yang setia mengikuti blog ini dan ingin mengikuti

Firman Allah SWT:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
(Surah Al-Hujurat ayat 13)

Innity

Thursday, February 16, 2012

ANWAR SOKONG PERJUANGAN PALESTIN SEAWAL MEMIMPIN DEMONSTRASI DIHADAPAN KEDUTAAN AMERIKA 1983


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kenyataan beliau yang disiarkan Asian Wall Street Journal secara jelas menyatakan sokongan terhadap perjuangan dan aspirasi rakyat Palestin yang mahukan keadilan dan keamanan, serta maruahnya dihormati.

Dalam satu kenyataan hari ini, Anwar berkata pendirian beliau selari dengan pandangan pimpinan dunia Islam seperti kerajaan Arab Saudi yang diungkapkan menteri luarnya, Putera Saud al Faisal dan pemimpin Jordan, Raja Abdullah.

Sehubungan itu katanya, isu mengenai tuntutan jaminan keselamatan Israel yang bersyaratkan kepada keadilan dan keamanan perlu diberikan kepada rakyat Palestin, bukanlah perkara baru.

“Saya tuntas mendokong aspirasi rakyat Palestin sekian lama, bermula dari memimpin demonstrasi membantah keganasan Israel yang mendapat dokongan Amerika pada tahun 1973 di hadapan Kedutaan Amerika di Kuala Lumpur dan mewakili Malaysia pada tahun 1983 ke Persidangan PLO di Algiers setelah menerima undangan dari Yasser Arafat.

“Pendirian saya tuntas menjunjung aspirasi rakyat Palestin yang mahukan keamanan, keadilan dan kehidupan yang bermaruah bertepatan dengan semangat yang disuarakan oleh Ismail Haniyeh, perdana menteri Palestin,” kata Anwar.

Anwar berkata, beliau memahami pendirian PAS mengenai isu itu namun menegaskan KEADILAN turut berkongsi hasrat yang sama untuk melihat tertegaknya sebuah negara Palestin yang merdeka, bebas dan makmur.

Pemimpin Umno bermuka-muka

Katanya, keadaan itu berbeza dengan Umno yang bermuka-muka dan mengambil kesempatan di atas sentimen kuat pro Palestin di negara ini, bagi mencapai matlamat politik sempit mereka.

“Tatkala media Umno menyerang saya sebagai ejen Israel, menteri luar dari Umno secara terbuka mengesahkan kewujudan Israel berdasarkan penyelesaian dua negara (two-state solution) di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

“Manakala saya dituding mengkhianati aspirasi rakyat Palestin, menteri pertahanan dari Umno jugalah yang duduk berbincang dengan menteri pertahanan Israel pada tahun 2009, walaupun perkara ini cuba dipadamkan,” kata Anwar.

Menurutnya lagi, rakyat tidak lupa apabila pentadbiran perdana menteri melantik APCO yang turut diterajui Doron Bergerbest-Eilon, bekas ketua perlindungan dan keselamatan, Agensi Keselamatan Israel dengan berpangkat mejar jeneral.

Malah katanya, mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang berterusan memfitnah beliau juga pernah bertemu perdana menteri Israel dan menteri luarnya, Shimon Peres di Paris pada tahun 1994.

“Pada masa yang sama sesuatu yang tidak dapat dinafikan pimpinan Umno bahawa Malaysia merupakan rakan dagang Israel ke 15 terbesar. Jumlah dagangan antara Malaysia dan Israel mencecah 667.6 juta Euro,” ujarnya.

Sokongan untuk Hamas dan Fatah

Menurut Anwar, rakyat Palestin setiap hari menanggung derita dan menyabung nyawa bagi menyelamatkan diri dari serangan dan pendudukan tentera Israel.

Saban hari, keperluan asas seperti air minuman, makanan, ubat-ubatan, simen untuk pembinaan dan pelbagai keperluan lain tidak dibenarkan masuk ke Gaza akibat sekatan Israel.

Tambah beliau, 80 peratus rakyat Palestin memerlukan bantuan makanan, 90 peratus hidup dalam kemiskinan manakala lebih separuh isi rumah hanya makan sekali sehari, sementara lebih 60 peratus kanak-kanak menghidap anemia dan kekurangan zat makanan.

“Sebab itu saya yakin bahawa aspirasi rakyat Palestin yang mengambil kira kepayahan seharian mereka seperti yang disuarakan oleh pimpinan-pimpinan mereka wajib dijunjung dan dihargai,” ujar bekas timbalan perdana menteri itu.

Menurut Anwar, selepas pertemuan dengan pemimpin Palestin, Khalid Mashaal di Qatar baru-baru ini, beliau mengulangi dokongan kuat terhadap perjuangan Palestin melalui pertubuhan Hamas dan Fatah.

“Justeru adalah mustahak untuk kita sedari suara rakyat Palestin mutakhir ini adalah melalui Hamas dan Fatah sebagaimana yang tertera dalam persetujuan bersama di Doha hari ini.

“Persetujuan tersebut antaranya mengungkapkan dokongan terhadap aspirasi rakyat Palestin, pengunduran tentera Israel dari tanah Arab, menghentikan keganasan dan memperakui kewujudan Palestin. Seandainya ini dihormati maka kewujudan Israel akan diiktiraf,” ujarnya.

SUMBER

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang

Bloglist 1

Apa Perkongsian Mereka (10 Paling Terkini)