesiapa sahaja," katanya.
Katanya lagi, gimik demonstrasi oleh PVTM pagi ini juga merupakan satu bentuk gangguan dan bukan himpunan aman.
Acara senaman PVTM pagi ini merupakan demonstrasi kedua yang diadakan di hadapan rumah pengerusi bersama BERSIH itu dalam masa seminggu, selepas demonstrasi oleh peniaga burger anjuran Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia pada 10 Mei.
PVTM juga sebelum ini hadir bersama NGO Suara Anak Muda 1Malaysia dan Kelab Mahasiswa 1Malaysia turut membuat laporan polis di balai IPD Dang Wangi untuk menuntut kerajaan mengambil tindakan terhadap Ambiga dan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana mengetuai himpunan BERSIH.
Malaysiakini
N'N: Ada orang makin tua makin bijak tapi ada juga yang makin tua makin kurang bijak kah3......
9 comments:
Punya la bodoh orang-orang tua ni ! Dah nak mampus perangai macam babi...
Inilah hasil dari sumpah semasa khidmat tu kata otak kat kepala lutut aje dan ada otak simpan kat guard room aje. Eheheh agaknye otak mereka terlupa nak bawa balik dan guna selepas berhenti askar, koty kot masih tersimpan kat guard room aje. Tolong periksa
hahahahahah.... geng bodoh kena jual dgn UMNO...dulu mamk kutty hina nabi n janggut nabi n hudud babi2 ni x demo pun.....
ini bukan askar ini tapi BU ( Babi Umno) memalukan kami yang masih berkhidmat je. ini askar dulu2 lah ini yang gaji RM 375.00 ini bodoh punya sial . aku yang masih berkhidmat ini pun tahu askar ini memang bodoh. bukan ada harga diri. mengundi pun mengundi pos. apa yang dalam tentera ini, lanchau dia orang adalah.....
Memalukan kami bekas tentera.
Memang jenis Melayu BANGANG
org kalau dah tak ada iman, tak ada lah daya fikiran, ini lah hasil umporno mentarbiahkan ahli nya, banyak cara lain menegur, membantah,dan tidak bersetuju, rujuk alquran mcmana nabi menegur kafir quraish. malu islam, sepatutnya menunjuk sikap akhlak terpuji tapi macam org gila babi apa yg ambiga dan anuar buat sebenar suara hati nurani rakyat, benci dgn kezaliman dan kebobrokan umporno.
budak down syndrom minta derma depan rumah ambiga..terencat akai tahap melampau...kesian!!bapak sapa la ni..
Buat malu captain..yg ni masuk askar Darjah 6...otak karat punya.
anon 8.56am
Apa kena mengena daji dgn perbuatan bahalol bahalol dalam gambar tu?
So, please be wise in your comment.
Aku tau la, gaji tentera sekarang dah banyak tapi jangan lah menghina kami yg gaji kecik ni.
Post a Comment