Friday, February 17, 2012

KENAPA PEKERJA BANK MELUAT DENGAN NAJIB DAN MAYBANK, KORANG PERLU BACA.....



Kementerian Sumber Manusia (KSM) telah membiarkan sahaja tindakan-tindakan Maybank yang telah banyak melakukan perkara yang menyalahi undang-undang. Ini mencemarkan kredibiliti Kerajaan Malaysia, dan ahli-ahli Kesatuan Pekerja Bank (NUBE) di seluruh Semenanjung telah mula mempersoalkan perhubungan Kerajaan dengan Maybank?


Terdahulu, Setiausaha Agung NUBE, J.Solomon berkata, Kesatuan Pekerja Bank Kebangsaan (NUBE) yang pernah digambarkan sebagai pendukung kuat Datuk Seri Najib Razak, kini meragui kepimpinan beliau sambil mendakwa populariti kerajaan Malaysia terus menyusut di kalangan pekerja.



Kesatuan mewakili 30,000 pekerja mendakwa Najib selaku Perdana Menteri dan Menteri Kewangan gagal menyelesaikan isu-isu pekerja industri perbankan, khususnya menyentuh Maybank yang dibawa kepada perhatian beliau sejak setahun lalu.

Keangkuhan Maybank yang diadunkan bersama pembohongan, ancaman dan sikap tidak hormat terhadap kakitangannya begitu jelas digambarkan dalam memo mereka kepada semua kakitangan Maybank.

Gertakan yang penuh muslihat dan ugutan yang digunakan oleh Maybank sebagai sebahagian daripada agenda anti-kesatuannya. Ketua Human Capital Kumpulan Maybank, Nora Manaf dan rakan-rakan sejawatnya yang bergaji mewah seharusnya ingat bahawa manusia yang mempunyai maruah dan harga diri itulah yang patut didahulukan. Kemudian, barulah kita menjadi pekerja atau hamba kepada sistem pengurusan.

Diktator-diktator seperti Pol Pot, Idi Amin, Hitler dan Mussolini jika masih hidup, tentu berasa bangga terhadap pengurusan Maybank yang terus mewarisi tingkah laku barbarisma terhadap aktiviti-aktiviti, barisan kepimpinan dan ahli-ahli kesatuan.

Kezaliman ini hanyalah sementara. Gelombang kebangkitan akan memastikan keadilan dikembalikan kepada yang lebih berhak.


Maybank cukup terdesak!!

Maybank yang juga ahli MCBA telah mengheret semua bank perdagangan untuk berada di bawah telunjuk mereka setelah menyedari bahawa Kesatuan Pekerja Bank (NUBE) merancang serangan besar-besaran terhadap Maybank di atas pemecatan secara salah dan berniat jahat terhadap Naib Presiden NUBE, Bro Abdul Jamil Bin Jalaludeen dan Bendahari Agung, Bro Chen Ka Fatt.

Persatuan Bank-Bank Perdagangan Tanah Melayu (MCBA) telah mengeluarkan arahan kepada bank-bank anggota untuk memotong gaji semua EXCO NUBE, Jawatankuasa Cawangan, Jawatankuasa Kerja dan ahli-ahli IRC yang mengambil cuti kesatuan (TUL) bagi menjalankan amanah ahli menyahkan kezaliman Maybank.


Banyak bank yang juga ahli MCBA melahirkan rasa kecewa dengan tingkah laku Maybank yang tidak membenarkan mereka menumpukan kepada urusan perniagaan. Malah melalui MCBA, mereka turut diheret ke dalam plot jahat Maybank menentang NUBE.

Kaum Pekerja Bangkit !!!



Sudah menjadi satu kelaziman bahawa Maybank akan menggunakan bank-bank lain untuk memuaskan nafsu mereka mengeksploitasi para pekerja.


Maybank pasti akan gagal. Ahli-ahli NUBE akan mewujudkan gelombang kebangkitan untuk menghentikan Maybank daripada terus memperbodoh-bodohkan pekerja dan keluarga mereka.

Kiraan telah pun bermula untuk menghentikan siri kejahatan Maybank... Tunggu tindakan selanjutnya.

Ayuh kaum Pekerja..! Inilah masanya kita bangkit untuk melakukan perubahan demi masa depan kita dan anak cucu kita…sumber

1 comment:

Anonymous said...

Saya adalah pekerja bank. Saya langsung x sokong mana2 pihak samada pihak majikan mahupun pihak NUBE telah membuat banyak ONAR...!! Jalan penyelesaiannya cuma satu iaitu kita mesti tukar kerajaan yg ada skrang & WAJIB menyokong PAKATAN RAKYAT. Kita mesti berani membuat perubahan depan kita bersama. "ABU...ABU...ABU...Asalkan Bukan Umno..!!"