Sunday, January 8, 2012

Gempar!!!Pengiring Anwar Terkena Suntikan Beracun, Sasaran Sebenar Mungkin Dr Wan Azizah Isteri DSAI?

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg1dChvqPUVD5rT_PhyHWx5Cf3KXXod-R7Wjn_m045gz4dVf6zd1MiSYdERE-jNHQkei_HrGANyBlVqY6D5lQCZNC6BoGLQGQcTw_XNvmVNVVYhEKV7zOAsql0TLAN6fU7sc9DV7sRz7mpw/s1600/491137195.jpg

Harakahdaily melaporkan:

KUALA LUMPUR, 8 Jan: Pengiring peribadi Anwar Ibrahim, Fayyad Al-Bakri yang mengalami kecederaan retak tulang pipi kerana terkena kelongsong gas pemedih mata pada himpunan Bersih 2.0 tahun lalu menerima kecelakaan malam tadi.

Blog pulakdah menyebut, Fayyad telah mengiringi Dr Wan Azizah di dalam program pelancaran LANG-GAR 901 yang diadakan pada malam 7 Januari di Galeri Pejuang, Cherok Tok Kun Bukit Mertajam.

Menurut Dr. Wan Azizah, Fayyad telah berjalan di hadpan sewaktu mengiringnya meredah di dalam kesesakan orang ramai ke pentas ceramah di Kg. Cherok Tokkun. Ketika itulah Fayyad telah diserang menerusi suntikan di tapak tangan kiri.(Gambar: Keadaan Fayyad yang sedang dirawat di Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang dan sudah sedarkan diri.)

Berikut adalah tulisan di laman http://pulakdah.blogspot.com.

Jika sebelum ini kita mendengar pengiring peribadi Anwar Ibrahim, Fayyad Al-Bakri mengalami kecederaan retak tulang pipi kerana terkena kelongsong gas pemedih mata yang diarahkan ke mata Anwar Ibrahim.

Malam semalam satu lagi kecelakaan menimpa Fayyad.

Fayyad telah mengiringi Dr Wan Azizah di dalam program pelancaran LANG-GAR 901 yang diadakan pada malam 7/1/2012 di Galeri Pejuang, Cherok Tok Kun Bukit Mertajam.

Dr Wan Azizah yang menghadiri pelancaran itu sebagai mewakili Anwar Ibrahim, Seniman Negara, A. Samad Said yang mewakili golongan seniman dan Hishamudin Rais mewakili Reformis & Blogger.

Kempen yang diketuai oleh Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang (AMKPP) ini menggabungkan beberapa NGO seperti SAMM, Jingga 13, SMM, A.B.U, Lantang juga para Bloggers, Dewan Pemuda PAS & DAPSY.

Tujuan LANG-GAR 901 dilancarkan adalah utk memberi peringatan kepada pihak kerajaan yg semenjak dari tahun 1998 telah terlalu banyak MELANGGAR peraturan dan norma perundangan dalam kes Liwat versi 1998.

Kini dalam kes Liwat 2, kerajaan dilihat cenderung MELANGGAR peraturan dan norma kebiasaan perundangan. LANG-GAR 901 akan menggembleng tenaga pelbagai khalayak masyarakat, khususnya anak muda yang beridealisme untuk juga MELANGGAR norma peraturan sebagaimana kebiasaan dilakukan kerajaan selama ini.

Namun LANG-GAR 901 adalah berorientasikan keamanan dalam perjuangan menegakkan KEADILAN.

Menurut Dr. Wan Azizah, Fayyad telah berjalan di hadapan sewaktu mengiringnya meredah di dalam kesesakan orang ramai ke pentas ceramah di Kg. Cherok Tokkun.

Ketika itulah Fayyad telah diserang menerusi suntikan di tapak tangan kiri.Persoalannya sekarang kepada siapakah sasaran sebenar serangan itu?.

Adakah ia ditujukan kepada Dr Wan Azizah. Kesan daripada serangan itu, Fayyad telah tidak sedarkan diri dan degupan jantungnya terhenti seketika.

Bagaimanapun, selepas mendapat rawatan di Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang, keadaan beliau semakin stabil dan telah sedarkan diri.

Namun bahagian tangan kirinya sehingga bahu masih kebas dan gagal digerakkan.

Doktor juga sedang menjalankan ujian darah dan air kencing untuk mengenal pasti jenis racun tersebut.

Satu laporan polis juga telah dibuat oleh Norul, pegawal peribadi Dr Wan Azizah di Balai Polis Seberang Jaya berkenaan serangan terhadap Fayyad.Sama-sama kita berdoa semoga Fayyad pulih sepenuhnya dan dilindungi dari sebarang komplikasi serius akibat serangan tersebut.

Berikut laporan dari Keadilandaily:

Fayyadh Afiq Albakqry, pengawal peribadi kepada Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail disyaki disuntik racun dan menyebabkannya pengsan sebelum dikejarkan ke Hospital Seberang Jaya, tengah malam tadi.

Fayyad dipercayai diserang menerusi suntikan di telapak tangan kiri sewaktu mengiringi Wan Azizah meredah kesesakan orang ramai ke pentas ceramah di Kampung Cherok Tokkun.

Mangsa dikatakan ada meminta ais daripada wartawan PenangDaily, Zainulfaqar kerana tangannya berasa kebas, sebelum pengsan kira-kira 15 minit selepas terkena suntikan itu.

“Masa nak masuk sini, dia (Fayyad) dah minta ais sebab tangannya kebas. Masa bawa Kak Wan Azizah keluar tadi, dia dikejar ke hospital,” tulis Zainulfaqar di twitter.

Beliau juga memetik sumber dikenali sebagai Zul Saad yang menyatakan Wan Azizah menangis berikutan keadaan Fayyah ketika pengawal peribadi itu belum sedarkan diri.

Fayyad adalah pegawal peribadi Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang patah tulang pipi akibat terkena kelongsong gas pemedih mata ketika demonstrasi Bersih 2.0.

Semakan melalui akuan blog mikro itu mendapati rakyat yang begitu marahkan kejadian itu, percaya Fayyah bukan sasaran sebenar suntikan racun berkenaan, sebaliknya ia disyaki disasarkan kepada Wan Azizah.

Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Najwan Halimi pula berkata, keadaan Fayyad stabil dan sudah sedarkan diri tetapi tangan kiri sehingga bahu dilapor kebas dan gagal digerakkan.

“Doktor sedang membuat ujian darah dan air kencing utk pastikan jenis racun,” katanya melalui twitter selepas menghubungi Wan Azizah tidak lama selepas kejadian.

No comments: