Wednesday, January 25, 2012

YA ALLAH MASIH ADA MANUSIA YANG BERHATI MULIA MACAM NI.

405524_314396765269923_100000988074221_907321_1812974014_n.jpg (320×154)

Dalam satu perlawanan UEFA Cup antara Athletic Bilbao (Spain) dan Trabzonspor (Turki), ketika perlawanan menuju minit-minit akhir, salah seorang penyokong Bilbao cuba untuk mengalih perhatian penjaga gol Trabzonspor, Tolga Zengin dengan melemparkan sebuku roti kepada penjaga gol tersebut.

Tetapi Tolga Zengin telah mengutip roti tersebut dan meletakkannya di dahi. Kemudian beliau memberikan roti tersebut kepada pengawal keselamatan bagi mengelakkan roti tersebut hancur dalam perlawanan itu.

Selepas perlawanan itu, atas permintaan wartawan Eropah, Tolga Zengin yg juga merupakan kapten pasukan Trabzonspor telah mengadakan sidang akhbar bagi menjawab tindakan beliau;

"Tiada apa yg mengejutkan dengan tindakan saya. Apa yg mengejutkan saya ialah apabila melihat sebuku roti telah dilemparkan ke atas padang untuk menyakiti saya sedangkan ramai manusia sedang kebuluran di Somalia"

SUMBER:FB

N'N: Bagusnyer akhlak........

1 comment:

MOH KEMBARA said...

Salam,
Roti ialah makanan asas bangsa Turki, sama seperti nasi pd orang Melayu. Sebagai Islam, kita hormati makanan. Hampeh orang kafir Speng tu!