Thursday, April 5, 2012

SAMSENG BETUL KETUA CAWANGAN UMNO NI, SIAP UGUT BUNUH SURIRUMAH OKU YANG PASANG BENDERA PAS. NAK TAU KETUA UMNO CAWANGAN MANA MARI PAKAT BACA.

http://4.bp.blogspot.com/-dR0R0ePkY98/TgHHugl-1OI/AAAAAAAACDQ/Iw_KjPG8HtI/s1600/bendera%252BPAS.jpg

gambar hiasan.

Majlis Tindakan Dun Bukit Baru membuat laporan Polis di atas ugutan bunuh yang dilakukan oleh seorang Ketua Umno Cawangan dalam Parlimen Bukit Katil ke atas seorang suri rumah OKU.

Ketua Umno tersebut dengan lagak ala gangster bersama beberapa orang pengikut datang ke rumah OKU tersebut dan menurunkan bendera PAS yang dipasang di rumah tersebut yang terletak berhadapan dengan Flat Sri Siantan di Bukit Baru hari ini.

"Dia turunkan bendera dan ugut hendak bunuh saya jika terus gantung bendera PAS" kata surirumah OKU yang tidak mahu namanya disiarkan.

Berikutan dengan kejadian itu Penyelia Dun Bukit Baru, Yusof Wahab dan AJK PAS Kawasan Bukit Katil Yani Ismail telah membuat laporan Polis petang ini.

Yusof berkata perbuatan biadap dan ala gangsterisme itu jelas menunjukkan bahawa Umno benar-benar terdesak dan takut kepada bayang-bayang sendiri.

"Tidak lama dahulu Umno menceroboh dan merampas markas kita disebelah rumah surirumah OKU ini, hari ini bila kita sewa rumah OKU ini untuk dijadikan markas kita, mereka datang turunkan bendera dan ugut hendak bunuh tuan rumah".

"Ini merupakan tindakan yang zalim dan pengecut lebih-lebih lagi isteri tuan rumah adalah orang kurang upaya" ujar Yusof yang juga merupakan Ketua Penerangan PAS Kawasan Bukit Katil.Sewaktu kejadian suami surirumah OKU tersebut tiada di rumah. ~jasindaily

SUMBER

1 comment:

Anonymous said...

kalau betul lah criter ni...mmg sahlah adanya org2 umno yg umpama SETAN bertopengkan LEMBU