Naib Presiden DAP, Senator Tengku Abdul Aziz menyangkal dakwaan pemimpin Barisan Nasional (BN) dan UMNO yang mendakwa kononnya DAP adalah parti untuk masyarakat kaum Cina sahaja dan bukan untuk orang Melayu di negara ini. Katanya sejak DAP menubuhkan barisan Pakatan Rakyat (PR) yang dianggotai oleh DAP, PAS dan PKR tahap bilangan orang Melayu di seluruh negara semakin ramai dan hampir 50 peratus menjadi ahli DAP.
“Ini adalah atas kesedaran orang-orang Melayu sendiri terhadap perjuangan DAP yang mementingkan ke arah membela nasib rakyat yang berbilang kaum dan anutan kepercayaan agama yang berbeza-beza,” ujarnya.
Tengku Aziz berkata lagi dalam menerajui kepimpinan DAP ramai di kalangan anak-anak muda khususnya generasi muda yang berpendidikan tinggi dalam pelbagai jurusan menjadi ahi dalam parti DAP, sama ada kaum Cina, India dan juga Melayu.
“DAP tidak macam UMNO. Golongan muda para cerdik pandai yang mempunyai kelulusan Sarjana Muda langsung tiada peluang menjadi Ahli Majlis Tertinggi dan kebanyakannya yang tua-tua bangka sahaja,” katanya.
Tengku Abdul Aziz berkata demikian ketika berucap di hadapan 1,000 orang para penyokong DAP pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina di Dewan SM Yu Yuan, Sandakan.
Katanya lagi, para pemimpin dalam memperjuangkan rakyat tidak telus, tidak ikhlas dan kebanyakan wakil rakyat mereka baru satu penggal jadi ADUN yang bergelar 'YB' sudah kaya raya; rumah mewah, kereta mewah sehingga empat-lima buah di depan rumah selain itu isteri hingga 2 atau 3 orang.
"Di Sandakan, kita tahu 90 % masyarakat Cina telah menyokong DAP dan menolak kepimpinan BN sebab wakil rakyatnya tidak jujur dan hanya mementingkan keuntungan, bukan untuk kepentingan rakyat," tegasnya.
Sementara dalam ucapan Pengerusi DAP Sandakan, Steven Wong menyeru agar masyarakat Cina di daerah ini bersatu untuk menumbangkan calon-calon BN yang bertanding di kawasan Elopura, Karamunting, Tanjung Papat bagi kouta Cina.
“Orang Cina harus sedar dan buka mata jangan kerana beras 10 kilo, gula dua kilo kamu telah berubah fikiran dan menyokong BN. Sampai ke mana beras lima kilo itu?" tanya Steven Wong. ~sabahkini
No comments:
Post a Comment