Tuesday, March 22, 2011

Yusri KRU Ambil Port Dalam Politik???YUSRI KRU MENGATAKAN VIDEO DURASI 20 MINIT SEKS SUKAR DIPALSUKAN....

http://2.bp.blogspot.com/_dY7UF2rEf_g/TUbaswHVblI/AAAAAAAAAig/BLTfAPoatB8/s1600/yusry.jpg

Rakaman video durasi 20 minit sukar dipalsukan, kata pengarah dan penerbit filem, Yusry Abdul Halim. Bagaimanapun, menurutnya ia juga bergantung kepada sudut yang diambil.

" Jika tempoh masanya pendek, ia tidak mustahil ia boleh dipalsukan. Tetapi jika tempoh rakaman itu 20 minit dan sudut rakaman berubah, ia agak mustahil untuk dipalsukan. Tambah beliau video tidak sama dengan gambar yang lebih mudah dipalsukan.

Yusry mengulas berhubung satu rakaman video seks yang didakwa membabitkan seorang pemimpin parti pembangkang dengan seorang wanita muda yang tidak dikenali yang didedahkan kepada media di Hotel Sri Carcosa Negara.

Yusry KRU adalah penerbit yang menggunakan kaedah penggunaan khas visual dalam filemnya, termasuk epik terbarunya, Hikayat Merong Mahawangsa.

- PETIKAN SINAR HARIAN

N'N:Masalah sekarang bukan video seks itu palsu atau tidak masalahnya ialah pelakon video lucah itu boleh diragukan adalah orang yang menyamar sebagai DSAI dan apakah tindakan Polis terhadap orang yang menyebar dan menayangkan video lucah itu kepada wartawan........

6 comments:

Anonymous said...

yang adik beradik dia bergambar berdua2an berbogel tu palsu kut....

Anonymous said...

Bukan dulu ada kisah salah seorang adik beradik mereka ini yang dikatakan beraksi lucah ke? Pandai pulak kata palsu.

Anonymous said...

ni lagi puak jahilah.....hg duduk diam2 sudahla....awat hg komen esok dapat datuk ka...kalau nak bodek pun jgn setakat komen...kasi jilat la sama lu punya bosss...baru terangkat

Yong said...

Filem Porno terhebat. Dah tu dikatakan dengan pelacur dari negeri China pulok. Dah tu buka jam tangan pulok. Dah tu ada CCTV dalam bilik hotel pulok. Ini standard practice hotel ke pasang CCTV? Kalau betui ada CCTV dalam bilik hotel, selama ni hotel buat dan tengok tayangan porno yang dilakunkan oleh tetamu nyer lah yer? Adeke munasabah Datuk T pulok “jumpa” CCTV tu?

Soi Lek dulu buka jam tangan tak? Ngape Soi Lek tak Pilih pelacur dari negeri China supaya mudah nak “hilangkan” dia. Bangang! Proses pembikinan filem porno ni langsung tak masuk akal.

Na'im Nikmat said...

Tangkap segera Datuk T, gesa Karpal

Pihak polis mesti menahan segera dan mengambil tindakan keras kepada 'Datuk T' kerana terlibat menayangkan rakaman video lucah, kata pengerusi DAP Karpal Singh.

Penayangan video, bertujuan menggambarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan hubungan seks dengan wanita yang tidak dikenali jelas menyalahi... undang-undang negara ini, kata Karpal.

Beliau mendakwa terkejut abila mendapat polis belum mengambil tindakan untuk menahan 'Datuk T' berhubung perkara itu.

Dalam satu kenyataan hari ini, Karpal berkata, tindakan lelaki misteri itu jelas melanggar Seksyen 5(1) Akta Penapisan Filem 2002 dan Seksyen 292 Kanun Keseksaan.

Kedua-dua seksyen itu berkaitan larangan memiliki, mengedarkan dan menayangkan filem yang lucah atau yang selainnya bertentangan dengan kesopanan awam.http://www.malaysiakini.com/news/159379

Anonymous said...

Dalam Islam ditekan jika menerima sebarang berita, hendaklah diselidiki dahulu berita itu, Sekadar rakaman video tidak boleh dijadikan bahan bukti. Kena hadirkan empat orang saksi, siapa jurukameranya?

Pakatan Rakyat menggesa rakyat bersatu untuk menolak taktik kotor ini dan menentang usaha pihak tertentu yang menggunakan video lucah ...untuk menjatuhkan lawan-YB Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang