Monday, December 26, 2011

UMNO PAHANG SUDAH TERLALU MISKIN SEHINGGA MANSUHKAN ELAUN MESYUARAT RM50? JKKK PULA MENGAMUK !!!

JKKK Mengamuk, Kerajaan Negeri Pahang Mansuh Elaun Mesyuarat 'RM50' Awal Bulan Ini



KUANTAN, 25 Dis - Kerajaan Negeri Pahang pimpinan Dato' Sri Adnan Yaakob digesa mengembalikan semula elaun mesyuarat sebanyak RM50 kepada semua Ahli Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) di seluruh negeri ini jika tidak mahu kehilangan banyak undi pada Pilihanraya Umum akan datang.

Demikian ditegaskan oleh salah seorang AJK (JKKK) terbabit yang menghubungi kami petang tadi. Beliau yang tidak mahu namanya dikenali berkata, saya cukup hairan kenapa kerajaan negeri bertindak demikian sedangkan selama ini ia tidak pernah menjadi masalah kepada kami.

"Saya ingin tegaskan bahawa kami adalah mata kepala kerajaan. Kamilah yang bertungkus lumus siang malam bekerja untuk meastikan UMNO BN menang setiap kali pilihanraya. Ketika mereka memerlukan khidmat kami semasa kempen pilihanraya, bukan main lagi janji-janji manis yang ditaburkan.

Tapi, bila masalah elaun mesyuarat ini diajukan kepada pemimpin yang kami pilih mereka gagal berbuat sesuatu untuk mengembalikan hak kami. Takkanlah elaun mesyuarat sekitar RM50 itu pun mahu dimansuhkan?.

Apakah kini kerajaan negeri sudah "muflis", maka mereka sanggup menganiaya kami", kata pemimpin terbabit dengan nada kecewa. Difahamkan, kerajaan negeri mula menamarkan pemberian elaun tersebut berkuatkuasa pada awal bulan ini (Disember).

Kerajaan juga tidak menyatakan sebab pemansuhan elaun berkenaan sehingga menimbulkan tanda tanya dan tidak puas hati di kalangan pihak pengurusan JKKK di negeri ini.

Ramai yang kecewa dan tidak bersetuju dengan pemansuhan elaun ini kerana bagi mereka kerajaan sanggup habiskan banyak wang untuk beli undi pada setiap kali pilihanraya, termasuk yang terbaru di Pilihanraya Kecil DUN Kerdau baru-baru ini.

SUMBER

N'N: UMNO sudah nazak....

No comments: