yang setia mengikuti blog ini dan ingin mengikuti

Firman Allah SWT:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
(Surah Al-Hujurat ayat 13)

Innity

Friday, March 9, 2012

ARAB SAUDI HUKUM PEROGOL PENJARA 13 TAHUN DAN SEBAT 2080 KALI, MALAYSIA BILA LAGI ? BUKANKAH DI MALAYSIA RAMAI PEROGOL...

http://3.bp.blogspot.com/_UiiCaYt1LUs/S3-lDODpH6I/AAAAAAAAB70/vH2adzPD0lE/s320/sebat2.jpg

gambar hiasan....

SEBUAH akhbar rasmi Arab Saudi melaporkan, seorang lelaki telah disabitkan kesalahan merogol anak perempuannya dan dijatuhkan hukuman penjara 13 tahun dan dihukum sebatan sebanyak 2080 kali sepanjang tempoh dipenjarakan.

Mahkamah di kota suci Mekah mendapati lelaki itu yang berasal dari Riyadh didapati bersalah merogol anak perempuannya sepanjang tujuh tahun ketika di bawah pengaruh dadah.

Akhbar Okaz Sabtu lalu melaporkan bahawa lelaki itu akan menerima sebatan secara berperingkat-peringkat di sepanjang tempoh dia dihukum penjara. Nama lelaki itu tidak disiarkan di dalam akhbar itu.

Seorang pegawai penguatkuasa agama di Arab Saudi mengatakan bapa saudara gadis itu yang memberikan maklumat dan melaporkan tentang jenayah itu.

Di Arab Saudi, hukum sebatan adalah salah satu bentuk hukuman yang dilaksanakan oleh para ulama yang bertindak sebagai hakim-hakim dan merupakan undang-undang kerajaan yang merujuk kepada tafsiran undang-undang Islam.

N'N: Lord Reid gagal membendung jenayah itu fakta..........

4 comments:

kak mah said...

Pengajaran kpd pesalah

mountdweller said...

2080 kali. Mintak-mintak mampos nanti di dalam penjara

Pakcu Rantau Panjang said...

Biarpun Arab Saudi sebuah negara Islam tulen tapi tentang jenayah rogol sebegini masih tetap berlaku.
Dan ada juga kehilangan jemaah haji wanita dilaporkan....yang mirip seperti diatas.

Jika manusia tidak takut pada Allah maka apa saja undang-undang tetap dibelakangkan. Maka hanya iman & takwa sahaja pendinding diri yang paling selamat...walahualam

Na'im Nikmat said...

Iman dan Taqwa yang tinngi juga tidak akan mempersoalkan Hudud dan tidak akan kata 'Hudud ciptaan ahli fekah'..........

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang

Bloglist 1

Apa Perkongsian Mereka (10 Paling Terkini)