Sunday, January 15, 2012

TAK PERLU RM50, TAK PERLU MAKANAN PERCUMA, LEBIH 50 RIBU TURUN BERI SOKONGAN KEPADA PR.




Tanpa dipaksa dan sogokkan wang RM50 serta nasi bungkus dan bas percuma seperti yang berlaku di Perak dengan kehadiran Najib Altantuya dan RosMEWAH,Maka puluhan ribu hadir di Malam Konvensyen ke 3 PR si Alor Star malam tadi menggambarkan kepada kita rakyat Malaysia bahawa papan tanda yang berbunyi.."No Entry"...terpaksa diberikan kepada Umno di Kedah pada PRU 13 ini.

Laporan Harakahdaily:

ALOR SETAR, 15 Jan: Lebih 50,000 rakyat di seluruh Kedah hadir pada Rapat Rakyat Perdana yang diadakan di Stadium Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, di sini, malam tadi.

Kehadiran orang ramai dari pelbagai lapisan masyarakat itu menjadikan padang bola Stadium Sultan Abdul Halim penuh sesak sehingga melimpahi ke luar stadium.

Keadaan itu menjadikan suasana di padang stadium itu dipenuhi pandangan kopiah yang memutih yang cukup memukau pandangan jika dilihat dari atas tempat duduk di stadium itu.

"Macam duduk di Padang Arafah," begitulah reaksi yang dituturkan oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika hendak memulakan ucapannya.

1 comment:

MOH KEMBARA said...

Salam,

Bungkuih, bungkuih....