Tuesday, March 6, 2012

HARGA KABIN SRS YANG SEKANGKANG KERA YANG DIDAKWA BERHARGA RM 75,000 TERNYATA BUKAN FITNAH TAPI TELAH DIBUKTIKAN.

Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Sahkan Kabin SRS RM75,000


Gambar kabin yang dimaksudkan...


KUANTAN 6 Mac - Kerajaan menerusi Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional menyediakan 90 kabin berfungsi sebagai pusat kawalan Skim Rondaan Sukarela (SRS) untuk kemudahan peronda di seluruh negara.

Ketua Pengarahnya, Datuk Azman Amin Hassan berkata, daripada jumlah itu, Pahang merupakan negeri penerima terbanyak iaitu 29 kabin yang bernilai RM75,000 setiap satu. "Ini diikuti Kelantan, Kedah dan Johor.

Kabin hasil sentuhan pihak Universiti Teknologi Mara itu boleh memuatkan 30 orang pada satu-satu masa,” katanya kepada pemberita di sini.

Beliau ditemui pemberita selepas majlis pelancaran Pusat Kawalan Skim Rondaan Sukarela Peringkat Pahang yang dirasmikan Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob malam tadi.

Beliau berkata, sebanyak RM16 juta telah diperuntukkan bagi menyediakan kemudahan tersebut di seluruh negara.SUMBER

No comments: