Sunday, January 1, 2012

GAMBAR2 MAHASISWA YANG TERUK DIBELASAH DIHADAPAN UPSI (9 GAMBAR)

TANJUNG MALIM, 1 Jan: Himpunan mahasiswa protes Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) malam tadi dicemari insiden kekasaran pihak keselamatan ketika cuba meleraikan mereka.

Dalam insiden awal pagi tadi, dua mahasiswa termasuk Timbalan Presiden GAMIS merangkap Pengerusi BEBAS, Safwan Anang Talib dilaporkan cedera parah.

Beliau dilapor patah tulang rusuk, patah gigi geraham dan terpaksa mendapat rawatan di wad kecemasan di Hospital Slim River.

Seorang lagi mahasiswa yang cedera parah, Amar Rasyidi dari Universiti Malaysa (UM) dilaporkan menerima beberapa jahitan di hidungnya yang koyak.

Selain itu, sekurang-kurangnya 17 mahasiswa lain ditangkap dalam insiden malam tadi dan kini telah dibawa ke balai polis Tanjung Malim.

Antara mereka termasuk pemimpin Legasi Mahasiswa Progresif (LMP), Adam Adli; dua bekas Presiden Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Shazni Munir dan Hilman Idham serta Timbalan Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI), Khalid Ismath.

Dalam satu respons segera, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Hassan mengutuk kekasaran ke atas mahasiswa yang berhimpun secara aman malam tadi.

"Saya beri masa kepada pihak kerajaan dan juga PDRM sehingga jam 12 tengahari ini agar semua tahanan itu dibebaskan.Sumber

373393_152011464907944_2045598195_n.jpg (180×270)



Safwan Anang ditumbuk dua kali dimuka dan mengalami cedera parah.

http://a1.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc7/s320x320/385538_266433943416449_100001495373564_736978_318495135_n.jpg

Amar Rasyidi dari Universiti Malaysa (UM) dilaporkan menerima beberapa jahitan di hidungnya yang koyak akibat dipukul.



Darah mahasiswa gugur membasahi bumi.....

387450_143484462430477_100003067720629_166911_799490026_n.jpg (320×240)

409067_249516485117363_100001770416170_639453_1958083166_n.jpg (320×238)



Adam Adli dilokap IPD Tanjung Malim


Keranda AUKU & protes Najib Razak di UPSI!



Tulisan difacebook & tweeter ini memberitahu bagaimana kejamnya mereka dilayan:




5 comments:

Anonymous said...

kenapa polis mesti menggunakan kekerasan kepada mahasiswa yang berhimpun secara AMAN, tanpa senjata, tanpa provokasi...UMNO akan membayar harga yang mahal kerana menumpahkan darah mahasiswa yang majoritinya MELAYU... aku golongan atas pagar... tapi bab ini aku pastikan akan mengundi opakatan rakyat even DAP pun...untuk umno tidak lagi...

Na'im Nikmat said...

Alhamdulillah.

Anonymous said...

hairan..kenapa kerajaan umno/bn takut sgt pada Mahasiswa ni..mereka bknnya org politik,kita tggu PRU13 nnt nasib umno/bn mcmna..

Anonymous said...

Aku juga akan mengundi PR supaya anak cucu aku tak terus dizalimi UMNGOK...

budakboy said...

Salam. Terima kasih tuan empunyer blog. KEJAM. ZALIM. tapi dayus. cuba lihat anggota polis tanpa kawalan mengejar dan membelasah mahasiswa yg tak bersenjata berhimpun secara aman. memalukan imej polis. OCPD Tg Malim patut digantung tugas.

Anon 12:08, aku pun sama. atas pagar dan aku punyer tiga undi (me, my wife n my elder daughter). DIHARAMKAN undi kami bertiga utk BN.