Sunday, January 8, 2012

Dia Tidak Sekebal Mana Pun.....

Setelah banyak kali mengundang kemarahan ahli serta pimpinan PAS termasuk Presiden PAS akhirnya keputusan ini dibuat.....

http://2.bp.blogspot.com/_UXXtCpkeKiA/Snj5CCLrDPI/AAAAAAAAKo0/-7IO6Ruzwhw/s400/hasan-ali.jpg
Dr. Hassan Ali dipecat serta-merta.

KUALA LUMPUR, 8 Jan - Parti Islam SeMalaysia (PAS) membuat keputusan memecat pemimpin kontroversinya Datuk Hasan Mohd Ali (foto) sebagai anggota parti itu berkuatkuasa serta merta.

Keputusan terhadap Exco Kerajaan Negeri Selangor itu dicapai dalam mesyuarat jawatankuasa pusat parti itu lebih tiga jam di Kuala Lumpur hari ini. Dalam kenyataannya, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, pemecatan itu dibuat berdasarkan Fasal 82(9) perlembagaan PAS. "Keputusan ini dibuat berdasarkan kepada tindakan-tindakan YB Datuk Hasan Ali yang menyalahi dan merugikan kepentingan parti sebagaimana yang diperuntukkan dalam perlembagaan PAS," kata Abdul Hadi. Pengumuman itu juga disiarkan di tvpas.com.

Pemimpin kontroversi itu menimbulkan keresahan pelbagai pihak khususnya di kalangan anggota dan penyokong Pakatan Rakyat kerana mengambil pendirian bercanggah dengan partinya dan pembangkang. Antaranya mempersoalkan konsep dasar negara kebajikan yang dterajui PAS. Hasan sebelum ini mengecam golongan bukan ulama dalam PAS dan menuduh parti itu telah menyeleweng daripada perjuangan Islam.

Terbaru, Hasan mempersoalkan kewajaran ahli dan penyokong PAS yang diminta hadir pada perhimpunan ‘Bebaskan Anwar’ pada 9 Januari (esok) yang telah dipersetujui oleh Abdul Hadi dan timbalannya, Mohamad Sabu. Beliau juga mencadangkan supaya Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia jika Anwar Ibrahim didapati bersalah dalam kes bicara liwatnya.

SUMBER

N'N:Semua yang tahu politik tahu sebenarnya Dr. Hassan Ali yang menempah keputusan ini.....Wallahua'lam....

1 comment:

Anonymous said...

Syabas dan tahniah AJK pusat antum semua telah membuat satu keputusan yang bijak sebelum Antum semua dipijak,teruskan kredebiliti antum semua jika masih ada spesis-spesis seperti Hassan Ali humbankan mereka kemana meraka hendak setakat ini kita tidak nampak selain dari BN/Umno yang mereka nampak untuk menjadi kaya