Sunday, January 1, 2012

WAJIB TENGOK!!!SIAPA YANG MENGASARI MAHASISWA NI???



KUALA LUMPUR, 1 Jan: Kesemua mahasiswa yang terlibat dalam Himpunan Kebebasan Akademik (BEBAS) di hadapan Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) malam tadi dibebaskan petang ini.

17 mahasiswa ini ditahan kira-kira jam 4 pagi tadi dan dibawa ke balai polis Tanjung Malim untuk disoal siasat, sebelum dibawa ke balai polis Slim River.

Mereka dibantu oleh peguam daripada Lawyer of Liberty (ILF).

Insiden malam tadi menyaksikan Presiden Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik Muhammad Safwan Anang patah tulang rusuk, seorang lagi Amar Rasyidi cedera di kepala manakala 20 mahasiswa ditahan.

Mereka ditahan secara kasar oleh polis ketika sedang mengadakan protes pada Himpunan Kebebasan Akademik (BEBAS) di hadapan Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) malam tadi.

Difahamkan, setakat ini, Safwan masih terlantar di Hospital Slim River.(gambar)

2 comments:

Detik Islam said...

assalamualaikum,

Terima kasih, blog naimnikmat jg sudah di link kan di blog list detik islam

DARAH SUDAH MENGALIR said...

ASSALAMUALAIKUM WBH,

SERUAN AMALAN QUNUT NAZILAH :

KEZALIMAN UMNO DAN ALAT MEREKA POLIS RAJA DI MALAYSIA SEMAKIN DI LUAR KEWARASAN DAN ADAB BUDAYA BANGSA DAN AGAMA.

KITA PERLU TERUS MENYATAKAN KEBENARAN BERLANDASKAN UNDANG-UNDANG YANG ADIL.

KINI DARAH PEMUDA SUDAH DITUMPAHKAN, PEMIMPIN RAKYAT AKAN DIZALIMI LAGI TIDAK LAMA LAGI ( 09 JANUARI 2012)

MAKA MARILAH KITA SEMUA MULA MENGAMALKAN QUNUT NAZILAH SETIAP HARI SETIAP LEPAS QUNUT SOLAT SUBOH ATAU SELEPAS SOLAT ATAU APA SAJA KHAIFIYAT YANG DIAJAR ULAMAK KEPADA KITA.

MARILAH KITA BERDOA DENGAN BERKAT DOA QUNUT NAZILAH ITU SUPAYA PEMERINTAH YANG ZALIM DAN TALIBARUT MEREKA HANCUR LEBUR DAN TERTEGAKNYA PEMERINTAHAN YANG ADIL DI BUMI MALAYSIA INI.

AMIIINN.