Wednesday, January 4, 2012

SEGMEN UMNO SEBENARNYA TIDAK PERNAH MENOLAK ISLAM, CUMA KITA YANG KELIRU KUT...

Dah berkali-kali UMNO kata mereka tak pernah menolak Islam cuma kita yang keliru dengan ucapan & fatwa pemimpin mereka.

Berikut adalah bukti yang UMNO tak pernah memusuhi Islam bahkan UMNOlah pembela Islam di Malaysia mengalahkan PAS. Sila baca betul2 apa yang Pemimpin2 UMNO kata:

1.Kenyataan Najib Razak pada 20hb April 1993 kepada para wartawan :“Negara akan huru-hara sekiranya undang2 Islam dilaksanakan”.

2.Tun Abdullah Ahmad Badawi 13/11/99 : “Apa erti negara Islam jika mundur”.

3.Tun Mahathir Mohamad, temubualnya dengan media massa selepas sidang Majlis Tertinggi UMNO, 1994 : “Saya akan mempastikan bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional tidak akan melaksanakan hukum hudud.”

Cuba lihat daripada Tun Mahathir kemudian Pak Lah dan akhirnya Najib semuanya sayangkan Islam...Islam sentiasa dihati mereka....Dengan ini tertolaklah hujah2 yng mengatakan UMNO memusuhi Islam...Itu semua Fitnah jahat daripada puak pembangkang sahaja.....Renung-renungkan...

No comments: