yang setia mengikuti blog ini dan ingin mengikuti

Firman Allah SWT:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
(Surah Al-Hujurat ayat 13)

Monday, October 17, 2011

GAMBAR SLOGAN BARU RAKYAT UNTUK NAJIB PM TERSAYANG...

http://a7.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc7/s320x320/303967_274076282625653_146443882055561_872048_1883489421_n.jpg

N'N:Tak reti2 lagi nak turun......

Inilah Manusia Yang Dah Tak der Kerja Lain. kerjanya Berpura-pura Mati.

http://2.bp.blogspot.com/_BcRulsBPABs/TMeODJdDJ3I/AAAAAAAAIF8/dbFM61gfQck/s1600/a97171_g113_5-playing-dead-236x300.jpg


Lelaki yang bernama Chuck Lamb ini mungkin adalah manusia yang memiliki hobi yang pelik. Hobinya ialah berpura-pura mati. Lebih dari itu, dia juga merakamkan semua adengan adegan kematiannya dalam bentuk foto dan video dan disiarkan di laman webnya sejak tahun 2005. Kerana hobi yang aneh ini,website miliknya dikunjungi oleh 32 juta orang dan menarik perhatian stesen TV untuk mengundangnya.

N'N:Nampaknya dia buat duit juga dengan berpura-pura mati...

LAWAK APAKAH YANG DR MAHATHIR SEDANG BUAT NI, NAK JADI RAJA LAWAKKAH???

Aziz Bari: Kenyataan Dr Mahathir melucukan

http://media.themalaysianinsider.com/images/uploads/mugshots/abdul-aziz-bari3-sept16.jpg


KUALA LUMPUR, 17 Okt ─ Profesor Dr Abdul Aziz Bari menyifatkan respons bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semalam kononnya kenyataan beliau tentang titah Sultan Selangor dalam isu pemeriksaan Gereja Methodist Damansara Utama baru-baru ini sebagai kurang ajar adalah “agak melucukan.”

“Saya lihat pandangan itu (Dr Mahathir) agak melucukan... saya tidak tahu nak kata apa... tengok siapa yang bercakap,” kata Aziz (gambar) dengan merujuk kepada perkembangan berkaitan dengan isu-isu istana ketika kepimpinan Dr Mahathir, yang juga bekas presiden Umno.

“Saya sebenarnya tidak mahu kata apa-apa, tidak mahu beri respons mengenai kenyataan Dr Mahathir ini... kita tahu siapa beliau,” kata beliau sambil menambah, semua pihak tahu pendirian Dr Mahathir dan kandungan ucapannya semasa hendak mengkaji semula kekebalan raja-raja.

“Saya hanya sentuh mengenai kaedah tindakan sultan, dan jika kita melihat ucapan dan kenyataan semasa Dr Mahathir menjadi perdana menteri, ia menjangkaui aspek itu, beliau telah menyentuh asas institusi diraja... tengok balik kenyataan dan ucapan-ucapan beliau,” kata Aziz.

Semalam Dr Mahathir menyifatkan kenyataan Aziz berhubung titah Sultan Selangor dalam isu pemeriksaan Gereja Methodist Damansara Utama “sebagai kurang ajar.”

Beliau berkata, kenyataan pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa itu bertentangan dengan moral masyarakat timur dan boleh disifatkan sebagai kurang ajar dalam budaya Melayu.

“Sama ada ia melanggar undang-undang, saya tidak tahu, tetapi dari segi moral, ia kurang ajar,” kata Dr Mahathir dipetik Bernama.

Dr Mahathir diminta mengulas kenyataan Aziz yang disiarkan sebuah portal berita bahawa tindakan Sultan Selangor campur tangan berhubung isu pemeriksaan gereja bukan sesuatu tindakan yang lazim.

Aziz dilaporkan berkata, sebagai Ketua Agama Islam di Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhak campur tangan, namun ia perlu dilakukan selaras dengan ajaran Islam.

Beberapa pertubuhan bukan kerajaan dan pemimpin Umno membuat laporan polis agar dikenakan tindakan ke atas Aziz.

Dalam kenyataannya semalam, Aziz ada memberitahu bahawa beliau sedang mengkaji dengan serius untuk menyaman Utusan Malaysia dan media lain yang menurut beliau telah memutar belit kenyataannya tentang titah Sultan Selangor.

Kata pakar perlembagaan ini, pihak-pihak terbabit sepatutnya mengulas dan menganalisis pendapat beliau, bukannya menuduh “derhaka” dan meminta pengurusan Universiti Islam Antabangsa mengambil tindakan ke atasnya.

“Saya tidak pernah menafikan kuasa Sultan sebagai ketua agama; malah saya akui kuasa itu. Saya hanya komen bagaimana kuasa itu digunakan,” kata beliau.

Aziz berkata di bawah undang-undang Malaysia tidak ada konsep derhaka atau kurang ajar.

“Tuduhan derhaka dan kurang ajar itu mahu memprovokasi masyarakat supaya membenci saya. Mereka juga putar belit kenyataan saya kononnya saya enggan minta maaf,” kata beliau lagi.

Mengulas lanjut mengenai kenyataan Dr Mahathir, Aziz berkata, kemungkinan negarawan itu sudah lupa dengan apa yang beliau telah lakukan semasa menjadi perdana menteri dan presiden Umno.

“Beliau sudah lupa, mungkin sudah tidak ingat... sudah lupa,” katanya dengan merujuk kepada perkembangan kes meminda Perlembagaan Persekutuan tahun 1983 dan 1993 selain respons berkaitan dengan krisis politik Perak 2009 dan isu berkaitan dengan pelantikan Setiausaha Kerajaan Selangor akhir tahun lalu.

GAMBAR INI MENJELASKAN PATUTLAH PUAK2 NI SOKONG UMNO/BN ,LAYAN BERAHI RUPERNYER...

http://a6.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc7/s320x320/298943_2479626239283_1511343782_32824766_1836447323_n.jpg

N'N:Macam ni memang depa suka sangatlah..membangun bersama gelek....

GAMBAR BILA TV9 BERKATA BENAR.

308877_279629062069952_100000685822651_909167_382539547_n.jpg (627×480)




TV9 Dedahkan Seorang Warga Emas di Rumah Uzur Berlantaikan Tanah Di Negeri PM Najib.
Pernah meminta rumah PPRT sebelum ini namun tidak diendahkan. Lihatlah Najib bagaimana dia melayan Rakyatnya yang menetap ditempat kelahirannya sendiri tapi masih mengatakan bahawa BN adalah Kerajaan yang berkebajikan...Retorik semata..Entah apalah yang akan TV9 dapat nanti kerana berkata benar.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apa Hujah&Fakta Mereka 1(10 Paling Terkini)

Apa Hujah&Fakta Mereka 2 (10 Paling Terkini)

Apa Perkongsian Mereka (10 Paling Terkini)