Sasterawan Negara Datuk A Samad Said mengecam tindakan sekumpulan pengacau yang membuat serangan di majlis minum petang di Melaka yang sepatutnya melibatkan Pengerusi Bersama BERSIH Datuk S Ambiga Sabtu lalu.
Sambil menyifatkan kumpulan itu sebagai "samsengan", A Samad mengaku malu dengan tindakan mereka kerana ia "bukan cara untuk mewaraskan demokrasi".
"Ketika Ambiga hendak ke Merlimau, lagi dahsyat. Saya dengar lebih kurang 200 samseng di Merlimau sudah menunggu. Ambiga dijemput oleh PAS untuk menghuraikan perjuangan bersih. Itu landas demokrasi.
"Belum pun beliau tiba, teman-teman di sana minta supaya (beliau) jangan datang, sebab samseng sudah ada di negeri Hang Tuah.
"Sudah ada 'Hang Samseng'. Cuba fikirkan, di negara Hang Tuah, ada Hang Samseng," katanya – Malaysiakini
N'N: Guna samseng memang budaya pengecut.........
No comments:
Post a Comment