Saturday, March 3, 2012

GOOGLE DAH TAKDER KERJA LAIN KER RAKAM GAMBAR ORANG KENCING DEPAN HALAMAN RUMAH.

http://fc07.deviantart.net/fs26/i/2008/167/8/2/dilarang_kencing_disana_by_heylaga.jpg
gambar hiasan semata-mata.

Lelaki saman google - Marah dirakam Google kencing depan rumah

NANTES: Seorang lelaki semalam menyaman Google berhubung gambar yang disiarkan di Internet oleh aplikasi Street Viewnya yang menunjukkan dia kencing di depan rumahnya.

Lelaki itu percaya gambar itu menyebabkan dia menjadi bahan ketawa di kampungnya di kawasan pendalaman barat laut Perancis.

Lelaki berusia kira-kira 50 tahun itu dan tinggal di wilayah Maine-et-Loire meminta Google membuang gambar berkenaan. Penduduk tempatan mengecam gambar itu adalah dia meskipun wajahnya dikaburkan.

Dia juga menuntut bayaran ganti rugi berjumlah 10,000 euro (RM40,000).

“Setiap orang ada hak terhadap satu tahap kerahsiaan,” kata peguamnya, Jean-Noel Bouillard.

Gambar itu dirakam kereta berkamera Google pada November 2010. - AFP


N'N:Kalau yer pun tapislah dulu gambar2 tu............

No comments: