PAS akan dedahkan KERJA JAHAT UMNO Melaka/Bukit Katil
PAS akan mendedahkan segala kejahatan Umno Melaka/Bukit Katil yang mendaftar ratusan malah ribuan pelajar UTEM, MMU dan UiTM untuk menjadi pengundi di Parlimen Bukit Katil. Sumber dalaman Umno sendiri menyatakan bahawa pelajar-pelajar ini diarahkan menukar alamat mereka ke Parlimen Bukit Katil dengan mendapat imbuhan sebanyak RM300. Setelah alamat mereka ditukar ke dalam Parlimen Bukit Katil mereka didaftarkan sebagai pengundi dalam Parlimen Bukit Katil.
"Kita akan bongkar segala penyelewengan dan kejahatan Umno Bukit Katil pimpinan Ali Rustam" ujar seorang pimpinan Pemuda PAS Negeri dan Kawasan Bukit Katil.
"Kami sudah mendapat beberapa maklumat sahih termasuk gambar dan klip video, dan usaha mengumpulkan maklumat tersebut sedang giat dijalankan dan kami akan dedahkan semua perkara satu per satu" tambah beliau.
Ketua Menteri Melaka, Mohd Ali Rustam sememangnya gentar dan bimbang untuk berhadapan dengan PR di Parlimen Bukit Katil kerana BN hanya tewas tipis dengan dari 2000 undi pada Pilihanraya Umum ke 12. Selain beliau juga berasa tergugat dengan perkembangan terbaru pengundi-pengundi Dunnya sendiri iaitu Bukit Baru yang dilihat semakin cenderung menyokong PAS dan PR.
Tidak mustahil Umno akan menggiatkan kerja jahat ini sebelum 1 Januari ini bagi membolehkan semua pengundi yang didaftarkan sebelum 31 Disember 2011 mengundi pada PRU 13.
Umno Cuba Sabotaj Program Kerajaan Negeri.
Kerajaan Negeri Selangor telah melancarkan program membaik pulih perumahan murah dan sederhana bagi seluruh negeri Selangor yang dinamakan sebagai “Program Ceria”. Secara ringkasnya, ia adalah program perkongsian kos antara pemilik rumah dengan kerajaan negeri di mana kerajaan negeri akan menanggung kos 20%.
Tiba-tiba di Gombak Setia, Penyelaras DUN Gombak Setia Barisan Nasional memberitahu KErajaan BArisan Nasional akan menanggung kos sebanyak 100% bagi flat Taman Samudera.
Dikatakan Barisan Nasional akan membelanjakan duit rakyat sebanyak RM1.2 juta bagi pembaik pulihan flat Taman Samudera.
Di sini saya ingin mempersoalkan:
1.0 - Mengapakah pembaik pulihan ini tidak dilakukan oleh Barisan Nasional 4 tahun dahulu sewaktu UMNO/BN memerintah Selangor? Flat Taman Samudera ini terbiar begitu rupa akibat sikap Kerajaan Barisan Nasional yang tidak peka rakyat.
2.0 - Adakah peruntukan ini hanya untuk Flat Taman Samudera sahaja atau pun untuk semua perumahan murah dan sederhana seluruh Selangor?
3.0 - Mengapa sengaja di war-warkan peruntukan untuk flat Taman Samudera sahaja dan tidak untuk flat-flat yang begitu banyak seluruh Selangor? Bagi saya sebagai rakyat Selangor melihat tindakan Barisan Nasional ini hanya gimik politik untuk memalukan Kerajaan Negeri Selangor semata-mata.
Kalau setakat membiayai kos untuk satu flat sahaja (flat Taman Samudera) tidak perlulah UMNO berkokok seluruh kampong.
Kerajaan Negeri terpaksa memikirkan kebajikan dan pembaik pulihan semua perumahan2 murah dan sederhana seluruh Selangor termasuk di kawasan2 pendalaman seperti Sabak Bernam dan Sepang.
Yang lebih menghairankan, UMNO berbelanja lebih RM1.2 juta untuk projek itu. Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor pula berbelanja RM360k sahaja untuk membaik pulih Flat Samudera. Mengapa Barisan Nasional terpaksa menanggung kos yang berlipat kali ganda seperti itu, saya pun tak paham.
(Rujukpadahttp://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7314-cat-flat-samudera-pakatan-belanja-rm360-ribu-sahaja)
Pokoknya, kalau setakat satu flat sahaja, simpanlah niat tu. Tak perlu beritahu orang ramai. Tak perlu juga cuba untuk menghina kerajaan Negeri Selangor yang berhempas pulas menjaga kebajikan rakyat Selangor yang selama ini terbiar di bawah Barisan Nasional/UMNO.
Masa berkuasa dahulu, Barisan NAsional bebas membela nasib rakyat susah ini, tapi peluang itu tidak digunakan oleh mereka. Janganlah pula cuba mensabotaj orang lain yang ikhlas cuba membela nasib mereka yang tidak bernasib baik.
RAKYAT SELANGOR PRIHATIN
No comments:
Post a Comment