Friday, January 20, 2012

INSAF TAK KORANG BILA BACA SURAT DARIPADA IBLIS NI:



Hai manusia yang tersayang,
Tadi malam waktu nak tidur,aku tengok kau tak puji ALLAH
tak selawat,tak baca Ayat Kursi dan Al Ikhlas.
Bagus tu!waktu tidur kan untuk rehat,
bukan untuk baca Quran..

Bagus kau tak buang masa.
Pagi ini aku tengok kau tak solat Subuh.
Bagus sekali!
Kau telah buktikan kau adalah sahabatku..
Jangan bangun tau,tidurlah dengan nyaman sayangku seperti raja kayangan.

Kau juga jarang ambil wudhu.
Ini bagus kerana kau tidak bazirkan air, bil air kan mahal.
Aku lihat kau juga makan dan minum guna tangan kiri dan tak baca Bismillah
Ini bagus kerana boleh aku makan bersama.
Bila kenyang, kau tak pernah sebut Alhamdulillah
Itu yang aku suka.
Lagi bagus kau sendawa kuat2 mcm lembu.

Aku juga lihat bila kau jumpa kawan2 kau,
kau tak ucapkan Assalamualaikum
Kau ucapkan "Hi Everybody!" .
Ini amat bagus, kerna kau menunjukkan yangg kau mengerti adab resam org kafir,
dan kau mengerti bahasa Ingggris.
Tak perlu pun kau belajar bahasa Arab,
bukan bahasa antarabangsa pun.
Kau dah buktikan bahawa kau sahabat sejatiku.
Kau adalah seorang yg budiman kepada kaumku.

Hai manusia yang kucintai,
Semalam ada orang minta sedekah datang ke rumahmu.
Kau halau dia tanpa kau berikan duit sesen ataupun seteguk air.
Ini sangat bagus dan terpuji,
kerana kau tak buang duit dan tak bazirkan rezekimu yang diberi ALLAH kepadamu.
Kau pandai berjimat.
Biarlah rezeki kau untuk kau sorang aje,
boleh buat nonton wayang,bercuti ke Genting, ke disco,karaoke dan shopping barang2 dunia.

Duhai manusia,
Ramadhan lalu,telah lemah sendiku,terbakar jasadku,
sakitnya aku lihat hamba2Nya yg berpuasa,
bertarawih, berzikir & merintih mengenang dosa2nya yang lepas,
kerana pintu taubat dah dibuka ALLAH dgn seluas2nya.

Namun,aku tetap happy,
kerana ada antara kalian masih sudi jadi temanku dengan melepaskan rahmat ALLAH
dengan tak puasa,mengumpat,
tak tarawih, malah mencipta sengketa.
Tubuh badanku yang sakit jadi segar semula.
Cukuplah NAFSU manusia jadi penyambung tugasku di sepanjang bulan yang dirahmati.
Di akhirat nanti,
kau dan aku dapatlah berjalan bersama sambil berpegang-tangan
menuju Neraka Jahanam.

Dari SahabatMu Iblis.

SUMBER

N'N: Tak insaf jugak tak taulah aku.........Part yang paling best ialah 'Lagi bagus kau sendawa kuat2 mcm lembu'....lembu NFC ker kah3...

No comments: