Nuffnang

Innity

Innity

Thursday, March 31, 2011

Adakah Selepas Bob Lokman, Cico Pula Bersama Jemaah PAS???

http://1.bp.blogspot.com/-Fb4wsUXnMF4/TZRJpi0lzJI/AAAAAAAADZk/JOSNwqLllgs/s1600/189414_201132603240388_100000309489497_616663_2005200_n.jpg

Kelibat Cico Uji Rashid kelihatan bersama dengan Sdr Bob Lokman dan Ustaz Zulkifli Ahmad selepas kuliah mahgrib yang dijalankan di Masjid Al Azim, Pandah semalam (30 Mac 2011)Sumber

Gambar Najib & Rosmah Menari Tarian HARAM....

http://www.harakahdaily.net/v2/images/stories/harakahdaily/daily_picture/mac2011/pm_poco-poco.jpg


IPOH, 30 Mac: Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak yang bersidang pada 24-26 Januari 2011 lalu telah memperakukan supaya tarian atau senama poco-poco diharamkan.

Ia dibuat atas asas ianya mempunyai kaitan dengan kepercayaan agama juga pemujaan roh berdasarkan kajian yang menyatakan ianya sering diamalkan di Jamaica serta bercirikan agama Kristian.

"Mesyuarat mengambil keputusan bahawa pengharaman ini akan diwartakan," kata Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dalam satu suratnya.

Surat fatwa Mufti Perak itu dihantar kepada Pengerusi Persatuan Kakitangan Islam Malayan Banking (PKIMB) Perak.

Sebelum ini media sentiasa sahaja menyiarkan aktiviti Perdana Menteri dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor yang sering melakukan senaman poco-poco ini khasnya di tempat awam.

Bahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga pernah melakukan senaman ini di atas pentas bersama isteri dan pembesar negara yang lain. (gambar atas)

Sumber:Harakahdaily

Tuesday, March 29, 2011

Eksklusif - Portfolio Hartanah Asing Taib Mahmud..

Hartanah di Kanada yang bernilai lebih dari seratus juta dolar...

Multi-million dollar complex

Multi-million dollar complex


Preston Square Ottawa – office space and shops


Menara berkembar yang diperbuat daripada kaca dan sebuah kompleks membeli belah desir di Preston Square yang terletak di pusat bandar Ottawa hanya sebahagian daripada aset besar portfolio asing yang dikuasai oleh keluarga Ketua Menteri Sarawak, Abdul Taib Mahmud di Kanada, menurut penyelidikan eksklusif kami....Selanjutnya disini

Dan ini pula keadaan Rakyat dibawah pentadbirannya di Sarawak:

http://nasrudinhassan.com/wp-content/uploads/2010/05/miskin.jpg


http://2.bp.blogspot.com/_4EYO4LLWUIM/TC4eJuJ_p8I/AAAAAAAAA9g/gR2CRgyDmX0/s1600/pekan_rakyat_miskin.jpg

Sunday, March 27, 2011

Gambar Najib Tersenyum Dipentas Tarian Amoi Seksi.....

http://1.bp.blogspot.com/-eFRDZ8gozbw/TW-hsIITswI/AAAAAAAABkM/tkx0mvk5X6A/s1600/tarian%2Bseksi.png


Gambar Najib Tersenyum Dipentas Tarian Seksi Amoi@Gambar Najib Tersenyum Kelihatan Tergantung Di atas Pentas Tempat Tarian Seksi Amoi Berlangsung....Ini bukan fitnah tapi satu kenyataan...

RM 5000 Sebulan Untuk Para Blogger Yang Berminat Menjadi Blogger Sepenuh Masa Menutup Segala Penyelewengan & Salah Laku Kerajaan Barisan Nasional...

Bukti blogger pro BN diupah RM 5,000 sebulan
Dipetik dari blog http://milosuam.blogspot.com/

Kepada para pembaca yang berniat untuk menjadi pencacai gerombolan songkok tinggi, anda mungkin boleh menawarkan diri untuk menjadi blogger sepenuh masa menutup segala penyelewengan dan salah laku kerajaan Barisan Nasional, terutama Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Taib Mahmud.

Berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada laman web pro Barisan Nasional, pada 16 Disember 2010 yang lalu, para blogger yang dilihat berkelayakan, akan diberikan wang sebanyak RM30, 000, untuk membuka sebuah blog sama ada yang menggunakan hosting percuma ataupun berbayar. Malah diberikan upah sebanyak RM 5,000 sebulan untuk menutup bangkai gajah [SarawakTalk].





Kita sedia maklum, budaya gerombolan songkok tinggi adalah perjuangan demi perut demi duit, tiada siapa yang dapat menafikan fakta ini. Dari pencacai paling bawah (tukang pasang bendera masa pilihanraya) sampailah ketua yang paling atas, berjuang demi duit. Maka tidak hairanlah, dua orang antara terkaya di Malaysia adalah Nazir Tun Razak dan Mirzan Mahathir. Kalau nak harapkan keikhlasan penyokong UMNO untuk memasang bendera tanpa upah, jawapannya simpan jelah bendera dalam stor.

Gerombolan songkok tinggi tahu bagaimana pemimpin atasan mereka mengambil kesempatan untuk memperkayakan kaum kerabat dan anak beranak serta cukong (kroni). Mereka tahu, bukan mereka tak tahu. Namun tak banyak sedikit mereka juga ada bahagian, sebab itulah pemimpin perompak terus dibela, sebab itu jugalah blogger-blogger gerombolan songkok tinggi terus menulis setiap hari dengan pelbagai propaganda dan fitnah jahat.

Friday, March 25, 2011

Dr Maza:Rakaman video bagi kes maksiat peribadi tidak boleh dijadikan asas bukti....

http://pinkturtle2.files.wordpress.com/2008/10/asrimaza.jpg

Rakaman video bagi kes maksiat peribadi tidak boleh dijadikan asas bukti. Bagi kes zina hendaklah dengan empat orang saksi. Tiada keperluan untuk pencarian bukti sampingan. Itu soal dosa insan dengan Allah bukan dengan orang lain. Jika ia terlepas, mahkamah Allah di mahsyar tetap ada, atau mungkin dia bertaubat. Tiada pihak yang rugi atau untung melainkan dirinya sendiri.

Kata Dr Yusuf al-Qaradawi mengenai usaha mencegah kemungkaran:

“Kemungkaran itu mesti nyata dan dilihat. Adapun jika pelakunya melakukannya secara sembunyian dari pandangan manusia dan menutup pintu rumahnya, maka tidak seorang pun boleh mengintipnya atau merakamnya secara diam-diam dengan menggunakan alat elektronik atau kamera video atau menyerbu rumahnya untuk memastikan kemunkarannya. Inilah yang ditunjukkan pada lafaz hadis “barangsiapa yang melihat kemungkaran, maka hendaklah dia mengubahnya….”

Dikaitkan kewajipan mengubah itu dengan melihat atau menyaksikan kemunkaran. Tidak dikaitkan dengan mendengar tentang kemunkaran dari orang lain. Ini kerana Islam tidak menjatuhkan hukuman kepada orang yang mengerjakan kemungkaran secara bersembunyi dan tidak menampakkannya. Diserahkan hanya kepada Allah untuk menghisabnya pada hari kiamat. Hisab ini bukan menjadi wewenang seseorang di dunia. Sehinggalah dia melakukannya secara terang-terangan dan menyingkap keaibannya.

Bahkan hukuman ilahi itu lebih ringan bagi orang menutupi kemungkarannya dengan menggunakan tabir Allah dan tidak menampakkan kederhakaannya sebagaimana yang disebutkan dalam hadith sahih: (bermaksud):”Setiap umatku diberikan keampunan kecuali orang-orang yang menampakkan (dosanya)” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Justeru, tiada seorang pun mempunyai wewenang untuk menjatuhkan hukuman terhadap kemungkaran-kemungkaran yang dilakukan secara sembunyian. (Al-Qaradawi, Min Fiqh al-Daulah fi al-Islam, m.s. 124, Kaherah: Dar al-Syuruq).Artikel penuh&Selanjutnya

Thursday, March 24, 2011

Skrip Terperinci Fitnah Video Seks DSAI….

Skrip Terperinci Fitnah Video Seks DSAI….


Kronologi kes Video Porno ini bermula apabila kononnya DSAI mengarahkan Datuk Shazryl Eskay mengambil jam tangan nya yang tertinggal di dalam Bilik Hotel tempat penzinaan berlaku. Dato Shazryl Eskay mencari jam Omega Anwar Ibrahim di kedudukan yang di maksudkan Anwar Ibrahim namun tidak menjumpai nya.(Adakah logik seorang yang dikatakan pernah menjadi ‘Funder’ DSAI tiba2 boleh menjadi seorang balaci)

( Untuk Makluman Dalam Skrip Video Seks Ini , Wanita Pelakon Pelacur China Telah Digambarkan Mencuri Jam Omega Anwar Ibrahim Dengan Memasukkan Ke dalam Beg Tangannya)

Setelah tidak menjumpai di keliling Katil maka Datuk Shazryl Eskay mencari di rak TV hadapan katil. Dalam pencarian jam tangan Omega itu Datuk Shazryl Eskay menjumpai wayar yang agak pelik di belakang Rak TV dan kemudiannya Datuk Shazryl Eskay mencari punca di kemana penyudahnya Wayar tersebut.(Tiba-tiba sahaja beliau berminat menjadi penyiasat ala CSI)

Akhirnya wayar tersebut bersambung dengan butiran kaca yang di tanam dalam Rak TV dan apabila di buat pemeriksaan rapi mendapati terdapat 4 Camera Kecil yang tertanam dalam Rak TV tersebut.

Akhir sekali setelah laci Rak di buka di dapati sebuah perakam yang canggih berjenama CATCH telah bersambung dengan ke empat empat perakam Video tersembunyi yang di jumpai tadi. Lalu Datuk Shazryl Eskay mencabut kesemua wayar dan berlalu pergi meninggalkan Bilik tersebut dengan hanya membawa Perakam CATCH yang mengandungi Video Rakaman aktiviti di bilik Hotel tersebut.(Tanpa disedari langsung pemilik Hotel, ala2 James Bond pun ada mamat nie)

Datuk Shazryl Eskay akhirnya berjaya mendapatkan jam Omega Anwar Ibrahim apabila menggugut untuk membuat laporan kepada Kapten Pelacur China itu jika Jam yang di curi tidak di pulangkan . Datuk Shazryl Eskay memaklumkan kepada Anwar Ibrahim bahawa jam beliau berjenama Omega telah di temui namun Datuk Shazryl Eskay tidak memaklumkan mengenai penemuan Perakam CATCH itu kepada Anwar Ibrahim. (Begitu setia sehingga sanggup menjadi tukang cari Jam Tangan, tapi tidak begitu setia selepas terjumpa perakam video mungkin lebih setia kepada Rahim Tambhy Chik)

Anwar Ibrahim mengarahkan Datuk Shazryl Eskay menyimpan jam tangan tersebut sambil berseloroh(Mungkin ini dialognya “Eskay kau ambiklah Jam Tangan Omega aku tu sebagai tanda terima kasih jadi balaci aku)……..

Sumber:Blog Pencacai (Yang berwarna merah tu aku tambah untuk lebih kesedapan)

N'N: Skrip ini bakal menerima anugerah Oscar di Neraka kelak...........

Setiap Pilihanraya Yang Melibatkan UBN Pasti Ada 'Taktik Kotor'nya,Mungkinkah Video Seks Jadi Bahan Kempen Di Sarawak

http://4.bp.blogspot.com/_XJUXjz9dFkM/TPlfx8SNDnI/AAAAAAAABS4/XaJb1obTHQ8/s400/1.jpg

Seperti yang kita sedia maklum Sarawak merupakan talian hayat untuk UMNO/BN terus berkuasa dibumi Malaysia selain Sabah...UMNO memerlukan kemenangan yang besar bagi memastikan mereka terus berkuasa dalam erti kata lain walau dengan apa cara pun UMNO misti menang....Akan berjayakah misi UBN dengan Fitnah Video Seks untuk menenggelamkan perihal Kezaliman UBN di bumi Sarawak???

Samseng kroni Taib Mahmud guna bom rampas tanah...

KUALA LUMPUR: Syarikat yang menjadi kroni Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud sanggup mengupah samseng untuk membakar rumah bagi menghalau orang Asal, seterusnya merampas tanah milik mereka.

“Jika dulu, syarikat kroni menggunakan kaedah memujuk sebelum ‘merampas’ tanah rakyat tetapi kini sampai ke tahap membakar dan mengupah samseng untuk menyerang penduduk seperti yang berlaku di rumah panjang Ranggong.

“Saya tidak menolak kemungkinan masyarakat Orang Asal akan ‘memenggal’ mereka seperti zaman dahulu jika syarikat kroni terus-terusan menindas dan merampas hak kami,” kata Minggat anak Nyakin.

Mingat antara orang Asal yang dibelasah samseng beberapa bulan lalu hingga kedua-dua penglihatannya terjejas dalam usaha mempertahan haknya sebagai pemilik tanah adat.

Beliau berkata demikian pada forum ‘Tanah, Adat dan Pilihan Raya’ malam tadi. Ahli panel ialah Pengarah Eksekutif BRIMAS Sarawak, Mark Bujang; Setiausaha Awam Persatuan Dayak Iban Sarawak (Sadia), Nicholas Mujah dan Koordinator Sarawak Indigenous Lawyers Alliance (SILA), Abun Sui Anyit.

Lebih 200 orang menghadiri forum anjuran Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) dengan kerjasama Jawatankuasa Hak Sivil dan NGO Peguam, Loyar Buruk.

Wakil rumah Ranggong, Sui anak Salleh turut menceritakan pengalamannya bersama rumah panjang Ranggong dan Belilie yang diserang kira-kira 100 samseng BN menyerang kampung mereka menggunakan bom dan sabit.

“Kami selaku pemilik tanah dan Orang Asal kesal dengan tindakan syarikat kroni yang mengahtar samseng untuk menghalau dan menakut-nakutkan kami.

“Serangan samseng itu termasuk menggunakan bom dan sabit dilakukan terhadap penduduk rumah panjang kira-kira seminggu,” katanya.


Keadilandaily

N'N: Mereka juga rakyat Malaysia, tapi mereka diperlakukan seperti sampah oleh UBN....Bersama kita hancurkan Kezaliman UBN dibumi Sarawak........

Wednesday, March 23, 2011

Aku Macam Tak Percaya Seorang Yang Bergelar 'Datuk' Boleh Jadi Balaci DSAI Untuk Mencari Jam Berjenama...Tugas Sayfool Sudah Diambil Alih 'Datuk Trio'

https://lh5.googleusercontent.com/-qNOA61dqAcQ/TYnhYKRXxwI/AAAAAAAATPA/zmTBGVQp9qg/s1600/TRio.jpg

http://media.themalaysianinsider.com/images/uploads/2011/march/09/megataide.jpg

Si pencacai ini kononnya ditugaskan DSAI mencari jam tangan berjenama Omega didalam sebuah hotel..Dan tiba2 terjumpa Video Seks secara tidak sengaja....Hanya orang yang xder otak sahaja yang akan percaya dengan cerita bodoh&rekaan mamat nie.....

N'N:Aku macam tak percaya, seseorang yang bergelar 'Datuk' boleh buat keje yang tak berfaedah iaitu mencari jam berjenama......Dan aku lagi tak percaya langsung tiada tindakan daripada Polis walaupun DSAI telah membuat laporan Polis....Kebal semacamjer mamat2 tiga ekor tu........

Mungkin inilah reaksi orang2 yang dengar cerita mamat ni:

http://3.bp.blogspot.com/-zvB7NGClwys/TXDazoW6ysI/AAAAAAAABzU/I_-mbNHTyNI/s400/091001-laugh.jpg

Video Seks:Kenyataan Akhbar Dato' Johari Abdul,Yakin Bahawa Video Seks Adalah Satu Lagi Rencana Jahat Untuk Memfitnah DSAI Setelah Melihatnya Sendiri

KENYATAAN AKHBAR

Saya dihubungi oleh seorang kenalan yang sangat rapat bermula sejak 15 Mac 2011 untuk berjumpa dengannya mengenai sesuatu yang penting. Pada hari Isnin 21 Mac 2011 lebih kurang jam 12.20 tengahari, saya mengesahkan bahawa saya ada ruang untuk bertemu beliau.

Saya berjumpa dengannya di Hotel De Palma Ampang jam 4 petang hari itu, sebelum dibawa di dalam sebuah kereta yang lain. Kereta itu dipandu oleh dua orang yang saya tidak kenali.

Saya dibawa ke Hotel Flamingo Ampang, seterusnya dibawa ke sebuah bilik junior suite. Saya bertemu Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Dato’ Eskay Shazril Abdullah yang telah menunggu di dalam bilik tersebut. Saya turut disertai oleh kenalan saya tadi.

Saya duduk di depan Tan Sri Rahim Thamby Chik sementara Dato’ Eskay Shazril Abdullah duduk di sebelah saya. Kenalan saya tadi duduk di atas katil di belakang di dalam bilik tersebut.

Dato’ Eskay Shazril Abdullah mula bercakap dan mengatakan bahawa saya (“Johari Abdul”) adalah ahli Parlimen yang pertama akan menyaksikan tayangan video yang sedang mula dimainkan itu. Dia juga meminta pandangan saya mengenai Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Sepanjang tayangan video tersebut, Dato’ Eskay Shazril Abdullah menjadi suara latar menerangkan beberapa perkara. Contohnya, dia menyentuh bagaimana cara individu terbabit menanggalkan kondom selepas perlakuan berakhir mempunyai risiko air mani akan terpercik ke kawasan yang besar. Menurutnya, tabiat itulah yang menyebabkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim sering meninggalkan bahan bukti seperti yang berlaku dalam kes liwat pertama tahun 1998 dulu.

Dia juga mendakwa bahawa dia selalu membawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke club house di mana berlakunya kejadian itu dan tempat-tempat lain di Thailand seolah-olah ini perkara yang kerapkali dibuat oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Menurutnya, setiap kali dia membawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke tempat itu, bilik itulah (yang dirakamkan) yang digunakan Dato’ Seri Anwar Ibrahim sementara dia (Dato’ Eskay) menggunakan bilik bersebelahan. Dalam percakapan seterusnya, dia menyatakan kebimbangan kononnya rakaman-rakaman video seperti itu telah dipunyai oleh pihak perisikan Thai.

Sepanjang penayangan video tersebut, Tan Sri Rahim Thamby Chik kerap mencelah dan membuat komen pendek yang memburukkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Saya percaya beliau cuba meyakinkan saya bahawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim adalah seorang yang tidak bermoral dan tidak layak menjadi seorang pemimpin.

Selepas penayangan video tersebut, Tan Sri Rahim Thamby Chik mula bercakap. Dia memujuk supaya saya meninggalkan KEADILAN dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Dia berjanji untuk bbawa saya berjumpa dengan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak. Tan Sri Rahim Thamby Chik juga menyebut bahawa dia akan uruskan segala keperluan kewangan dan keselamatan saya.

Tan Sri Rahim Thamby Chik juga cuba meyakinkan saya untuk membawa dan memujuk lebih ramai Ahli Parlimen KEADILAN berjumpanya, supaya dapat dipujuk keluar parti. Dia meminta saya mengepalai kumpulan Ahli-ahli Parlimen KEADILAN ini. Saya tidak memberikan komitmen, selain mendengar komen-komen yang dibuat.

Selepas itu, saya keluar dan diiringi oleh kenalan rapat saya itu. Di dalam lif, saya memeluknya dan memberitahu beliau, bahawa setelah menonton keseluruhan video tersebut, saya yakin bahawa orang di dalam video itu bukanlah Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Saya berkeyakinan bahawa pelakon itu bukan Dato’ Seri Anwar Ibrahim berlandaskan faktor berikut:

1. Pada awal rakaman, terdapat seorang lelaki lain yang sedang menguruskan rakaman video pada ketika orang yang mirip Dato’ Seri Anwar Ibrahim masuk ke dalam bilik. Sewajarnya orang itu (yang mirip Dato’ Seri Anwar Ibrahim) sedar bahawa perlakuannya akan dirakam. Mustahil sesiapa yang waras akan melakukan adegan sedemikian kecuali dia diupah.

2. Tempoh masa rakaman yang menunjukkan muka si pelaku adalah terlalu pendek. Ditambah dengan rakaman yang dibuat di dalam hitam putih; menyukarkan untuk betul-betul mengesahkan identiti si pelaku.

3. Bahu si pelaku terlalu lebar dan tegap berbanding bahu Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

4. Bahagian belakang si pelaku (punggong) juga berisi dan jelas berbeza dengan tubuh badan Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

5. Di akhir adegan, si pelaku bangun dan tubuh badannya dirakam dengan jelas. Perutnya adalah buncit dan terlalu besar jika dibandingkan dengan perut Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

6. Warna kulitnya adalah terlalu cerah dan hampir tidak dapat dibezakan dengan warna kulit wanita terlibat.

Selepas itu, saya menyatakan kesediaan untuk membawa beberapa orang ahli Parlimen KEADILAN agar mereka juga dapat menonton video dan berjumpa dengan Tan Sri Rahim Thamby Chik. Saya dimaklumkan sessi tayangan seterusnya akan dibuat kepada ahli-ahli Parlimen KEADILAN pada jam 330 petang 22 Mac 2011. Kami hadir semalam di Hotel Flamingo Ampang dan menunggu hingga jam 530 petang, oleh kerana mereka telah sahkan bahawa perjumpaan akan berlaku. Walau bagaimana pun, perjumpaan itu dibatalkan oleh pihak mereka.

Saya mengambil risiko membuat kenyataan ini diluar Dewan Rakyat kerana saya yakin bahawa episod terbaru ini adalah satu lagi rencana jahat untuk memfitnah Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

DATO’ JOHARI ABDUL
AHLI PARLIMEN SG PETANI
AHLI MAJLIS PIMPINAN PUSAT KEADILAN
23 MAC 2011

Tuesday, March 22, 2011

Yusri KRU Ambil Port Dalam Politik???YUSRI KRU MENGATAKAN VIDEO DURASI 20 MINIT SEKS SUKAR DIPALSUKAN....

http://2.bp.blogspot.com/_dY7UF2rEf_g/TUbaswHVblI/AAAAAAAAAig/BLTfAPoatB8/s1600/yusry.jpg

Rakaman video durasi 20 minit sukar dipalsukan, kata pengarah dan penerbit filem, Yusry Abdul Halim. Bagaimanapun, menurutnya ia juga bergantung kepada sudut yang diambil.

" Jika tempoh masanya pendek, ia tidak mustahil ia boleh dipalsukan. Tetapi jika tempoh rakaman itu 20 minit dan sudut rakaman berubah, ia agak mustahil untuk dipalsukan. Tambah beliau video tidak sama dengan gambar yang lebih mudah dipalsukan.

Yusry mengulas berhubung satu rakaman video seks yang didakwa membabitkan seorang pemimpin parti pembangkang dengan seorang wanita muda yang tidak dikenali yang didedahkan kepada media di Hotel Sri Carcosa Negara.

Yusry KRU adalah penerbit yang menggunakan kaedah penggunaan khas visual dalam filemnya, termasuk epik terbarunya, Hikayat Merong Mahawangsa.

- PETIKAN SINAR HARIAN

N'N:Masalah sekarang bukan video seks itu palsu atau tidak masalahnya ialah pelakon video lucah itu boleh diragukan adalah orang yang menyamar sebagai DSAI dan apakah tindakan Polis terhadap orang yang menyebar dan menayangkan video lucah itu kepada wartawan........

Monday, March 21, 2011

Adakah Fitnah Video Seks Dibuat Kerana Fitnah Liwat Saiful Terhadap DSAI Dijangka GAGAL.....

http://2.bp.blogspot.com/_UXXtCpkeKiA/SRWqgtl8qsI/AAAAAAAAGQg/_QLIiDkAgQo/s320/anwar_daughter.jpg

PETALING JAYA, 21 Mac – Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan sekeras-kerasnya beliau adalah individu yang didakwa dalam rakaman video seks, yang mendapatkan khidmat seks daripada pelacur di sebuah hotel di ibu negara akhir bulan lalu.

Beliau menegaskan penyebaran video seks tersebut adalah satu strategi Barisan Nasional (BN) untuk menjatuhkan imejnya sebagai tokoh pemimpin negara.

“Saya menafikan sekeras-kerasnya, ia berniat jahat dan fitnah, saya nafikan secara keras saya adalah individu dalam video tersebut.

“Saya mengecam konspirasi terbaru untuk memfitnah dan mengaibkan saya serta keluarga, video yang ditayangkan merupakan satu taktik jahat yang dilakukan musuh politik yang berhasrat untuk membantutkan kemaraan Pakatan Rakyat,” katanya pada sidang media di sini petang ini.

Anwar yang juga Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendakwa tayangan video khas yang dibuat tengah hari tadi telah dirancang serta didalangi pihak tertentu.

“Kita beri amaran kepada musuh politik Pakatan Rakyat agar menghentikan segera politik kotor dan lucah ini, jangan heret rakyat dan negara terjebak ke dalam politik kotor kamu.

“Tayangan itu telah dirancang dengan penuh teliti, malah rancangan untuk mengadakan tayangan ini juga hanya didedahkan kepada ketua-ketua editor arus perdana, malah saya difahamkan ia turut melibatkan pasukan cawangan khas,” katanya.

Hari ini satu rakaman video menunjukkan seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat sedang mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita, dipercayai pelacur asing, muncul dan dipertontonkan kepada media.

Video 21 minit itu, dalam empat segmen, menggambarkan pemimpin tersebut yang juga seorang Ahli Parlimen mengadakan hubungan seks di sebuah hotel di sini, dilihat akan menggegarkan arena politik negara sekali lagi.

Ia yang dirakamkan pada 21 Februari lalu ditunjukkan kepada media di sebuah hotel di sini pagi ini.

Rakaman itu diperoleh dari hotel pemimpin berkenaan melanggan wanita tersebut.

Kata Anwar, ketika rakaman video seks itu berlaku beliau berada di rumah bersama keluarga.

“Ketika itu saya ada di rumah, sebelum itu saya berada dengan kakitangan PKR, saya juga ada melayan Twitter, malah ia boleh dibuktikan.

“Saya diberitahu gambar (lelaki) itu adalah mirip saya cuma perutnya jauh lebih buncit daripada saya, kalau lihat perut saya lain,” katanya.

Jelas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu, pendedahan video seks itu sengaja disebarkan kerana terdesak selepas kes liwat yang membabitkan dirinya dengan Mohd Saiful Bukhari Azlan hampir “berkecai.”

“Politik jahat ini sangat jelas... apabila kes liwat sudah lemah, hampir berkecai, jadi kena buat pertuduhan baru terhadap saya.

“Jadi saya minta rakyat tidak terperangkap dengan politik fitnah dan lucah ini, ini adalah serangan peribadi terhadap saya dan keluarga.

“Kerana terdesak musuh politik saya terpaksa mereka fitnah baru demi memburukkan serta menjejaskan reputasi saya,” katanya.

Tegas Anwar, fitnah terbaru terhadap dirinya itu juga bertujuan untuk mengalih pandangan rakyat dari isu nasional termasuk pilihan raya negeri Sarawak.

“Musuh politik Pakatan Rakyat terdesak untuk lari dari membahaskan isu rasuah dan kepincangan pentadbiran Ketua Menteri (Sarawak) Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

“Maka tidak hairanlah sekiranya sekali lagi musuh politik bertindak menurut warisan politik usang dan jelik,” katanya.

Menurut Anwar, beliau tidak akan membuat laporan polis sehingga mendapat kesahihan video seks tersebut.

“Tengok pun belum macam mana nak siasat, jawabnya ringkas.

Sementara itu, isteri Anwar yang juga Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, beliau terkejut dengan tuduhan terbaru terhadap suaminya itu.

“Saya terkejut (apabila dapat tahu), yang disuruh letak jawatan adalah saya, apa saya nak buat?

“Ini adalah taktik jahat, kalau selalu kes Anwar dengan lelaki tapi dalam video itu dengan perempuan, ini adalah motif yang tidak bertanggungjawab,” katanya. Sumber-TMI

Sunday, March 20, 2011

Di ugut Samseng,Di rogol Pembalak, Di halau, Di Sabit & Di Bom.....Siapa Mereka???

Wakil rumah Ranggong diforum ‘Tanah, Adat dan Pilihan Raya’ malam tadi, Sui anak Salleh turut menceritakan pengalamannya bersama rumah panjang Ranggong dan Belilie yang diserang kira-kira 100 samseng BN menyerang kampung mereka menggunakan bom dan sabit.

Sungguh menghairankan, kemanakah perginya anggota polis yang bertugas di Sarawak? Adakah kerana mereka itu kaum pribumi yang kurang berpelajaran kita akan menjadikan mereka seperti Red Indian di US?


Adakah laporan mereka dipandang sepi sebagaimana laporan kaum Penan yang mendakwa wanita mereka dirogol oleh pembalak?

Perlukah kita tunggu hingga mereka mengulangi tradisi memenggal kepala yang diamalkan oleh datuk nenek mereka baru kita hendak bertindak?

Mereka juga rakyat Malaysia yang sedikit sebanyak menyumbang untuk kesejahteraan kita bersama tetapi mereka dilayan lebih teruk dari warga asing yang mencari makan di negara ini..


Samseng kroni Taib Mahmud guna bom rampas tanah ada

KUALA LUMPUR: Syarikat yang menjadi kroni Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud sanggup mengupah samseng untuk membakar rumah bagi menghalau orang Asal, seterusnya merampas tanah milik mereka.

“Jika dulu, syarikat kroni menggunakan kaedah memujuk sebelum ‘merampas’ tanah rakyat tetapi kini sampai ke tahap membakar dan mengupah samseng untuk menyerang penduduk seperti yang berlaku di rumah panjang Ranggong.

“Saya tidak menolak kemungkinan masyarakat Orang Asal akan ‘memenggal’ mereka seperti zaman dahulu jika syarikat kroni terus-terusan menindas dan merampas hak kami,” kata Minggat anak Nyakin.

Mingat antara orang Asal yang dibelasah samseng beberapa bulan lalu hingga kedua-dua penglihatannya terjejas dalam usaha mempertahan haknya sebagai pemilik tanah adat.

Beliau berkata demikian pada forum ‘Tanah, Adat dan Pilihan Raya’ malam tadi. Ahli panel ialah Pengarah Eksekutif BRIMAS Sarawak, Mark Bujang; Setiausaha Awam Persatuan Dayak Iban Sarawak (Sadia), Nicholas Mujah dan Koordinator Sarawak Indigenous Lawyers Alliance (SILA), Abun Sui Anyit.

Lebih 200 orang menghadiri forum anjuran Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) dengan kerjasama Jawatankuasa Hak Sivil dan NGO Peguam, Loyar Buruk.

Wakil rumah Ranggong, Sui anak Salleh turut menceritakan pengalamannya bersama rumah panjang Ranggong dan Belilie yang diserang kira-kira 100 samseng BN menyerang kampung mereka menggunakan bom dan sabit.

“Kami selaku pemilik tanah dan Orang Asal kesal dengan tindakan syarikat kroni yang mengahtar samseng untuk menghalau dan menakut-nakutkan kami.

“Serangan samseng itu termasuk menggunakan bom dan sabit dilakukan terhadap penduduk rumah panjang kira-kira seminggu,” katanya.


Keadilandaily

UMNO Nak Melabur RM20juta Satu kepala Untuk PRU-13.............

Beberapa Wakil Rakyat PAS yang dijangka menang ditawarkan oleh Umno lebih RM20 juta untuk tidak tanding di pilihan raya umum ke-13 kelak. Salah seorang Adun di Selangor yang bergelar Dr (bukan Dr Hasan Mohd Ali) telah didatangi wakil Umno sebanyak dua kali.
“Kali pertama (saya didatangi) oleh seorang Datuk yang agak berumur, kali kedua (saya didatangi) oleh seorang Datuk lain (iaitu) seorang yang agak muda,” ujarnya awal pagi tadi.

Pengalaman “dibeli” oleh agen Umno tersebut turut disampaikan kepada Dato’ Seri Abdul Hadi Awang dan dipandang serius oleh Presiden PAS itu.
Bagaimanapun agen Umno yang dijumpai buat kali kedua didakwah supaya tidak berhenti mengamalkan rasuah.

“Kali kedua, pertemuan di pejabat Adun saya. Saya keluarkan al-Quran dan kata: Saya masuk politik ini kerana sana nak masuk syurga, bukan sebab duit.
“(Saya kata) dalam al-Quran dah cukup, saya tak perlu RM20 juta,” beliau menambah.
Dijangka wakil rakyat PAS di negeri-negeri lain pun akan ditawarkan rasuah berupa wang menjelang PRU13 kelak.

Sumber:http://wargamarhaen.blogspot.com

Saturday, March 19, 2011

Najib Ikrar Serah DNA Untuk Kes Altantuya....

Najib Tun Razak berikrar untuk menyerahkan DNA beliau kepada pihak berkuasa bagi membuktikan bahawa beliau tiada kena mengena dengan fitnah pembangkang mengenai Altantuya.Sumber

Tapi siapa yang akan percaya bahawa ujian itu akan dilakukan dengan telus, aku hanya akan percaya jika mereka2 ni yang melakukan ujian DNA itu:

http://4.bp.blogspot.com/_sxKe_hsT6LM/TEPNBNq60fI/AAAAAAAABhs/uBi920Y_liw/s1600/csi_las_vegas_.jpg

Rakyat Sarawak Jangan Bikin Malu Sama Budak2 Comel Ni.............

http://media1.malaysiakini.com/330/1b98c14dafb729dde1efa870db812b6b.jpg


Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud hari ini mengumumkan DUN Sarawak dibubarkan Isnin ini, dan notis mengenainya telah dihantar kepada Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng.

Friday, March 18, 2011

I Tak Mahu Hipokrit...........

http://2.bp.blogspot.com/_6IMV4RX7E_Y/S7ikkGXfAWI/AAAAAAAAD84/2CvsY89-sU0/s1600/permatang-pauh-puteri.jpg
Gambar hiasan yang ada kena-mengena dengan artikel....


Soalan : Ada menyuruh saya supaya memakai tudung tapi saya x mahu jadi hipokrit. Saya mahu berubah krn saya sendiri yg ingin berubah. Melakukannya dgn ikhlas, bukan krn disuruh. Ada yg menutup aurat tapi perangai lebih teruk dari perempuan yg x pakai tudung. Panjang tangan, mengumpat, melayan lelaki bukan muhrim, pengotor dll. Walaupun saya tidak memakai tudung, saya menjaga solat, pemakaian dan tingkah laku saya.

SOALAN PENUH:

Untuk pengetahuan ustaz,ibu saya telah menyuruh saya memakai tudung ketika saya berumur 13 tahun lagi. Saya hanya menurut katanya kerana bimbang dimarahi. Walaupun begitu, sekarang saya tidak lekat memakai tudung. Ini diketahui oleh ibu saya, dia hanya mampu membebel dan berkata, adik nak buat dosa, adik tanggung la sendiri, ibu dah buat apa yang patut.

Sekarang saya sudah bekerja dan hanya memakai tudung di tempat kerja sahaja kerana di tempat saya, tindakan undang-undang akan dikenakan sekiranya pekerja tidak memakai tudung. Saya tahu hukum tidak menutup aurat, tetapi buat waktu sekarang, hati saya tidak terbuka lagi untuk terus menutup aurat (rambut dan leher).

Cara pemakaian saya tidak seperti rakan-rakan saya yang menutup aurat. Mereka bertudung tetapi pemakaian mereka tidak melambangkan imej mereka. Baju, seluar ketat yang menampakkan susuk tubuh.

Bagi yang memakai baju kurung, ada yang dari kain yang nipis dan jarang. Bagi yang berbaju kebaya, ianya terlalu ketat, berkain belah sehingga menampakkan betis dan jarang. Ada yang tidak memakai seluar tetapi memakai skirt panjang. Walaupun begitu, ianya ketat dan menampakkan garis pakaian dalam yang dipakainya.

Tudung yang dipakai pula tidak menutupi dada. Lelaki-lelaki yang memandang tidak berkelip melihat mereka. Ada juga rakan saya yang betul-betul menutup aurat tetapi perangai dan kelakuan mereka lebih teruk dari perempuan yang tidak memakai tudung. Tidak menunaikan solat, panjang tangan, mengumpat, melayan lelaki yang bukan muhrim, pengotor dan pelbagai karenah lagi. Walaupun saya tidak memakai tudung, saya menjaga solat, pemakaian dan tingkah laku saya.

Kawan-kawan saya ini ada menyuruh saya supaya terus memakai tudung tetapi saya tidak mahu menjadi hipokrit. Saya mahu berubah kerana saya sendiri yang ingin berubah. Saya mahu melakukannya dengan ikhlas, bukan kerana disuruh. Saya tahu hari itu akan tiba tetapi bukan sekarang.

Semoga ALLAH membuka hati saya untuk terus memakai tudung. Amiin...

- Diera -



JAWAPAN

Ada beberapa perkara yang saudari utarakan dalam soalan dan ingin saya berikan respon ringkas. Iaitu :-

1) Isu tidak mahu bertudung ( menutup aurat) tanpa ikhlas kerana tidak mahu hipokrit serta tidak mahu berubah kerana disuruh.

Allah swt dan RasulNya telah mengarahkan seluruh wanita muslimah untuk menutup aurat dan bukan hanya bertudung.

Justeru, sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, suka atau tidak, disuruh oleh orang lain atau terbit dari hatinya sendiri, dia tetap WAJIB di sisi Allah untuk melaksanakan kewajiban itu.

Sebagaimana seorang pemandu tidak berhemah warganegara Malaysia yang menetap di United Kingdom (UK), dia akan terpaksa mengubah cara pemanduannya kerana hemah pemandu di UK amat tinggi, sesiapa sahaja yang kurang berhemah akan segera mendapat teguran pemandu lain, malah adakalanya pemandu lain akan segera menelefon polis atau mencatat nombor plat kereta untuk diadukan kepada polis.

Atas sebab itu, pemandu yang asalnya ‘brutal' di Malaysia, TERPAKSA berubah di UK. Tidak kiralah sama ada dia berubah kerana hipokrit, terpaksa, tidak ikhlas atau apa jua sebab lauaran. Hakikatnya, dia MESTI berubah, kerana itu adalah system dan regulasinya. Mengabaikannya akan membawa mudarat kepada diri sendiri dan pemandu orang lain.

Sama seperti menutup aurat dan bertudung, itu adalah regulasi oleh agama Islam, mengabaikannya akan membawa mudarat spiritual kepada diri sendiri dan juga orang lain (kerana setiap lelaki yang melihat aurat wanita bukan mahram, akan berdosa dan dosanya dikongsi bersama oleh wanita tersebut).!

Justeru itu, hipokrit tidak boleh sama sekali menjadi PENGHALANG untuk mengerjakan semua KEWAJIBAN agama, termasuk menutup aurat. Ia adalah arahan Allah dan hak Allah untuk menguji hambanya.

Sama seperti mendirikan solat, membayar zakat, puasa Ramadhan dan semua arahan serta larangan Islam yang lain, sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, terpaksa atau tidak. Kewajiban untuk melakukan semua arahan wajib dan menjauhi larangan yang diharam tetap tertanggung di atas bahunya, walaupun dia tidak ikhlas atau masih gagal mencapai tahap Ikhlas.

Apa yang perlu diusahakan adalah terus menerus berusaha memperoleh ikhlas semasa melaksanakan perintah dan menjauhi larangan itu. Itu boleh dianggap sebagai adalah level kedua kesempurnaan ibadah. Level pertama adalah mesti melaksanakan tuntutan Islam.

Perlu diingat, jika seseorang menutup aurat dan menunaikan solat secara ikhlas atau separa ikhlas, maka dia akan beroleh ganjaran sekadar keikhlasannya. Namun tanggungjawab fizikal yang diwajibkan oleh agama dikira sudah terlaksana secara zahirnya. ATAU kata lainnya, tatkala itu dia hanya BERDOSA SEKALI iaitu kerana tidak melaksanakannya secara ikhlas, tetapi dia terhindar dari dosa tidak mengerjakan yang wajib ke atasnya secara zahir.

Namun jika dia degil dan tidak menutup aurat, tidak juga solat atas alasan TIDAK IKHLAS, TIDAK MAHU HIPOKRIT dan sebagainya. Tindakannya itu menjadikannya BERDOSA di sisi Allah secara fizikal dan juga spiritual, atau dalam kata lainnya, dia berdosa DUA KALI. Dosa di level pertama dan kedua sekaligus, malah lebih musnah apabila dosa level pertama itu sangat mudah bercambah apabila ia berjangkit kepada orang lain, seperti apabila sahaja ada mata lelaki bukan mahram yang melihat, ketika itu dosa bukan hanya dua kali tetapi sebanyak mata lelaki yang melihat.

Adapun bagi mereka yang tidak ikhlas tadi, at least dia sudah terselamat dari cambahan dosa dari mata lelaki.

Kesimpulannya, ‘ingin berubah hasil hati sendiri', ‘tidak ikhlas' dan ‘tidak mahu hipokrit' itu semuanya hanya bisikan syaitan yang ingin menyesatkan hamba Allah agar terus menerus menjauhi kewajibannya. Sedarlah agar jangan lagi terpedaya, ingatlah berterusan dalam dosa sedang mengetahui hukumnya akan terus menerus menambah besar kemurkaan Allah swt dan akan menjadikan diri sama sekali TIDAK MAMPU berubah di satu hari nanti yang diharapkan.



2) MEREKA YANG BERTUDUNG TAPI TIDAK SEMPURNA DAN BERAKHLAK BURUK.

Sebelum mengulas, isu sebegini telah pernah saya ulas sebelum ini di artikel : Bertudung Sambil Hina Hukum

Kembali kepada persoalan saudari, dari bait-bait ayat saudari, kelihatan saudari begitu benci dan terganggu serta terkesan dengan keburukan akhlak dan cara tutupan aurat rakan sekerja yang lain yang dikatakan memakai tudung tetapi ketat dan sebagainya. Sehingga saudari merasa mereka semua hipokrit, buruk perangai, pengotor dan sebagainya, walau bertudung.

Sebelum itu, saya perlu ingatkan saudari dikira bertuah kerana mendapat kerja di sebuah syarikat yang begitu perihatin dalam masalah agama sehingga mewajibkan kakitangan mereka untuk menutup aurat.

Satu perkara mesti jelas juga, semua wanita yang bertudung tetapi berbaju ketat, skirt panjang terbelah, berbaju kebaya sempit dan sebagainya, semua mereka berada di satu level pada pandangan Islam. Iaitu SEMUA SEDANG MELAKUKAN DOSA DAN SEMUA TIDAK MENUTUP AURAT.

Justeru, adalah SALAH bagi saudari menganggap ‘rakan sekerja itu' SEBAGAI MENUTUP AURAT TETAPI BURUK AKHLAK DAN BEROSA. Sebabnya, mereka juga TIDAK MENUTUP AURAT.

Malah jika mereka benar-benar menutup aurat sekalipun, adalah SALAH untuk merujuk kepada mereka dalam menetap pendirian sama ada saudari perlu sudah sampai masa untuk menutup aurat atau tidak.

Ingatlah bahawa yang diwajibkan oleh Allah bukanlah hanya bertudung kepala dan menutup leher, tetapi menutup seluruh bahagian aurat tubuh sebagaimana yang telah saya terangkan di dalam artikel ‘Aurat Wanita Apa Sudah Jadi'

Selain itu, adalah salah sama sekali dalam hal ehwal agama, untuk kita membandingkan diri kita dengan mereka yang lebih buruk agama dan akhlak. Ia adalah teknik Syaitan uuntuk menghentikan seseorang dari melakukan usaha pemulihan diri kepada yang lebih baik.

Jelas dari hadis Nabi s.a.w, dalam hal agama dan kepatuhannya, kita mesti sentiasa melihat mereka yang lebih dari kita, agar kita terus berusaha

Manakala dalam hal keduniaan, barulah kita disuruh oleh Islam untuk melihat mereka yang kurang berbanding kita, agar kita lebih tahu untuk bersyukur dan tidak dijangkiti penyakit tamak.

Sabda Nabi :-

خَصْلَتَانِ من كَانَتَا فيه كَتَبَهُ الله شَاكِرًا صَابِرًا وَمَنْ لم تَكُونَا فيه لم يَكْتُبْهُ الله شَاكِرًا ولا صَابِرًا من نَظَرَ في دِينِهِ إلى من هو فَوْقَهُ فَاقْتَدَى بِهِ ونظر في دُنْيَاهُ إلى من هو دُونَهُ فَحَمِدَ اللَّهَ على ما فَضَّلَهُ بِهِ عليه ..

Ertinya : Dua perkara yang sesiapa dapat perolehinya akan ditulis dirinya sebagai hamba yang bersyukur dan sabar, sesiapa yang gagal dalamnya, tidak akan ditulis sebagai orang bersyukur dan sabar. Iaitu sesiapa yang melihat tentang agamanya kepada mereka yang jauh lebih baik darinya, lalu ia berusaha mengikutinya, dan dalam hal keduniaan mereka melihat kepada orang-orang yang kurang darinya sehingga ia memuji Allah atas nikmat yang diperolehinya .. ( Riwayat At-Tirmidzi, 4/665 ; Hadis Sohih menurut Tirmidzi dan Albani)



3) WALAUPUN TIDAK MEMAKAI TUDUNG (MENUTUP AURAT) TETAPI MASIH JAGA SOLAT DAN MAMPU MENJAGA TINGKAH LAKU.

Tahniah atas kemampuan saudari untuk terus menjaga solat dan menjaga tingkah laku, namun solat yang hakiki dan ikhlas akan menghasilkan seorang yang gerun melakukan dosa, serta akan mendorong sesoerang untuk tanpa lengah menunaikan tanggungjawab yang diarahkan Allah.

Namun apabila saudari terus redha dalam pembukaan aurat sedangkan saudari menunaikan solat, ia bermakna solat saudari juga bermasalah. Tapi jangan pula mengatakan, "kalau begitu saya tak mahu solat kerana tak mahu hipokrit", ia telah kita bincang di atas tadi.

Juga, buktikan kepada diri bahawa jagaan solat saudari adalah benar-benar sebuah ketaatan dan bukan hanya kosong tanpa isi. Tanda awal ia adalah benar-benar sebuah solat adalah saudari akan terbuka hati dengan cepat untuk menutup aurat tanpa terkesan dek buruk perangai orang sekitar yang kononnya menutup aurat tetapi buruk.

Justeru, saya menasihatkan saudari agar segera keluar dari jenis individu yang saudari sendiri benci (bertudung atau tutup aurat tapi tak solat, mengumpat dsbgnya). Saudari membenci perangai mereka tetapi dari sudut pandangan agama, saudari sebenanrya adalah sebahagian dari mereka kerana :

Mereka yang menutup aurat dan buruk perangai adalah sama darjatnya dengan mereka yang solat tapi tidak menutup aurat.

Kedua-duanya tidak bertanggungjawab terhadap Allah dan sedang melakukan dosa.

Malah saudari juga patut bersyukur mendapat ibu yang prihatin soal kewajiban agama, terlalu ramai ibu di zaman ini yang hanyut dan lebih suka anak perempuan mereka mengikuti gaya yang disukai syaitan iaitu seksi.

Lalu apabila ibu menyuruh, Allah juga mengarahkan, maka saudari bukan sahaja berdosa kerana aurat saudari yang terbuka, malah juga berdosa kerana tidak mematuhi suruhan dan harapan ibu, selain berdosa melanggar arahan Allah.

Bukankah mentaati ibu dalam hal yang tidak membawa dosa adalah WAJIB?. Dan jatuh derhaka bagi seorang anak yang mengguris perasaan ibu, khususnya dalam hal nasihat ibu untuk kita mentaati arahan Allah swt.



4) BUKAN SEKARANG MASA UNTUK BERUBAH.?

Jika bukan sekarang, maka adakah apabila sudah terlantar di rumah mayat baru ingin beurbah. Sedarilah wahai diri, bahawa kematian akan datang secara tiba-tiba dan tiada sebarang jaminan umur masih panjang beberapa minggu lagi.

Kebaikan dan pelaksanaan tanggungjawab jangan sesekali ditangguhkan, kelak tidak kempunan di hadapan Allah.

Moga Allah membantu saudari untuk segera berubah dan terbuka untuk menerima jawapan ini.

Sumber:www.zaharuddin.net

Sebab Musabab Kenapa UMNO/BN Benci DAP..........

http://2.bp.blogspot.com/-seiRJRz-V_A/TYH3eEwimII/AAAAAAAAiM4/a8seAdtEBik/s1600/loke.jpg

KOTA BHARU, 17 Mac: DAP hari ini menjelaskan aktiviti perjudian yang memerlukan premis seperti Magnun atau Nombor Ekor tidak lagi berbangkit sekarang kerana semua rakyat Kelantan sudah faham.

Ketua Pemuda DAP Kebangsaan, Anthony Loke Siew Fook(Gambar) berkata, semua bangsa di negeri ini telah menerima larangan kegiatan tersebut sudah melewati 20 tahun.

”Masyarakat Cina telah menerima pentadbiran PAS dalam tempoh 20 tahun. Dasar PAS sudah diketahui termasuk bukan Islam.Sumber-Harakahdaily

Thursday, March 17, 2011

Gambar Beruk-Beruk Jalanan Mengikut Perspektif Adun Rembau Khairy Jamaluddin

http://4.bp.blogspot.com/-YAPI7iwQ0QA/TYC2mdW4aJI/AAAAAAAAEy8/xno7_da_iUM/s1600/Demo%2BDNA.png

https://lh5.googleusercontent.com/-M1mGAyYmzzI/TYARSaCf95I/AAAAAAAACYY/WX5SwF1k33Y/s1600/DSC_06061.jpg

Dulu waktu PR demonstrasi isu rakyat, pemimpin Umno dari Rembau (Khairy Jamaluddin) kata beruk-beruk di jalanan. "Sekarang siapa beruk dan monyet itu?"

Tuesday, March 1, 2011

Taktik Kotor UMNO Untuk Terus Tawan Perak: Pertambahan Undi POS..........

http://1.bp.blogspot.com/-l2n98JnQJvE/TWz8kKN6n6I/AAAAAAAAFv4/_oVN_BGTwEI/s1600/uuuu.jpg

YB Chan Ming Kai, Timbalan Pengarah Pilihanraya KEADILAN Perak telah mendedahkan kemasukan pengundi pos besar-besaran di kawasan-kawasan DUN UMNO di Perak pada tahun 2010 dalam Sidang Media Mingguan parti pada 1 Mac 2011.

Contohnya, di DUN Pangkor yang diwakili Menteri Besar Dato’ Seri Dr. Zambry Abdul Kadir telah menerima kemasukan 5669 pengundi pos berbanding hanya 368 yang keluar pada 2010. Bilangan pengundi pos kini mencapai hampir separuh daripada jumlah 26,000 pengundi di DUN Pangkor.

DUN Pangkor adalah sebahagian daripada Parlimen Lumut. KEADILAN tewas hanya 298 undi di Parlimen Lumut kepada calon MCA-BN pada Pilihan Raya Umum 2008.

YB Ming Kai juga menjangkakan UMNO akan memberikan tumpuan untuk menambah pengundi pos di DUN Sg. Rapat yang diwakili oleh Exco Kanan Hamidah Osman yang hanya menang tipis 636 undi dengan calon PAS. Pada 2008 sebanyak 248 pengundi pos masuk ke DUN Sg. Rapat.

Usaha ini jelas untuk memberi manfaat kepada UMNO. Kawasan-kawasan majoriti Cina seperti Canning Garden yang juga mempunyai kem tentera tidak pula melihat pertambahan undi pos.

YB Ming Kai khuatir wujud penyalahgunaan undi pos dan meminta SPR serta pihak Kementerian Pertahanan menjelaskan perkembangan ini.

"Bantuan Makanan" Secara Percuma Dengan Syarat Pelekat BN Ditampal Di Pintu Rumah Mereka.

http://dperantauan.typepad.com/.a/6a00d8341c032f53ef0105370098a8970b-320wi

Gambar hiasan yang mungkin ada relevannya....

Semua penduduk yang agak tua yang enggan dikenali berkata mereka didatangai beberapa orang yang mahu memberikan "bantuan makanan" secara percuma dengan syarat pelekat BN ditampal di pintu rumah mereka.

"Kami diminta mengundi BN dan kami diberitahu bahawa sesiapa yang menyokong pembangkang tidak akan mendapat bantuan," dakwanya.

Malaysiakini difahamkan kira-kira 100 kotak diedarkan petang tadi.

Kotak itu, dengan pelekar gambar wajah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan menterinya Datuk Seri Shahrizat Jalil mengandungi nasi, Milo, biskut, susu tepung dan sardin dalam tin.

Ia juga dilekatkan dengan tulisan "Akhirkan Zaman Miskin".(MK)

Innity