Saturday, April 7, 2012

BUKTI MALAYSIA NEGARA PALING SELAMAT DI ASIA TENGGARA: RUMAH KERABAT DIRAJA SELANGOR DISAMUN


KEDIAMAN adinda Sultan Selangor yang dimasuki dua perompak di Taman Duta, hari ini.
Foto: Khairull Azry Bidin.

[BERNAMA] Dua lelaki memecah masuk rumah mewah tiga tingkat kerabat Sultan Selangor di Bukti Tunku di sini, hari ini dan melarikan sebuah kereta Mercedes Benz dan barangan berharga.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, dalam kejadian 5.30 pagi itu, dua lelaki dipercayai warga Indonesia yang bersenjatakan pisau telah memecah masuk rumah berkenaan melalui tingkap depan.

Beliau berkata, mereka kemudian mengurung empat pembantu rumah, termasuk dua pembantu rumah lelaki yang diikat di dalam sebuah bilik.

"Semasa kejadian, kesemua ahli keluarga kerabat Diraja Selangor itu tiada di rumah kerana mereka berada di luar negara. Hanya pembantu-pembantu rumah sahaja yang menjaga rumah itu. Mereka tidak dicederakan,” katanya dalam satu pesanan ringkas kepada Bernama hari ini.

Beliau turut mengesahkan seorang lelaki ditahan beberapa jam sejurus kejadian itu untuk disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah rumah.

Sumber polis yang ditemui di rumah itu memberitahu siasatan awal polis mendapati tingkat dua dan tiga rumah itu telah digeledah dua lelaki itu berdasarkan banyak kesan cap jari ditemui.

Katanya polis masih menjalankan siasatan dan rumah berkenaan tidak dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV).


Berkaitan:






Disamun di depan rumah:

Ditembak ketika memandu:
Banyak lagi kes jenayah yang menggerunkan berlaku setiap hari. Kebanyakannya melibatkan warga asing yang diangkut, dipelawa, diseludup siang dan malam atas nama pembangunan, pelancongan, dan memajukan industri pendidikan.

SUMBER:DUNIACACAMARBA

No comments: